Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji untuk Mu Ya Allah.
Kenapa Nabi Muhammad saw dipilih Allah SWT ,kenapa dan mengapa Nabi dan Rasul akhirzaman itu diturunkan dari kalangan Bani Arab dan bukan dari Bani Israel, semuanya bersebab.
Bangsa Arab adalah bangsa yang paling buruk akhlak dan perangai berbanding bangsa bangsa yang lain didunia waima, bangsa Yahudi sekalipun.
Kejahatan dan keburukan bangsa Arab pun Allah SWT telah firmankan didalam Al Quran.
Kerana kekejaman dan kezaliman bangsa inilah maka Allah SWT menurunkan Nabi Muhammad saw kebumi Mekah, agar baginda dapat mengajarkan dan memperbaiki sifat tamak, haloba dan busuk hati, terhadap bangsa mereka sendiri.
Allah SWT jadikan Baginda Rasullulah saw sebagai contohan kepada kaumnya namun apa yang disunnahkan dan yang ditinggalkan Rasullulah, semuanya tidak bertahan lama.
Sifat tolong menolong dan sifat memuliakan jiran seperti yang di sunnahkan Baginda Rasullulah juga diabaikan.
Begitu lah halnya dengan Bangsa Arab ini.
Mesir bumi anbia musnah kerana tamak 'kuasa", Iraq musnah kerana 'pengsubahatan' jiran jiran, Libya "hancur" kerana "kedengkian' negara negara Islam sekelilingnya, tetapi 'penyembelihan" terhadap Bangsa Palestin yang dilakukan olih Zionist, tiada satu pun negara-negara Islam yang berjiran dengan Palestin sanggup"membantu", kenapa?
Kalau benarlah bumi Baitul Mukaddis itu sebenarnya "dekat dihati" mereka mahupun "mengangkat Baitul Maqdis" itu sebagai satu peninggalan yang yang bermakna buat umat Islam mahupun yang dekat dihati Bangsa Arab,. kenapa, dibiarkan bumi Palestin itu diganyang olih Zionist?
Jawapan nya adalah kerana bangsa mereka hanya "mementingkan" diri sendiri .
Hari ini Kerajaan Arab Saudi bukan lagi sebuah negara yang 'halal" untuk dijadikan rakan mahupun sahabat.
Kalau dibumi Baitul Mukaddis , bangsa Palestin dibunuh olih Zionist Yahudi, tetapi dibumi Yaman pula, umat Islam yang berbeza pandangan dan pendapat dengan Kerajaan Saudi ,dihujani dengan bom bom yang dijatuhkan melalui serangan udara Tentera Saudi.
Apa bezanya antara Zionis Yahudi dengan Arab Saudi yang kita "sanjung' ini?
Semenjak tahun 2015 angka kematian rakyat Islam Yaman telah mencecah hampir 20,000 nyawa terkorban dan itu tidak termasuk yang cacat serta hilang harta benda. Semuanya kerana kedengkian Kerajaan Arab Saudi.
Kenapa Kerajaan Arab Saudi sanggup membunuh ?
Tidakkah Kerajaan Arab Saudi berpegang kepada Al Quran serta sunnah Rasulullah?
Adakah Allah SWT yang disembah olih Kerajaan Arab Saudi mahupun olih Raja Raja nya, "menghalalkan' darah ' umat Muhammad dibumi Yamen untuk di tumpahkan?
Yakinlah, " bala" Allah SWT akan sampai kebumi Arab Saudi.
Sedikit demi sedikit Allah SWT rancangkan "kehancuran" terhadap Kerajaan Arab Saudi.
Kini kaum keluarga DiRaja Saudi sedang dilanda "musibah'.
Pertembungan dalam kekeluargaan dijadikan 'asbab" kearah permusuhan sesama sendiri.
Perasaan cemburu, sakit hati, dengki dan khianat mengkhianati sesama sendiri semakin meluap sesama mereka.
Kini prasa lebih buruk dan mencabar bakal melanda Arab Saudi.
Kini musuh Kerajaan Arab Saudi bukan saja datangnya dari luar tetapi musuh dari kalangan keluarganya sendiripun telah tercetus dan bermula.
Doa doa anak anak Yaman yang teraniaya kerana kezaliman dan kesombongan bangsa Arab Keturunan Saud ini bakal "membakar" Arab Saudi.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment