Tuesday 9 January 2018

THE PROMISED LAND: HJ HADI : PRU ...ISLAM KALAH?

Bismillahirrahmanirrahim.

ISLAM KE YANG KALAH
ATAU
PAS YANG DIKALAHKAN!!!

Tak tahulah, samaada Hj Hadi ni keletihan ke, kerana baru balik dari  candat sotong atau "mengigau' didalam sedar, ataupun dah dijangkati penyakit yang dituduh pada batang tubuh Mahathir, iaitu "nyanyuk", tak dapat dipastikan lagi.

Tetapi apa yang pasti, statement Hj Hadi dah kelauuuut.

Sedar ke tidak bahawa yang selalu kalah dalam PRU sebelum belum ini adalah PAS. Hanya kerana "aura" Arwah Nik Aziz maka PAS Kelantan bertahan sehingga hari ini. Itupun bukan semua kerusi Parlimen milik PAS.

Walaupun parti PAS ini ditubuhkan dah berpuluh tahun dan dikhabarkan mempunyai ahli dan penyokong tegar di serata pelusuk negara, tetapi kenapa masih gagal menyakinkan rakyat bahawa  Islam cara PAS itu benar?

PAS atau Hj Hadi perlu sedar bahawa penolakan majoriti orang Melayu Islam terhadap PAS tidak ada kena mengena dengan agama Islam.

Islam adalah agama dan pegangan Umat Islam. Islam tidak perlu pun kepada PAS kerana Islam berdiri atas kehendak Allah dan bukan PAS.

Dan Islam pula  tidak ada kena mengena dengan Parti PAS.
Cuma PAS menggunakan wadah agama Islam dalam "membeli" hati orang Melayu, itu saja.
Bagi sesiapa yang "terpesona" dengan PAS dan 'janji janji" , itu terpulang .

Untuk mengatakan bahawa Umat Islam "jahil" dinegara ini kerana tidak keluar mengundi dan tidak memenangkan Islam, saya rasa, eloklah Hj Hadi letak jawatan dari Presiden PAS atau hantuk sajalah kepala tu kat dinding, biar sedar diri sikit.

Cuba kira, dalam Parlimen Malaysia tu, berapa ramaikah orang Melayu beragama Islam yang menjadi Ahli Parlimen, berbanding bukan Islam.

Adakah jumlah ahli Parlimen bukan Islam melebihi ahli Parlimen orang Islam?

Olih itu dimana rasionalnya kata kata Presiden Pas bahawa, Islam kalah?
Yang kalah adalah  PAS bukanya Islam.

Cukup cukup lah Hj Hadi, jangan lagi bermain dengan  kata kata. Semua itu menyerlahkan lagi "kebebalan" diri sendiri dalam menganalisa keadaan.

Kalau diungkitkan lagi, sedarlah, kemenangan PAS yang diraih dahulu ketika PRU 13, adalah atas tiket Pakatan Rakyat.

Bukan undi orang Melayu saja yang menangkan Pakatan Rakyat dan PAS malahan orang bukan Melayu pun ' menghimpunkan" undi mereka kepada Pakatan . Itu sebab PAS juga menang..

Yang mana satu PAS nak nafikan?

Olih itu jangan asyik kata "memaafkan" orang lain,

Yang dituntut , diri sendiri yang sepatutnya memohon kemaafan dari orang lain.

Cahaya Al Majid.






No comments:

Post a Comment