Tuesday, 9 January 2018

THE PROMISED LAND: MEMBAIK PULIH SISTEM NEGARA

Bismillahirrahmanirrahim.

SIAPA MENENTANG DAN SIAPA
MENGHALALKAN???

Walauapapun yang diperkatakan mahupun tuduhan yang dilemparkan terhadap batang tubuh Mahathir namun tujuan yang jelas dimata rakyat adalah , "Mahathir berusaha untuk membaik pulih sistem negara" yang dirosakkan oleh gerombolan UMNO dan juga BN yang diketuai olih Najib.

Berbagai bagai kerosakan dalam sistem pentadbiran negara telah musnah ataupun di "mute" kan olih Najib melalui kuasa nya.

Dari Parlimen, Polis, SPRM, AG, PAC, Bank Negara dan beberapa lagi tabungan samaada KWAP, Tabung Haji mahupun Tabung Anak Yatim yang dilihat telah disalahgunakan olih ahli ahli Politik UMNO samaada secara terangan mahupun tersembunyi, semuanya perlu dihentikan dengan kadar segera.

Penggunaan kuasa kuasa khas olih Kerajaan BN yang diterajui  olih UMNO Najib yang dilihat "menyembunyikan" kebenaran , kuasa ditangan Najib  dilihat digunakan dengan amat rakus demi menyelamatkan "salah laku mahupun salah guna kuasa" mereka.

Penyembunyian fakta tentang "hutang" yang  dijana melalui pinjaman olih  1MDB yang berjumlah RM50 billion yang masih belum dijelaskan sepenuhnya, dan kenapa syarikat IPIC atau syarikat BVI yang dibayar sebanyak dua kali olih MOF tidak dihiraukan atau tidak diambil tindakan.

Fakta kemana pergi nya keseluruhan "duit hutang" yang diterima melalui " sukuk" itu dibelanjakan dan kenapa DoJ mahupun Perbankan negara luar mendapati  ada unsur "pengubahan wang haram" dalam penyaluran dana olih 1MDB, sehinggakan ada diantara "pemain atau pengsubahatnya"  didapati bersalah dan dipenjara tidak diambil peduli.

Perkara perkara tersembunyi seperti inilah yang merungsingkan rakyat.

Sistem penyaluran maklumat olih pemberi maklumat telah diterbalikkan.
Sipelapur atau dipengadu pula dituduh dan dipenjara dan dikenakan pula tuduhan dibawah akta yang tiada kaitan.

Pembentangan atau dapatan olih PAC yang sepatutnya bolih di akses olih sesiapa pun,di OSAkan. Kenapa?
Tidakkah tindakan ini dilihat rakyat sebagai "menterbalikan' sistem?

Dan banyak lagi salah laku mahupun perlanggaran sistem yang dengan sengaja telah dipincangankan olih Kerajaan Najib yang semata mata dilakukan untuk menutup kesalahan dirinya sendiri?

Sistem yang telah terbina dan yang mengikut Perlembagaan Negara berpuluh tahun dijunjung olih setiap rakyat,tetapi dengan sekelip mata telah dengan 'suci hati" tanpa kerelaan rakyat, telah dirogol dan diliwat olih Pemimpin UMNO dan BN yang diterajui olih Najib.

Masihkah rakyat mahu bernaung dibawah Kerajaan yang sesuka hati menukar Perlembagaan Negara demi "mengekalkan kuasa" dengan cara " imbuhan" yang menyakitkan poket dan kehidupan rakyat pada skala jangka panjang?

Allah SWT telah membekalkan akal yang sempurna , olih itu.gunakanlah untuk kesempurnaan .
Olih itu jangan digadai kesucian agama Islam dalam apa jua bentuk pun dalam "menghalalkan kebhatilan".

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment