Wednesday, 17 January 2018

THE PROMISED LAND: NAJIB KATA NAIK 3 SEN RAKYAT BISING!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

NAJIB BELANJA RM500 JUTA UNTUK
JET PERIBADI
APA HASILNYA BUAT RAKYAT???
APA YANG DAPAT HANYA
HUTANG DARI CHINA RM150 BILLION
JUAL TANAH UNTUK BAYAR HUTANG IPIC
JUAL TANAH BAGI TANAH BAGI KAT CHINA



Semenjak dua menjak ni, tambah tambah tarikh luput PRU13 dah nak sampai penghujung, bermacam macam statement Kerajaan Najib terpacul didada dada akhbar mahupun dimedia sosial.

Berbagai bagai dapatan digunakan samada dari luar negara samaada Imf mahupun Bank Dunia ataupun laporan dari dalam negara ,kini,digunakan bagi mengukuhkan statement Kerajaan bahawa ekonomi negara sedang berkembang dan pendapatan rakyat juga sedang bertambah.

Kalau ikutkan laporan Kerajaan Najib, sememangnya rakyat negara ini tidak menghadapi sebarang impak dari "kelesuan" ekonomi .

Mengambil kira dari bertambahnya eksport berbanding import, sememang angka itu tidak dinafikan tetapi adakah dengan bercambahnya nilai export itu, maka, adakah" limpahan " hasil eksport itu dirasai olih rakyat sebenar?

Sebenarnya tiada apa yang dirasai olih rakyat walaupun angka export mencatat melangit kerana segala cukai mahupun duty yang diperolehi mahuoun tukaran yang diperolehi hanya membuncit kan poket kerajaan dan tidak kepada rakyat.

Apa yang dipulangkan balik kepada rakyat hanyalah BRIM, Itupun hasil dari kutipan cukai GST terhadap semua rakyat. Olih itu dimana kelestarian pengekonomian dibawah Najib.

Diam tak diam lebih kurang 7.juta warga negara diklasifikasikan sebagai "miskin" dan terpaksa "menyembah" UMNO mahupun Kerajaan Najib untuk mendapatkan balik "wang" yang mereka bayar melalui GST.

Adakah ekonomi kita stabil dan rancak bagai yang dicanang?

Kerajaan Najib selalu kata, harga minyak kena ikut pasaran dan kerana nilai matawang kita rendah atau lemah maka harga minyak kita menggunakan USD maka harga nya mahal.
Tetapi kebelakangan ini Kerajaan Najib mengatakan bahawa nilai matawang ringgit telah stabil dan kuat berbanding USD tetapi kenapa harga minyak tetap juga naik?

Apa rasional kenaikkan harga minyak kalau nilai Ringgit kuat.berbanding USD?

Apa lagi alasan Kerajaan Najib nak.menghalalkan tindakannya lagi.

Cahaya Al Majid.


2 comments:

  1. Naik 3 sen setiap minggu, kalau 4 minggu dah 12 sen!!!!
    Memang patut kita merungut.
    Dia sedap-sedap terbang ke hulu, ke hilir guna jet pribadi,
    kita yang bayar.
    Salah ke kita merungut............?????

    ReplyDelete
  2. Salam semua pembaca. sebagai rakyat Marhein dan terjejas secara langsung dengan kenaikan harga minyak setiap minggu, kami terasa amat penat/letih nak bergegas isi minyak kat stesen minya bila harga nak naik pada lewat malam. Pada orang yang berpendapatan sederhana dan rendah, kenaikan walaupun 1 sen, amat terasa

    ReplyDelete