Wednesday, 17 January 2018

THE PROMISED LAND: SIAPA PILIHAN RAKYAT?

Bismillahirrahmanirrahim.

NAJIB KAKI HUTANG/PUTAR ALAM
MAHATHIR DITUDUH MAHAFIRAUN
HJ JADI PENETAP SURGA
SIAPA LEBIH BAIK????

Memandangkan kehangatan bahang pilihanraya  semakin dirasai oleh setiap rakyat samada yang tua mahupun yang muda, dibandar mahupun didesa, namun kerancakan sebenar atau "api kehangatan" masih lagi belum pada ditahap maksima.

Seperti biasa UMNO dan BN hanya mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri nya dan dipihak Pakatan pula mereka menamakan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir sebagai calon mereka sementara PAS yang juga  merupakan blok pembangkang masih belum menamakan sesiapa dikalangan pemimpin tertinggi mereka sebagai Perdana Menteri.

Kalau dilihat dari segi "apa yang rakyat dapat atau  dapat menafaat dari " memilih calon dari Parti parti ini, hanya, Pakatan dilihat banyak menjanjikan keselesaan untuk masa depan rakyat" barbanding apa yang ditawarkan olih BN.

Namun sehingga hari ini PAS belum lagi menggariskan secara jelas akan menafaat yang bakal rakyat nikmati sekiranya mereka terpilih. Namun secara logik nya kalau 40 kerusi yang diyakini bakal dimenangi namun untuk merubah masa depan negara bersama PAS amatlah mustahil.

UMNO dan BN masih terus memainkan isu ekonomi negara semakin berkembang dibawah Najib dan tiada keperluan buat rakyat untuk merubahnya kepimpinanya. Tetapi dari satu sudut yang lain tiada apa yang baru dan yang "menarik" untuk ditawarkan olih Kerajaan Najib mahupun Barisan Nasional kepada rakyat.

Meringankan beban rakyat mahupun memberikan semua subsidi kepada rakyat bagi meringankan kos sara hidup bukan lagi keutamaan BN dan kepimpinanya.

Tetapi apa yang ketara kebelakangan ini "mengcukai" rakyat adalah satu satunya cara buat Kerajaan Najib mencari dana dalam mengcukupkan perbelanjaan negara.

Walaupun sebelum ini berbagai usaha perniagaan telah diusahakan bagi menjana pendapatan buat negara namun usaha itu telah memakan diri dan kerugian mahupun hutang  yang dicatatkan telah melebihi RM50 billion.

Melalui lubang hutang RM50 billion yang dijana melalui 1MDB itu , negara terpaksa akur akan  kehilangan beberapa aset strategik negara seperti beberapa IPP miliki anak watan serta beberapa bidang tanah yang terpaksa ditukar ganti bagi melunaskan hutang 1MDB.

Dengan berbagai skandal yang membelenggu Kerajaan Najib dan BN  yang belum lagi terjawap semuanya, adakah rakyat tetap mahu mempertahankan Kerajaan yang sedia ada ini?

Dengan bersepah sepah kes rasuah dan pecah amanah yang dilakukan olih Pemimpin UMNO samaada diperingkat Pusat mahupun negeri, apakah rakyat tetap mahu memberikan peluang lagi kepada Kerajaan Najib untuk PRU14 ini?

Berbanding dengan Pakatan Harapan, walaupun dua buah negeri dikuasai olih blok pakatan iaitu Pulau Pinang dan Selangor, namun, kerancakan ekonomi yang dijana oleh dua negeri pembangkang ini nampaknya gagal dikucarkacir olih BN.

Penerimaan rakyat terhadap kepimpinan mereka sudah semakin jelas dan hasil nya dapat dirasai olih rakyat dinegeri tersebut.

Dengan trek rekod yang baik dan memberangsangkan ini , pakatan harapan menjanjikan kesejahteraan kepada rakyat seperti mana yang dinikmati olih dua buah negeri pimpinan mereka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ditambah dengan gabungan PPBM dalam Pakatan Harapan, terutama dibawah pimpinan Dr Mahathir, nescaya, apa yang ditawarkan kepada rakyat bukan sesuatu yang dikatakan " janji bulan dan bintang" tetapi usaha untuk meringankan kos sara hidup dan menghapuskan cukai GST adalah keutamaan disamping mengurangkan ketirisan dalam projek Kerajaan adalah keutamaan.

Olih itu hala tuju Pakatan Harapan amatlah jelas berbanding PAS manakala halatuju BN dan Najib masih tetap sama seperti sebelumnya.

Untuk itu antara BN, Pakatan Harapan mahupun PAS, siapa pilihan anda?

Cahaya Al Majid.










No comments:

Post a Comment