Bismillahirrahmanirrahim.
ADAKAH SG BULUH AKAN MENGINSAFKAN
MEREKA???
Kini prasa ketakutan bagi kedua dua Presiden samaada Presiden UMNO Najib mahupun Presiden PAS Hj Hadi sudah tersangat jelas dan terserlah kekronikanya..
Seperti yang kita saksikan, disetiap ruang media sosial serta dari laporan berita yang menghentam PH mahupun Mahathir yang telah diluahkan olih pemimpin pemimpin kanan kedua Parti tersebut iaitu UMNO dan juga PAS, telah menyerlahkan lagi ketakutan dan kegusaran mereka.
Ketakutan Najib adalah sekiranya PH menang pada PRU 14 nanti bukan saja kes 1 MDB yang akan diselongkar malahan setiap tabung amanah yang telah diguna pakai olih Kerajaan Najib pasti diaudit dan akan dipertanggungkan kepada yang terlibat.
Ketakutan untuk dijadikan Sg Buluh sebagai tempat terakhir atau tempat istirehat mereka buat jangka masa yang lama telah yang membuatkan mereka menggunakan apa saja "helah" atau pun "dedak" sebagai umpan kepada rakyat bagai mereliasasi impian agar tidak ke Sg Buluh.
Deretan Pemimpin UMNO telah atau sedang disiasat tetapi kebanyakkanya belum lagi diputuskan "kes"nya atau tergantung.
Walaupun kes yang dibentang itu dilihat amat positif untuk dilekatkan namun atas faktor MOI , maka, siasatan "ala kura kura" olih SPRM mahupun Polis dilihat amat jelas.
Tetapi bagi PAS ketakutan mereka terarah kepada Presidennya saja.
Kemungkinan pembongkaran atau pendakwaan jenayah terhadap Amanat Hj.Hadi atau kes Memali , mungkin akan diketengahkan kembali sepertimana kes Forex atau Rci yang diadakan.
Ketakutan Hj Hadi atau PAS kerana akan dipersalahkan atas tuduhan " menghasut' yang bertujuan agar "menderhaka kepada Perintah Agong" dan terbunuhnya 4 anggota Polis Di Raja Malaysia ketika "mendaulat kan Perintah Yang Di Pertuan Agong", yang dibuat olih Ibrahim Libya dan Pengikutnya, kerana didakwa "terhasut" kerana " Amanat Hj Hadi", maka, mempertanggungjawabkan Hj Hadi terhadap insiden adalah satu kemestian.
Seperti mana Mahathir yang tidak terlibat sepenuhnya terhadap Forex tetapi dipersalahkan juga olih Kerajaan Najib olih RCI yang Najib sendiri "rencanakan", maka ketakutan Najib dan UMNO juga pasti akan terarah kepada penyelewengan yang berlaku dibawahnya.
Ketakutan ketakutan inilah yang menghantui hari hari mereka kini samada Najib dan Kabinetnya mahupun Hj Hadi dan PASnya.
Tetapi yakinlah dengan kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU 14 ini semua "rahsia" yang di selindung dan yang disorok dari pengetahuan rakyat akan dipaparkan kepada rakyat .
Semoga Allah SWT memberkati usaha pemimpin yang berjuang demi menegakkan kebenaran dan berjuang dalam memerangi kebhatilan.
Kepada Allah SWT kita berserah tetapi sebagai manusia dan hambanya kita perlu berusaha kearah itu.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment