Bismillahirrahmanirrahim.
PEMIMPIN UMNO DAN BARISAN
TENGAH "MINTAK NYAWA'?
Mintak nyawa,mintak nyawa, minyak nyawa, begitulah antara bait bait kata yang amat popular yang ungkapan olih arwah lagenda Ahmad Nifsu dalam filem arah Tan Sri P Ramlee.
Walaupun dah berpuluh tabun namun kata kata spontan yang diluahkan beliau amat memberi kesan dan tetap geli hati apabila menontonnya walaupun telah berpuluh kali.
Tetapi kali ini "kalimah" yang popular itu terpaksa dimainkan atau digunakan olih seluruh ahli UMNO mahupun pemimpinnya serta seluruh gerombolan Barisan Nasional dalam mengharapkan "belas ihsan" dari rakyat ,.untuk "penyambungan" talian hayat kuasa mereka.
Cuma yang belum kedengaran lagi suara "mintak nyawa" hanyalah Najib mahupun Zahid Hamidi. Tetapi statement Secara indirect dah berpuluh kali ditaburkan.
Selain mereka berdua, Rahman Dahlan, Salleh Kruak, Khairi, Sabri Chik, dan tidak ketinggalan dari MIC dan kepimpinan MCA, semuanya, seolah olah "hilang nyawa" bila Mahathir diumumkan sebagai Perdana Menteri bilamana PRU14 ditangan mereka.
Berbagai bagai umpatan dan kejian dihujankan terhadap Mahathir bilamana Pakatan Harapan menamakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.
Luluh rasanya seluruh sendi dan nyawa pemimpin UMNO dan BN bila keputusan Pakatan Harapan diumumkan.
Kalau PAS pulak lebih buruk lagi pandangan mereka terhadap Mahathir. Apa saja yang melibatkan batang tubuh Mahathir semuanya tak betul dan salah belaka. Semuanya menjahanamkan dan tiada kebaikan langsung dari Mahathir.
Tetapi mereka lupa bahawa arwah Nik Aziz menyanjung Mahathir kerana 2 perkara ketika arwah Nik Aziz menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan.
Pertama ,walaupun Kelantan dibawah PAS, Nik Aziz mengaku bahawa Kerajaan Negeri Kelantan menerima RM600 juta dari Kerajaan pimpinan Mahathir buat Kelantan.
Tidak kah pemberian itu menafikan bahawa Mahathir bersikap zalim terhadap orang Kelantan? seperti.yang didakwa olih sesetengah pemimpin PAS.
Kedua, Mahathir merupakan satu satunya pemimpin dunia Islam yang berani dan lantang dalam "melawan atau bersuara terhadap Israel.
Kata Nik Aziz lagi tiada seorangpun pemimpin dunia Islam mahupun dari dunia Arab sendiri yang berani menentang dan lantang bersuara terhadap kezaliman Zionis terhadap Palestin melainkan Mahathir.
Sebenar Mahathir tidak dikategorikan sebagai " mintak nyawa" kepada rakyat Malaysia tetapi sebaliknya apa Mahathir khwatirkan adalah nasib dan masa depan rakyat yang dirasakan olihnya akan "tergadai" akibat salah laku dan salah tadbir urus Kerajaan olih Najib dan Kabinetnya.
Tetapi kalau rakyat masih lagi buta dan dungu dan masih mahu mengharapkan "dedak' pilihanraya yang bersifat sementara olih Najib dan Gerombolan nya, bagi Mahathir beliau tidak rugi satu senpun tetapi sebaliknya sanggupkah rakyat negara ini mengharungi lagi 5 tahun dibawah Najib atau BN?
Hidup dengan segala kenaikkan harga barangan, segala penipuan, keborosan serta ketidaktentuan harga petrol serta cukai GST.
Sanggupkah?
1MDB, Felda, FGV, dana KWAP, KWSP , Tabung Haji dan segala tabung telah digunakan demi kesinambungan nyawa politik Najib untuk kekal berkuasa .
Tetapi sanggup kah rakyat "menanggung hutang" yang bertapuk tapuk yang hampir RM1 trilion itu? dimana pendapatan rakyat yang "ciput" itu pun diGST olih kerajaan Najib.
Olih itu adakah "mintak nyawa" olih Kerajaan Najib dan BN ini, perlu dilayan lagi olih rakyat????..
Kuasa ditangan rakyat, terpulang .. Saya,.hanya beri cadangan dan pandangan.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment