Bismillahirrahmanirrahim.
PERJALANAN KE DUA MAHATHIR.
Keputusan siapa yang akan diangkat sebagai Perdana Menteri bilamana parti UMNO melingkup pada PRU 14 nanti,kini, sedang hangat diperkatakan.
Pakatan Harapan baru saja menamakan Dr Mahathir dan Wan Aziziah untuk mengetuai Kabinet Pakatan Harapan.
Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri manakala Wan Azizah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Kebelakangan ini samada UMNO mahupun PAS, melalui kata kata mahupun ucapan dari pemimpin mereka, semuanya menjurus kepada menyerang batang tubuh Dr Mahathir. Bukan setakat kes Forex malahan kes Memali pun disantankan sekali bagi melemakkan " adunan" bancuhan ".
Setakat ini bukan saja tindakan Dr Mahathir telah mengkucar-kacirkan kelompok UMNO dan PAS malahan kehidupan seharian Najib samada secara peribadi mahupun sekeluarga juga terkesan dibuatnya.
Ketakutan akan "kelibat" Dr Mahathir dalam menerajui Pakatan Harapan, telah diterjemahkan secara nyata samaada olih Hj Haji dan juga Najib.
Saat yang ditunggu dan dinantikan oleh kelompok Pakatan Harapan nampaknya cahaya telah menyuluhkan jalan terang buat mereka untuk ke Putrajaya.
Berbekalkan dengan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri dan juga berbelas tahun bersama UMNO semenjak zaman Tunku Abdul Rahman, sosok,.Ini bukan saja "lali" mahupun ' tebal telinga nya" terhadap segala cemuhan mahupun kata kata nista keatas batang tubuhnya, namun, diatas rasa tanggungjawabnya kerana "mengangkat" Najib yang telah membawa "bala' kepada negara ini, detik detik kecemasan yang beliau miliki ini digunakan sepenuhnya untuk memulihkan negara.
Melalui pakatan yang terjalin yang dinamakan Pakatan Harapan ini, kesepakatan ini telah memberikan keceriaan dan harapan baru kepada rakyat yang mahukan keadilan dan kebenaran terhadap salah laku pemimpin Kerajaan. Diperhitungkan dimahkamah.
Hanya melalui wadah ini saja, segala kemungkaran dan salah laku 9 tahun kerajaan Najib dan geombolannya terhadap terhakisnya kepercayaan negara luar yang mengakibatkan merudumnya nilai ringgit serta "larinya" pelabur ditambah burukkan lagi dengan maruah yang telah dicalarkan olih Najib, semoga, pencucian 100 % terhadap sistem negara dapat dipulihkan apabila Pakatan Harapan "menerajui" Kerajaan.
Sehingga kini UMNO tiada langsung mengutarakan apa apa pelan dalam memperbetulkan atau "mencuci" maruah negara yang telah tercemar. Dengan gelaran Klepetokrasi yang dipakaikan olih dunia luar adakah Kerajaan Najib berbangga?
Begitu juga dengan PAS ataupun Hj Hadi sebagai Presidenya tiada apa yang baru dan konkrit yang telah dihamparkan kepada rakyat buat menyelamatkan "perompakan' dana rakyat yang dilakukan olih Kerajaan Najib. Tetapi apa yang dihebohkan hanyalah RUU355.
Olih kerana tiada apa yang baru dari Kerajaan Najib melainkan mengenakan berbagai bagai keadah samaada secara terangan mahupun secara tersembunyi dalam "mengcukai" poket rakyat dalam mengimbangi ' BUDGET 2018", maka, tiada keperluan lagi buat rakyat dalam mempertahankan kerajaan sedia ada.
Apa yang dapat dilihat hanyalah kelemahan pengurusan ataupun pentadbiran kerajaan Najib dan keborosan berskala besar dalam melaksanakan apa jua projek samada yang kecil mahupun yang besar.
Kelewatan penyudahan projek mahupun projek terbengkalai mahupun projek ketiadaan budget amat kerap berlaku dalam kerajaan Najib.
Olih itu memilih Pakatan Harapan berbanding UMNO dan PAS adalah satu alternatif positif bagi menegakkan kebenaran dan menghapuskan segala "kemungkaran".
Walaupun berbagai rintingan telah ditempuh dandilalui untuk menawan Putrajaya, yakinlah bahawa segala skandal yang telah berlaku selama 9 tahun dibawah Kerajaan Najib dan gerombolannya, yang rakyat terbeban dan terkesan kerana nya serta tergadainya kepentingan peneroka kerana penyenaraian FGV mahupun skandal Altantuya yang tidak kita tahu siapa dibelakang "pembunuhan' itu, bakal kita tahu jawapanya apabila Dr Mahathir berkuasa nanti.
Selagi rakyat mahukan kemungkaran dan kebhatilan dihapuskan dan mengangkat kebenaran sebagai jalan hidup dan pedoman .InshaAllah, berusaha dalam perjalanan itu akan diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Cahaya Al Majid.
Raikan muafakat dengan keazaman menghadapi ujian di depan lebih besar daripada yang disangka.
ReplyDelete