Tuesday, 6 February 2018

THE PROMISED LAND: NAJIB BUAT BERITA PALSU???

Bismillahirrahmanirrahim.

JUAL SELAGI ADA NYAWA
ITULAH NAJIB!!!

Tak sudah sudah si Najib ni . Apa.yang dicakap pasti ada yang menyanggah. Betul atau tidak  atau sihat kah Najib ni?

Kisah perjalanan Najib dan keluarga menunaikan umrah baru baru ini dijadikan "intipati" dalam ucapan beliau.

Walaupun Najib mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah atas urusan resmi kerajaan diatas jemputan King Salman namun tiada pula kita lihat Najib diberikan sambutan negara seperti mana King Salman menerima Donald Trump.

Olih itu disini nampak kejanggalan lawatan resmi Najib sebagai seorang ketua Negara.

Diam tak diam isu memasuki makam baginda Rasullullah dijadikan alasan olih Najib untuk mengangkat dirinya.

Dicanangnya!
Katanya beliau telah diberikan keizinan olih King Salman untuk beliau masuk kedalam makam Nabi bagi menepis desas desus yang mengatakan beliau sebenarnya bukan berada didalam tempat"makam" seperti yang beliau fahami.

Tup tup "Kebenaran" kata kata Najib itu disanggah pula olih Pegawai dari Masjid Nabawi iaiatu Ustaz Abu Syafik , dan beliau menafikan akan keberadaan Najib didalam"makam' tersebut.

Peeergh....Siapa menipu dan siapa pembohong ni????

Adakah kita mahu mempercayai Najib?Semua sedia maklum bahawa Najib jenis manusia yang kuat berbohong ni atau adakah kita nak menuduh ada Ajenda jahat olih Ulama Arab Saudi terhadap Najib??

Satu perkara Najib kena belajar dan tahu, bahawa"peluang" yang didapati kerana "dakwa"nya dapat "masuk ke makam Nabi"itu bukan lah kerana beliau itu seorang yang terpilih tetapi "diberi" kebenaran olih King Salman.

Kalau kita ikuti perkembangan dunia Arab, baru kita tahu siapa  dan jenis apa sebenar King Salman ni.

Campur tangan beliau diatas peperangan dengan jirannya terutama Yaman adalah "pembunuhan" yang dirancang Arab Saudi. Adakah kita mahu mengangkat Raja yang ditanganya dilumuri darah umat Islam lain? sebagai manusia 'ikut Nabi"?

Begitu juga didalam hareiki pemilihan penggantian untuk Raja Arab. Kenapa beliau sanggup mengkhianati saudara saudaranya sendiri dalam menentukan siapa pengganti beliau? Kenapa 'memileh" darah sendiri dan mengkhianati pengganti yang lain?

Adakah manusia yang tidak amanah dan mengkhianati darah sendiri perlu.diangkat dibanggakan?

Olih itu "keizinan" dari King Salman keatas Najib dalam memberi izin masuk makam Nabi serta masuk Kaabah "samalah tarafnya seperti keizinan dari "sekutu syaitan'.

Oleh itu cukup cukuplah mendabik dada dan menjual nama dan makam Nabi.

Cahaya Al Majid.

1 comment:

  1. Alhamdulillah rakyat sudah melihat kepalsuan² nyata di depan mata.

    Najib mungkin mendapat nasihat yang salah dari lobai² yang biasa menjual ugama untuk kepentingan politik.

    Dulu pun ada juga lobai yang mengaku jumpa Nabi dalam mimpi..

    ReplyDelete