Bismillahirrahmanirrahim.
JUAL BELI HARTA NEGARA
RAKYAT JUGA YANG TERKENA!!!
INI BARU KES DALAM NEGERI!!
LUAR NEGARA????
Zaman Najib ni macam macam ada.
Bohong ada, tipu ada, bunuh ada, culik ada, pembunuh terlepas keluar negara ada dan macam macam ada.
Tetapi yang tak leh tahan, jual beli harta samaada tanah Kerajaan kepada swasta atau kerajaan kepada kerajaan, semuanya "terselindung" demi menyelamatkan tengkok Najib.
Samaada hasil nya akan mengembungkan kantung kerajaan atau diguna pakai untuk melunaskan hutang tertentu, belum dapat dipastikan lagi.
Tanah Kerajaan yang dinamakan sebagai TRX olih Najib yang jeluasannya 70 ekar dijual kepada 1 MDB iaitu sebuah syarikat yang dikatakan Najib sebagai Syarikat Pelaburan Strategik yang kini menanggung hutang melebihi RM50 billion, telah membeli tanah tersebut dengan harga RM350 juta.
Namun dilokasi yang sama sebidang tanah telah berjaya dijual dengan harga melebihi RM6billion .
Oleh itu dimana kewarasan kerajaan Najib dalam mempertimbangkan jualan tanah TRX tersebut pada harga RM350 juta kepada 1MDB.
Tidak cukup dengan itu tanah dan Kem lapangan terbang Sg Besi yang berkeluasan 495 ekar pula, di jual juga oleh Najib pada harga RM363. 5.juta.
Apa rasionalnya tanah tersebut dijual dengan harga dengan begitu murah kepada 1MDB?
Apa jasanya 1MDB kepada rakyat dan Kerajaan Malaysia sehinggakan dijual dengan begitu murah?
Yang kita tahu hanya "hutang" dari 1MDB yang telah dibebankan kebahu rakyat. Adakah itu kepuasan buat Najib pada rakyat negara ini?
Tak cukup dengan itu, semua tahu.bahawa Bank Negara Malaysia adalah milik rakyat dan Kerajaan Malaysia.
Tetapi kenapa kerajaan Najib menjual tanah bersebelahan Sesama Kijang yang berukuran hanya 55.79 ekar itu dijual pula kepada agensi Kerajaan dengan harga yang mahal iaitu RM 2billion.
Permainan apakah yang Najib nak buat ni?
Atau adakah tujuan "tersembunyi" disebalik jual beli ini
Semua kena faham, bahawa setiap sen yang keluar dari Bank Negara ini adalah milik rakyat Malaysia.
Dan rakyat yang akan menanggung bebannya.
Olih itu apa rasional Najib dalam menghalalkan transksaksiini jual beli ini. Dengan 1MDB jual murah.
Dengan Kerajaan atau BNM dijualnya harga pasaran.
Tak ke gila namanya!!??
Itulah kerajaan Klepetrokasi pimpinan Najib sekarang ini.
Semuanya duit rakyat yang dia nampak.
Penjanaan ekonomi baru ... Hampeh...
Wajib kah Kerajaan.Najib diberikan kuasa untuk 5 tahun lagi????
Tempah mautlah rakyat Malaysia kalau bagi lagi kuasa kat BN dan UMNO.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment