Wednesday, 7 February 2018

THE PROMISED LAND: DEMI WANG RAKYAT: RAFIZI SANGGUP KEPENJARA.

Bismillahirrahmanirrahim.

SIMPATI KAMI PADA RAFIZI
SEMOGA ALLAH SWT MELINDUNGI
SAUDARA.

KEBENARAN DAN KEBHATILAN
SIAPA BENAR DAN SIAPA CURI DUIT
RAKYAT?

Kemungkaran, kebhatilan dan salah laku pentadbiran Najib serta penyalah gunaan dana awam yang disalurkan kepada syarikat berkepentingan milik pemimpin wanita UMNO, telah menyebabkan Rafizi Ramli dijatuhkan 30 bulan penjara, walaupun kesalahan beliau kerana "membocorkan" maklumat dan kepentingan pelanggan bank yang tertakluk dibawah BAFIA.

Adilkah!!!

Rafizi Ramli merupakan seorang warganegara dan seorang pemimpin pembangkang dari parti PKR iaitu YB Pandan.

Kerana, merasakan tanggungjawabnya terhadap dana rakyat yang cuba dipertahankan dari salahguna olih kerajaan UMNO/BN dan kroni nya, maka,. penyelongkaran kes NFC yang diamanahkan untuk menyediakan lembu dan daging lembu buat keperluan domestik, maka, usaha penyelongkaran dilakukan olih Rafizi dengan bantuan orang dalam  bank tersebut.

Apa yang dilihat kesalahan "membocorkan" maklumat pelanggan itu adalah satu kesalahan tetapi bagaimana pula syarikat NFC tersebut?

Bukankah dana RM250 juta yang diperolehi NFC itu merupakan wang rakyat?

Kenapa dan mengapa dana yang diperolehi itu tidak dibelanjakan seperti yang sepatutnya iaitu "menyediakan lembu.lembu dan daging" buat keperluan dalam negara?
Kenapa dibelanjakan dana tersebut disektor yang tidak dipersetujui?
Bukankan ini merupakan satu "pecah amanah" yang dilakukan olih syarikat NFC.

Hairan dan pelik kenapa sehingga hari ini tiada siasatan mahupun dakwaan dilakukan terhadap syarikat NFC  tersebut?
Bukankah mereka telah memperolehi dana.sebanyak RM250.juta.

Apa dah jadi??

Lebur ke duit tu.. atau peminjamnya hanya perlu goyang kaki bersenang lenang tanpa perlu membayar balik dana rakyat tersebut???

Peeergh ...Senang hidup pemimpin dalam.UMNO.ni.. hutang dikira "burnt", Asalkan " bodek" Najib dan Kerajaan setiap hari.

Yang jadi mangsa dan dipersalahkan kerana "kebocoran" dana RM250.juta hanyalah Rafizi Ramli..

Manusia.yang menentang "penyelewengan" ini dimasukkannya kepenjaran demi mempertahankan "duit rakyat" tetapi
mereka yang "merembat" berbillion ringgit wang rakyat....Bebas begitu saja.

Adakah ini amalan yang disunnahkan Rasullulah saw.

Cahaya Al Majid.

1 comment:

  1. inilah akibatnya apabila undang undang itu ditafsirkan hanya dari segi perkataan peekataan teksnya dan bukan dari makna yang trsirat di jiwa undang undang tersebut. Maka apa yang kita dapat hanyalah kata kata dari beberpa ekor burung kakak tua dan bukan dari latarbelakang mengapa undang undang itu di gubal sebenarnya.

    ReplyDelete