Bismillahirrahmanirrahim.
ANTARA RIAK DAN BALASAN.
Sejak kebelakangan ini ramai diantara pemimpin dunia negara Islam termasuk pemimpin Melayu Islam dari Malaysia telah diberikan keizinan olih Pemerintah Arab Saudi untuk masuk kedalam KA'ABAH.
Sejarahnya KA'ABAH ini mula diwahyukan semula kepada Nabi Allah Ibrahim a.s yang dibantu olih puteranya iaitu Nabi Allah Ismail, untuk dibangunkan semula selepas era kerosakan selepas era Nabi Noh.
Itupun selepas.baginda Nabi Ibrahim merantau jauh selepas baginda berkahwin dengan Siti Hajar yang dicemburui oleh isteri pertama Baginda kerana mengandung.
Kerana itu baginda terpaksa merantau dan meninggalkan sementara isteri pertamanya Siti Sarah buat mencari kediaman lain buat Siti Hajar.
Sebenarnya bagi orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT dengan sepenuh keikhlasan hati, sebenarnya tidak "terpahat hati" mereka terhadap KA'ABAH, kerana bangunan itu hanyalah bangunan empat segi yang diperbuat dari batu saja.
Dan KA'ABAH itu hanyalah sebagai simbol rumah ibadat pertama yang diwahyukan Allah SWT untuk mereka yang menyembah Allah SWT atau Kiblat buat umat Islam saja bagi menentukan arah solat dan tidak lebih dari itu.
Cuma yang yang kita agungkan adalah kerana bangunan itu didirikan semula olih Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail dengan kederat mereka kerana wahyu Allah SWT.
Tetapi lain pulak tanggapan bagi segelintirnya pemimpin yang berkesempatan atau diberi peluang olih Pemerintah Saudi untuk masuk ke dalamnya.
Sebenarnya didalam mahu diluar Ka'abah sedikit pun tiada bezanya disegi amalan.
Yang membezakan bagi sesama manusia hanyalah keimanan dan "kepatuhan"nya kepada suruhan Allah SWT dan tidak lebih dari itu.
Yassir Arafat, Muhammar Ghadafi, Saddam Hussein mahupun Sukarno mahu Dr Mahathir sendiri, semuanya berpeluang memasuki KA'ABAH tetapi adakah mereka itu "teristimewa" disisi Allah SWT.
Yang Allah SWT janjikan hanyalah bertakwa dan berlaku adil kepada semua tanpa membatasi bangsa bangsa lain dan menghormati orang lain seperti yang disunnahkan olih Baginda Rasullulah, barulah bermakna seseorang itu seperti sepatutnya.
Hanya mereka yang benar benar sujud hatinya kepada Allah SWT saja yang dapat menggariskan mana.yang benar dan mana yang mungkar.
Selagi kita bergelumang dengan penipuan, pembohongan serta mencuri dan menyamun harta yang bukan hak kita maka, sisi Allah SWT, sama saja tarafnya dengan sipencuri.
Tambah tambah lagi jika kita riak dengan "peluang" tersebut, lagi tak bermakna..Apapun tak dapat..
Cahaya Al Majid.
P/S : Making ramai.jugak.yang balik dari Mekah malahan mencium.Hajar Aswar pun..namun perangai mereja terlebih buruk dari orang kafir.
Najib dapat masuk Kabah kerana menyokong Saudi meneyrang
ReplyDeleteYaman. Jadi, kejayaan Najib itu adalah darah dan nyawa
penduduk Yaman. Tak payahlah Najib menepuk dada, AKU
INSAN TERPILIH.
SETUJU, bukan hanya najib memecah rekod dunia, sebagai pemimpin Islam rantau Asia yang menyokong pembunuhan saudara sesama Islam, tapi sebagai pemimpin Asia malaysia yang pertama BERSEKONGKOL dengan YAHUDI US dan mengadakan urusan dengan YAHUDI. first time ever. tengok, tak lama dah hancur pun negara ni. Kemudian JIBON juga menjadi pemimpin negara pertama yang TUNDUK SUJUD apada PATI kOMUNIS cHINA. lAGI hANCUR
ReplyDelete