Thursday, 8 February 2018

THE PROMISED LAND: NAJIB: " BERGANTUNG KEPADA UMNO"!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

HANYA BALA DAN MALAPETAKA
MENUNGGU RAKYAT JIKA TIDAK
BERUBAH!???

Peeergh... kemain hebat ayat Najib tu!! bergantung kepada UMNO...

Samaada Najib ni lupa atau sememang tak pernah baca Al-Quran atau tak pernah baca taksiran Al Quran ..terserahlah buat mereka yang menghadam kata kata Najib ni.

"Tidak akan bergerak sebesar zarah melainkan semuanya atas dikehendak Allah SWT"

"Setiap rezeki hamba hamba Nya atau makhluk  yang melata dimuka bumi Allah SWT ini, semuanya ditanggung Allah SWT".

Allah SWT yang menentukan segalanya dan bukannya manusia yang menetapkan.

Manusia.hanya berkederat atau berusaha tetapi Allah SWT yang menentukan.

Itu sebahagian dari "bait bait" firman Allah SWT yang tercatat didalam Al Quran.

Kenapa rakyat diseru olih Najib untuk "bergantung" kepada UMNO dan BN.
Adakah UMNO dan BN yang menentukan "rezeki" setiap warga yang melata dibumi Malaysia.ini?

Cuma melalui pilihanraya rakyat memberikan kuasa kepada pemimpin politik untuk "mewakili" suara mereka untuk didengari diperingatkan Parlimen.

Benar selama 60 tahun UMNO melalui perkongsian bersama beberapa parti lain seperti MCA ,MIC serta beberapa lagi parti dari Sabah dan Sarawak yang membentuk Barisan Nasional, namun, keseimbangan peruntukan kepada setiap negeri negeri dilihat amat berat sebelah.

Peruntukan kepada Sabah dan Sarawak adalah yang terkebelakang sekali, samaada disegi peruntukan infra mahupun peluang ekonomi, semuanya, tercicir jauh barbanding Semenanjung.

Begitu juga dengan Kelantan dan Terengganu, walaupun, kedua.negeri ini berada di Semenanjung dan merupakan negeri pengeluar minyak yang menghasilkan dana berbillion dollar Amerika kepada negara, namun, disegi pembangunan jika dibandingkan dengan negeri pantai barat, amat terkebelakang s kali.
Adakah itu tanda "keadilan" pemerintah bernama Barisan Nasional atau UMNO?

Bayangkan Selangor dan Pulau Pinang, kedua dua negeri ini merupakan penyumbang KDNK yang tertinggi didalam negara berbanding negeri lain.

Walaupun negeri ini merupakan negeri yang diterajui oleh Pembangkang namun kemakmuranya disegi ekonomi dan peluang perniagaan buat warganya umatnya terbuka luas sekali berbanding negeri yang ditadbir kerajaan BN? Kenapa?

Bermacam macam insentif diberikan kepada warga negerinya.
Kenapa "kelebihan" ini tidak dinikmati oleh negeri yang ditabir Kerajaan Barisan Nasional?

Apa yang dirasai kini terutama selepas pemerintahan Pak Lah dan kini ,diera Najib, bermacam-macam "mala petaka" ekonomi serta " penyelewengan " mula dirasai olih rakyat seluruh negara.

Bukan saja GST saja malahan peningkatan kos barangan dan peningkatan kos sara hidup makin menghimpit setiap jiwa rakyat terutama golongan pertengahan kebawah.

Oleh itu apa yang hendak digembar gemburkan oleh Najib untuk "kebergantungan" rakyat kepada  Barisan dan UMNO lagi.

Bukankah telah bermacam macam huru hara ekonomi menghimpit rakyat negara ini akibat perbuatan Najib dan Kerajaannya?

Kalau dahulu pengekonomi negara kita tidak hanya bergantung kepada satu pelabur saja, tetapi, kenapa kini?, semuanya disatukan kesatu bakul saja, iaitu China?
Adalah negara negara lain tak berminat atau tak berduit?

Begitu juga halnya dengan projek.projek Besar atau Mega.
Kenapa hanya diberi atau diserah kepada China?

Tiada lagikah syarikat besar yang lain mahupun Syarikat tempatan yang "berduit" yang berwibawa untuk menerajuinya atau sememangnya Najib dan UMNO mahupun Kerajaan BN dah "terikat"dengan China??

Kalau peningkatan kos harga barangan mahupun pentingkatan kos sara hidup pun Najib dan UMNO mahupun BN gagal untuk mengawal bagi kemaslahatan kehidupan rakyat, apa lagi, yang bolih rakyat harapkan  kepada Najib mahupun UMNO untuk 5 tahun lagi?

Kalau sekarang pun gagal untuk membantu kehidupan dan meringankan beban rakyat ..inikan pula diberikan peluang lagi.untuk memerintah lagi 5 tahun??
Memang tidak lah..

Cukup.Cukuplah...

Cahaya Al Majid.











No comments:

Post a Comment