Tuesday 24 April 2018

THE PROMISED LAND : APA NASIB NAJIB, HJ HADI DAN MAHATHIR LEPAS PRU . BHG II

Bismillahhirrahmannirrahim.

                                               BERAKHIRKAH R.A.H.M.A.N????

                                          Image result for imej Mahathir

Sementara Najib, UMNO dan Barisan tetap mahu mengekalkan kuasa dengan 'cubaan" menjerat rakyat dengan hutang yang berlambak lambak yang telah dicipta untuk digalas dibahu rakyat, manakala Hj Hadi pula mahu menjadikan PAS sebagai 'King Maker' dengan harapan rakyat marhean Melayu menyokong 'ideologi' PAS yang ternyata merosakkan , sementara Dr Mahathir dan Pakatan Harapan pula ingin menumbangkan Najib sekaligus membungkuskan UMNO dan BN, dan pada masa yang sama cuba 'meranapkan' impian Hj Hadi, PAS dan gerombolannya kerana didakwa menyesatkan umat Melayu melalui ' Amanat Hj Hadi' yang ternyata telah memecah belahkan umat Islam dinegara ini kerana 'fahaman' mereka, maka, keputusan 'rakyat' adalah ketentuan buat kesemua meraka ini.

                                         Image result for imej Mahathir

Perlu diingat Najib merupakan Perdana Menteri semenjak 2009, selepas Pak Lah atau Abdullah Ahmad Badawi terpaksa di 'rengkuh' jawatannya kerana keterlibatan 'Budak Tingkat Empat' yang diketuai olih menantunya iaitu KJ @ Khairi Jamaluddin kerana didakwa olih  ' Ahli Tertinggi' UMNO bahawa segala urusan "mengurus dan mentadbir" negara dipelupori olih 'Budak Tingkat Empat' ini,maka tindakan menyelamatkan UMNO diusahakan dari dalam UMNO. Maka berakhirlah Pak Lah sebagai Perdana Menteri.

Image result for imej Mahathir dan Suharto


Berbeza dengan Hj Hadi. Beliau merupakan Presiden PAS untuk sekian lamanya dan pernah memegang jawatan Menteri Besar bagi Terengganu untuk sepenggal sebelum Kerajaan PAS Terengganu yang  dipimpinnya  kecundang kepada Barisan Nasionald . Begitulah nasibnya Hj Hadi atau nasib Presiden PAS  dinegeri beliau sendiri.  Rakyat yang dipimpin dari buminya sendiri 'menolak' Parti pimpinan beliau, olih itu dimana relevannya 'kepimpinan' dibawah Hj Hadi untuk menerajui Kerajaan Pusat.

Image result for imej Mahathir


Tetapi amat berbeza dengan kepimpinan arwah Nik Aziz diKelantan. Walaupun berstatus "Mursidul PAS" dan sekali gus berjawatan Menteri Besar, dan walaupun telah beberapakali PRU berlangsung, namun, hajat Parti Kerajaan Pusat iaitu Barisan Nasional, samaada dibawah Dr Mahathir, Pak Lah mahupun Najib sendiri,  tetap 'kegagalan' disandang olih Parti Kerajaan.
Begitulah 'hebat'nya 'kelibat Arwah Nik Aziz dalam 'membelai jiwa' anak anak Kelantan dan kemenangan PAS diKelantan bukanlah kerana kehebatnya Presiden PAS nya, tetapi 'watak Nik Aziz" tiada penggantinya.
Al Fatiha buat Arwah....

                                         Image result for imej Mahathir

Berbeza dengan Dr Mahathir. Beliau telah pun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

                                       Image result for imej Mahathir dan Suharto

Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri h dengan sanjungan datang mencurah-curah dari seluruh dunia.
Penghormatan disuarakan dalam lidah-lidah pengarang akhbar di Britain, Arab Saudi, Kenya, Singapura dan Indonesia.
``Sebagai tokoh yang kompleks, kehilangan yang akan dirasai ialah dari segi tenaga dan wawasan beliau tetapi bukan prejudis beliau,'' menurut lidah pengarang akhbar Guardian di London.
Dua stesen televisyen paling popular di dunia Arab, Al-Jazeera dan Al-Arabiya menyiarkan majlis penyerahan tugas Dr. Mahathir secara langsung hari ini.
``Sukar untuk membayangkan rantau ini tanpa beliau. Lebih tepat lagi, pentas dunia tanpa beliau,'' menurut lidah pengarang Straits Times di Singapura.
Lidah pengarang Business Times Singapura menyebut, Dr.Mahathir meninggalkan Malaysia satu kelas pertengahan Melayu yang kukuh dan lebih penting lagi, kestabilan sosial.


Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Begitulah hebatnya nama Dr Mahathir dipentas politik dunia.

                                          Image result for imej Mahathir dan barisan Pakatan Harapan

Kini Dr Mahathir telah membuang UMNO dan Barisan Nasional dari journal peribadinya.
Semenjak menubuhkan PPBM dan bergabung dengan PKR, DAP dan Amanah yang dikenali sebagai Pakatan Harapan, maka, kerancakkan 'rythm politik' dinegara ini amat amat menerujakan semua orang dari yang muda hingga lah yang tua, semuanya 'merasakan' bahang perubahan ini.

Disatu pihak ada yang menuduh beliau sebagai 'nyanyuk', dah 'terlalu tua 93 tahun dan berbagai bagai 'panggilan' namun disisi dan disamping beliau kini, Kelompok yang dianggotai  Dr Mahathir ini dikenali sebagai Pakatan Harapan dan dibarisi olih 'watak watak' yang besar namanya diarena politik negara ,  samaada mereka yang pernah berada dipihak Kerajaan mahupun dari kem parti pembangkang, namun kini mereka 'menghala' kepada 'tujuan yang satu' iaitu 'mengalahkan Najib dan gerombolan Kebinetnya'..

Tetapi yang paling mengujakan adalah watak watak yang pernah menjadi 'seteru' beliau satu masa dahulu kini duduk sebaris dengan Dr Mahathir dalam usaha menumbang 'kerajaan klepetrokasi' yang dipimpin Najib dari UMNO dan Barisan Nasional yang didakwa telah mendatangkan banyak kemudaratan kepada negara. 
Dengan berbagai bagai skandal yang didakwa 'membaluti' diri Najib , serta 'kes rasuah yang melibatkan pemimpin UMNO yang tidak berkesudahan ditambah burukkan lagi dengan peningkatan hutang negara gara gara Najib suka berhutang demi 'membuat projek Mega' yang berkiblatkan kepada Kerajaan China Komunis serta apabila rakyat dibebankan dengan cukai GST yang telah menaikkan kos sara hidup rakyat, maka, pertukaran rejim pemerintahan adalah jalan terakhir buat rakyat.

                                                  Image result for imej Mahathir dan barisan Pakatan Harapan

Walaupun pihak yang bertanding telah mengutarakan 'manifesto' masing masing namun apa yang dilihat dan menarik buat rakyat adalah penyebab kepada 'kenaikan kos barangan serta kenaikan kos sara hidup' iaitu GST. Hanya Pakatan Harapan saja yang 'menawarkan' penghapusan GST sekiranya mereka menjadi kerajaan.

Walaupun Najib dan Kerajaannya mengatakan tanpa GST Kerajaan akan 'bangkrap", namun, Dr Mahathir 'yakin dan percaya' bahawa ada kaedah lain yang  bolih diusahakan demi 'mengimbangi' kekurangan dari cukai GST.

                                            ... bersambung..

                                                      Cahaya Al Majid.








Monday 23 April 2018

THE PROMISED LAND : CUCU KOMUNIS vrs PELABUR KOMUNIS: SIAPA LEBIH BERBAHAYA????

Bismillahhirrahmannirrahim.

MANA YANG LEBIH MENAKUTKAN

"Cucu Komunis" yang dilabel terhadap Jamilah Jamaluddin yang merupakan calon DAP bagi DUN Damansara Sara, mula, diperbesarkan.
Walaupun nenek beliau merupakan tokoh yang bernama besar dalam PKM suatu masa dahulu, namun untuk mengheret dan mengaitkan beliau dengan 'perjuangan komunis nenek beliau amatlah keterlaluan. Samaada beliau pernah mengenali Shamsiah Fakeh secara peribadi ataupun pernah 'bermanja' secara bersentuhan dengan neneknya, tiada kepastian terhadap perkara tersebut.

Walaupun Jamilah memilih DAP sebagai instrument politiknya, namun, keberanian beliau dalam menghadapi serangan jelek dan berstatus peribadi yang membabitkan perjuangan neneknya suatu ketika dahulu, telah cuba dikaitkan dengan pendirian beliau masa kini.

Walaupun begitu Jamilah merupakan anak kelahiran negara ini dan berstatus warganegara dan segala haknya tidak bolih dinafikan olih perlembagaan. Walaupun terdapat dikalangan Pemimpin negara yang lahir bukan dinegara ini tetapi dibesarkan negara ini, namun, kewarganegaraan dan dipileh sebagai pemimpin, tiada siapa bolih mempertikaikan.






Jamaliah Jamaluddin, cucu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh, akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama dalam pilihan raya umum 9 Mei ini.
Jamaliah, 29, memberitahu, beliau memilih DAP kerana prinsip dan ideologinya.


Namun apa yang ingin diperkatakan disini adalah dua perkara berbeza.

Adakah dengan memileh beliau sebagai Pemimpin Masyarakat atau sebagai Ahli Politik akan mendedahkan pengundi pengundinya menjadi 'ajen komunis'?

Apa yang perlu kita takutkan adalah 'pemberian kontrak dan projek projek Mega' kepada 'kontraktor Kerajaan  rakyat negara Komunis iaitu China dengan cara 'kita meminjam' yang mana 'pemberi pinjaman' ini sememangnya Komunis dan 'berhati komunis' semenjak azalinya.

Adakah itu yang diinginkan dan yang mahu  dipertahankan olih Kerajaan Najib UMNO dan BN ?
Apa yang kita perlukan adalah ' Foreign Direct Investment" dan bukan China Communist Government Controlled Investment". 
Ini yang kita gusarkan terutama "investment stail Najib ini iaitu "hutang" dari  China komunis .

Selalunya pelaburan ada tahap risikonya tetapi "pelaburan" dari China Komunis ini tiada 'risiko' langsung buat mereka  malahan, geranti dan '1000% tetap mengaut untung dan dibawa balik bulat bulat.
Selalunya investment atau pelaburan semestinya dari keuntungan dan dari hasil pulangan yang dilabur tetapi berlainan dengan 'terma" Najib dengan China Komunis .

'Pinjaman yang diberikan' China Komunis" diistilahkan Najib sebagai 'pelaburan' dan pulangan pula melalui interest atau bunga yang dikenakan . Inilah istilah 'pelaburan bagi Najib" yang diakui olih pakar ekonomi UMNO dan seluruh Kabinetnya yang dungu yang sengaja mahu 'menjerat' negara ini.

Semoga apa yang diusahakan olih rakyat yang tidak bersetuju dengan usaha Najib, UMNO dan BN ini yang diketuai olih Dr Mahathir melalui Pakatan Harapan  yang mahu menyelamatkan negara ini dari belangu hutang ' Ah Long dari China Komunis' ini akan membuahkan hasil.

Ehsan dari blog : CELAH GELEGAR.

                                      

                           

                           

                          

                         

                                                     Cahaya Al Majid.

Sunday 22 April 2018

THE PROMISED LAND : APA NASIB NAJIB, HJ HADI DAN MAHATHIR LEPAS PRU14.

Bismillahhirrahmannirrahim.

                                                   APA HALA TUJU RAKYAT
                                                          BAHAGIAN SATU

                                         Image result for IMEJ BENDERA BN
Najib Razak mewakili Barisan Nasional , Hj Hadi mengetuai PAS dan Dr Mahathir mengepalai Pakatan Harapan . Mereka mereka ini adalah tiga watak utama yang mengetuai barisan kelompok gabungan masing masing.

Melalui persefahaman sesama gabungan parti parti politik yang bertanding pada PRU 14 ini, hanya tiga lambang utama  diatas kertas undi yang pasti menjadi pilihan rakyat selain lambang parti parti 'langau' ataupun 'sampah' .

Najib Razak melalui UMNO mewakili kelompok Barisan Nasional yang terdiri dari beberapa parti politik utama seperti sebahagian kelompok Bangsa Melayu dari UMNO sementara MCA dan MIC mewakili sebahagian dari kaum berbangsa China dan India dan gagasan ini juga mewakili beberapa Parti parti dari Sarawak dan juga dari Sabah.

                                                Image result for IMEJ BENDERA BN

Sementara Parti PAS, yang 'mengaku' berkiblatkan agama dan diketuai olih Hj Hadi yang juga merupakan Presiden Parti tersebut.  Dan rata rata ahlinya merupakan dari kelompok berbangsa Melayu yang 'mengaku' menurut ajaran Islam yang sebenar.

                                              Image result for IMEJ BENDERA BN

Berbeza sekali dengan gabungan Pakatan Harapan. Gabungan ini diketuai olih Dr Mahathir dan dianggotai olih PKR, DAP, Amanah dan juga PPBM. Walaupun Dr Mahathir merupakan Pengerusi PPBM yang mana pendaftaran PPBM tersebut baru saja dinafikan pendaftaran olih ROS dan pendaftarannya masih lagi 'tertakluk' kepada keputusan dimahkamah namun Dr Mahathir tetap diberikan kepercayaan dan mandat olih gabungan gabungan ini untuk menerjui Pakatan Harapan sekaligus akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional ..inshaallah..

Melalui kuasa yang dimiliki olih Najib selaku Presiden UMNO mahupun sebagai Perdana Menteri dari Kerajaan Barisan Nasional.  segala keputusan tentang pemilihan calon terutama dari parti UMNO atau Barisan Nasional yang akan bertanding samaada disemenanjung mahupun di Sabah segala kata putus dan keputusan semuanya terletak ditangan Najib.

Pertembungan kuasa kali ini amat besar implikasinya samaada terhadap Najib dan UMNO, mahupun terhadap  Hj Hadi dan PAS ataupun terhadap Dr Mahathir dan Pakatan Harapan itu sendiri. Olih itu segala tipu helah, pembohongan, rasuah, dan memburuk burukkan lawan serta fitnah sememangnya dijadikan senjata.

                                                Image result for IMEJ NAJIB

Kepada diri Najib, UMNO dan Kerajaan BN yang dipimpinnya, nescaya, sekiranya kekalahan ini memihak kepada beliau dan menjadi kenyataan maka segala skandal, salah laku, penyalahgunaan kuasa, penipuan serta sampah sampah yang disapu kebawah karpet yang berlaku dieranya pasti dibongkar dan diadili dimahkamah semaunya.

                                                     Image result for IMEJ hJ hADI

Implikasi terhadap kekalahan ini bukan saja akan merencatkan keakraban gabungan Barisan Nasional malahan tuduh menuduh dan tuding menuding serta salah menyalahkan satu sama lain bakal berlaku dikalangan mereka. Perbalahan ini bakal menjurus kepada 'mentalkin" dan 'menguburkan' UMNO sekali gus. Memandangkan kini 'pedaftaran' dan 'kes UMNO" telah dibawa kemuka pengadilan gara gara melanggar Perlembagaan UMNO sendiri dan kini telah dibawa Mahkamah untuk dibatalkan, niscaya, 'mengharamkan' UMNO untuk kedua kalinya pasti berlaku..

Lompat parti olih calon UMNO yang memenangi Kerusi Parlimen atau DUN akan terjadi ada yang mengistiharkan diri sebagai 'bebas' mahupun 'berpindah' ke Parti yang menjadi Kerajaan.

Ini adalah implikasi yang amat berat untuk dihadapi olih Najib, UMNO dan kepimpinan Barisan Nasional sekiranya kemenangan tidak berpihak kepada mereka.

Bagi PAS dan Hj Hadi pula, walaupun mereka merasakan 'sokongan' terhadap gabungan mereka sedang meningkat dan mendapat simpati dari orang Melayu, namun, semua itu adalah 'firasat' dan 'rasa rasa' mereka saja. Tidak dinafikan PAS mempunyai sokongan orang Melayu yang 'totok' namun
untuk memenangi kerusi yang banyak sehingga menjadi 'king maker' seperti yang diharapkan Hj Hadi dan kepimpinannya, nampaknya, semua itu adalah 'pegangan' yang meleset.

Walaupun mereka sedar bahawa tanpa sokongan parti dari bukan Melayu adalah mustahil untuk mereka memenangi beberapa kerusi Parlimen namun usaha untuk 'memecahkan' undi dan menafikan kemenangan Pakatan Harapan adalah 'tujuan' utamanya.
Usaha yang sedang dirancang Hj Hadi dan PAS ini , sebenarnya sedang menjerat niat PAS Kelantan untuk terus menjadi Kerajaan di Kelantan .
Pertembungan yang diusahakan secara 'berharmoni' dengan UMNO atau Najib ini, sememangnya bakal menjadikan PAS sebagai sebuah parti sumbang selepas PRU 14 samaada di DUN mahupun di Parlimen.

                                            Image result for Imej Dr Mahathir

Berbeza dengan Dr Mahathir dan PPBM mahupun Pakatan Harapan. Pada awalannya PPBM ditubuhkan kerana ingin 'menyahkan' Najib saja dari tampuk kuasa kerana Najib telah dilihat terbelit dengan berbagai skandal dan sekali gus telah 'menjejaskan' imej negara didalam dan juga diluar negara kerana beberapa skandal Mega.
Ini termasuklah skandal 1MDB dan beberapa skandal lagi seperti FGV, FELDA mahupun Rosmah juga.  Ditambah dengan pemecatan beberapa watak dan individu penting dan kanan dalam UMNO , pertembungan ini telah memuncakkan lagi keinginan mereka untuk menjatuhkan Najib sahaja, tetapi, apabila barisan Ahli Kepimpinan Tertinggi UMNO tetap mahu mendukung Najib  maka, PPBM ditubuhkan bagi menyaingi dan memulihkan ' kejelekan' yang dicipta olih Najib yang mana telah mengheret UMNO sekali.

Kini PPBM berserta DAP, PKR dan Amanah  dikenali sebagai Pakatan Harapan dan kini hala tuju dan tujuan mereka berjuang adalah untuk menyelamatkan negara ini dari 'cengkaman' Najib yang didakwa dan dilihat telah 'mengenggam'  sepenuh kuasa dan 'mengongkong' SPRM, PDRM , Jabatan Undang Undang serta lain lain ajensi penguatkuasaan dalam 'mempertahankan' salah laku beliau.
Kini mereka berjuang dan bertekad untuk menumbangkan Najib sekali gus akan meranapkan UMNO serta Barisan Nasional sekali dalam PRU 14 ini. .

Kehadiran Dr Mahathir dalam mengepalai Pakatan Harapan sememangnya tidak disenangi olih Pemimpin UMNO terutama Najib. Berbagai bagai usaha dilakukan untuk 'memburukkan' reputasi Dr Mahathir sehinggalah kes Forex 25 tahun dahulupun diungkit semula dan diadakan RCI, namun, hajat itu tidak kesampaian apabila 'kesalahan nyata' adalah ditangan Nor Yaakob dan sehingga kini, tiada satu 'dapatan konkrit atau sohih' yang dapat mengheret Dr Mahathir.

Nampaknya samada PAS mahupun UMNO, kedua kedua Parti ini amat kecut dengan kehadiran Dr Mahathir sebagai pemimpin no. satu Pakatan Harapan. Namun segala usaha Najib dan UMNO ,dari seremeh remeh perkara sehinggalah keperkara yang ' dituduh' yang melibatkan 'hal peribadi' seperti "status keturunan' dan umur 93 tahun dijadikan senjata untuk menyerang 'kehebatan' Dr Mahathir.

Perlu diingat Dr Mahathir tidak akan rugi apa apa. Beliau telah berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dan berjasa kepada negara ini. Dari Perlis hingga ke Johor dan dari Sarawak hinggalah ke Sabah, segala, 'cap jari' pembangunan yang dibawa telah merubah langskap negara ini. Bukan saja didalam negara malahan diluar negara juga beliau amat dihormati dan tidak pernah tunduk kepada kuasa kuasa Barat yang mahu menekan negara ini.

Begitu juga dengan 'imej Malaysia' di dunia Islam. Beliau amat dikagumi dan dijadikan idola olih kebanyakkan negara Timur Tengah kerana kelantangan dan keberanian beliau dalam membangunkan negar ini. Kelantangan beliau dalam memperjuangkan nasib negara Islam dan nasib rakyat Palestin yang diganyang Yahudi telah  menjadi beliau amat 'dikagumi' dan dihormati.

                                                 ...bersambung...