Wednesday, 11 July 2018

THE PROMISED LAND: SIAPA YANG HILANG PUNCA

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kalau tersesat dihujung jalan maka kembali lah kepangkal jalan. Itu perpatah dari orang orang lama.
Samaada nak ikut atau tidak semua itu terpulang .

Begitu juga lah halnya tentang Pakatan Harapan mahu pun UMNO.

Kita cerita dulu Bab Pakatan Harapan.

Kalau sebelum menang PRU berjela jela ketidakpuasan hati mereka terhadap BN dan UMNO dihemburkan . Tujuan adalah mahu meraih atau menanam rasa benci atau meluat terhadap pemimpin mahupun terhadap BN/UMNO.

Tetapi apabila kuasa dah dalam genggaman dan menjadi kerajaan , lain pula yang terjadi.
Janjinya mahu merubah apa yang tak kena dengan pentadbiran terdahulu. Ini salah itu salah, sana tak betul sini tempanglah tetapi, namun apa yang dijanjikan, akan ada pemulihan dan pembetulan, tetapi dilihat masih ditakuk lama.

Kalau dahulu kes kilang China di Kuantan yang berkilo meter terpagar yang terdendang, namun, sehingga kini semuanya senyap belaka, apa dah jadi?? Begitu juga dengan projek Forest Hill di Johor tu, apa citer.
Yang lain lain tu kita nampak lah sikit akan perubahanya , tetapi tak dalah sampai 'sapu bersih'.

Tetapi Bab UMNO pulak, apa yang dilihat, pembaharuan mahupun pemulihan yang dicuba untuk dilakukan masih belum nampak apa apa lagi. Yang ketara hanyalah petukaran ketuanya . Dari Presiden hinggalah Ahli Majlis Tertingginya, tetapi masih mengekalkan muka muka yang sama.
namun sehingga hari ini pemulihan yang dikata mahu dilakukan masih lagi dilihat  'terkial kial' seolah olah hilang punca.

Samaada mereka ini semua didalam kealpaan, buta hati dan buta mata  ataupun dipaksa  'tunduk' kepada 'tekanan politik' , kesemua pihak samaada  PPBM mahupun 'suara garang UMNO, kini tiga tonggak utama Kerajaan bukan lagi disandang olih Melayu Islam.
Ketua Hakim Negara diagihkan kepada Richard Melanjun yang menggantikan Tun Raus Sharif. Tak cukup dengan itu Peguam Negara juga dihabukan kepada Tommy Thomas untuk menggantikan Apandi Ali. Namun yang paling 'win' adalah Datuk Lui Keong pula dilantik sebagai Menteri di JPM yang menjaga hal ehwal Undang Undang.

Adakah ini sememangnya 'percaturan' Yang Maha Esa terhadap Bumi Tanah Melayu ini agar negara ini 'menjurus' kepada yang 'situasi' yang lebih mencabar yang  mencacatkan hati Raja Raja Melayu dan umat Melayu Islam???

Apakah dengan tindakan dan keputusan Kerajaan ini , negara bakal diundang 'bencana' atau bakal 'menjarakkan' orang Melayu Islam" kepada Pakatan Harapan? Atau akan 'terjadi' kah ,'pembelotan' diantara pendukong pendukung Kerajaan atau pihak Pembangkang agar  menjadi lagi 'extreme'?

Sebagai renungan :-
Manusia apabila telah hilang pertimbangan, hanya melalui kata kata  'sindiran', membunuh dijadikan
jalan terakhir.

Pembantu tadbir Kolej Vokasional maut dipercayai dibunuh rakan sekerja

"Mangsa dikatakan selalu menyindir suspek ada 'hubungan sulit' dengan seorang staf di tempat kerja sama. Walaupun dinafikan oleh suspek, mangsa masih juga menyindir dan mengata suspek.


Adakah 'hilang punca' Kerajaan Pakatan bakal 'meremukkan' kepercayaan Umat Melayu kepada 'sistem' yang diamalkan tanpa mengambil kira 'pandangan' kaum majoriti???

JANGAN CAKAP ABANG TAK PAYUNG!!!!

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment