Wednesday, 10 October 2018

THE PROMISED LAND : MAHATHIR RILEK JE!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

KENAPA MASIH WAS WAS!!!

Kenapa Wan Azizah aka Timbalan Perdana Menteri mengulang cerita bahawa YDP Agong telah menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada beliau?
Apakah motifnya?

Tidak cukupkah dengan 'pengampunan' yang telah diberikan kepada suami beliau olih Yang Dipertuan Agong sehinggakan  Anwar Ibrahim kini bolih bertanding untuk menjadi Ahli Parlimen sekaligus sekiranya menang bolih diangkat sebagai Perdana Menteri pula?

Imbau kembali sebelum PRU 14, satu dunia tahu bahawa" blok Pakatan Harapan" yang menggunakan logo PKR akan mengangakat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka menang PRK14.
Olih itu kenapa perlu diangkat semula cerita atau kisah "tawaran" dari Yang Di Pertuan Agong'?
Apa muslihatnya???

Atau adakah Wan Azizah takut bahawa 'pengampunan" yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim bukan berstatus " pengampunan bebas' mengikut perkara 48(1)(e) dalam Perlembagaan Negara?

Article dibawah ini adalah apa yang ditulis olih Abd Kadir Jasin.

Cuma  timbul persoalan kerana tiga bulan sebelum PRU 9 Mei, Istana Kelantan telah menarik balik gelaran Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang dianugerahkan kepada Dr Mahathir.

Gelaran itu diberikan oleh bekas Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Baginda adalah ayahanda kepada Sultan Muhammad V dan masih hidup.

Penarikan balik darjah tertinggi Kelantan itu dilihat sebagai penolakan terhadap Dr Mahathir oleh Istana Kelantan. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa beberapa orang sultan secara tersurat dan tersirat “berkempen” menghalang kepulangan Dr Mahathir ke arena politik tanah air.

Apa sebenarnya yang ingin disampaikan olih Kadir Jasin?

Adakah beliau mahu mengajak rakyat untuk mencurigai bidang kuasa Yang DiPertuan Agong?
Atau salahkah tindakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ,menarik anugerah yang pernah diberikan kepada Dr Mahathir olih ayahanda beliau?.
Apa yang tak puas hati ni???

Atau kelompok pakatan ini sengaja mahu 'mengheret dan membakar hati rakyat untuk tidak menjunjung keberadaan Yang DiPertuan Agong mahupun Raja Raja Melayu.
Atau sememangnya mereka berajenda untuk menidakkan 'keberadaan' Raja Raja Melayu dan Institusi YDP Agong dinegara ini?

Lihat saja tajuk yang dimainkan :-

Kadir: Beberapa sultan berkempen halang kepulangan Dr Mahathir



Pengesahan dan ulang sebut ini penting kerana rakyat, khususnya pengundi yang memilih HARAPAN, berhak mengetahui tindak balas Yang di-Pertuan Agong terhadap keputusan mereka memilih HARAPAN.


Apa ajenda sebenarnya???

Cahaya Al Majid.

3 comments:

  1. Kekanda Al-Majid,

    Janganlah sesekali merasa berduka sekiranya DS Anwar berjaya masuk ke Parlimen melalui pintu PRK PD. Sekiranya ia berlaku dan saya percaya ia akan berlaku, yakinlah bahawa ia sebahagian daripada master plan oleh The Greatest Planner untuk mengumpulkan kebathilan di dalam satu kelompok kerana pada akhirnya kebathilan yang bersekutu akan dilenyapkan apabila berlaku PERTEMPURAN KLIMAKS.

    PERTEMPURAN KLIMAKS tidak akan berlaku selagi korumnya belum cukup. Mungkinkah kemasukan Anwar ke parlimen akan mencukupkan korum? Saya masih berharap ia tidak sedemikian, dan berharap Anwar sedar sebelum terlewat, tetapi daripada tindak-tanduk suami isteri ini ia benar-benar kelihatan menunju ke arah tersebut.

    Biarkan Wawi bersuara mahu bercerita kepada dunia tentang jawatan PM telah ditawarkan kepadanya oleh YDPA-15 apabila PH yang diketuai Tun M menang pilihanraya. Ia telah menjadi petunjuk jelas bahawa mereka benar-benar menyangka mereka lebih layak untuk menjadi PM berbanding Tun M apabila PH diisytiharkan menang PRU14, sebagaimana Anwar telah mengakui sendiri semasa di Singapura apabila memberi jawapan 'it should have been me' ketika ditanya apa perasaannya melihat Tun M mengangkat sumpah sebagai PM-7. Singapura telah bersaksi dan kini Indonesia pula telah bersaksi.

    Hakikatnya semua orang tahu mereka mulakan Langkah PD dengan membelakangkan Tun M tetapi apabila keadaan kelihatan terdesak, mereka sendiri yang meminta Tun M turun berkempen untuk ketua mereka. Ia telah merobohkan sama sekali cakap-cakap kartel mereka bahawa Tun M bukan faktor kemenangan PH dan ia kebetulan berada di situ disebabkan Anwar berada di penjara.

    Ia juga dengan jelas telah meranapkan sama sekali keegoan Anwar apabila berkata 'saya dan Tun M adalah naga di bukit masing-masing'. Apa barang seekor naga meminta naga lain masuk ke bukit yang ia sendiri pilih untuk membantu ia menawan bukit tersebut. Sudah tentu ia sendiri bukanlah seekor naga apabila ia perlu menjemput naga lain membantunya di bukit sendiri.

    Biarkan semua orang menilai sendiri self acclaimed pejuang anti kronisme ini membuat tawaran kepada seluruh negara si isteri akan kekal sebagai TPM sehinggalah si suami mengangkat sumpah jawatan sebagai PM. Maka di antara tempoh keduanya tawaran mereka ialah suami sebagai PM dan isteri sebagai TPM.

    Hampir 10 tahun dahulu, The Greatest Planner telah mengizinkan rancangan seorang anak merampas takhta daripada bapanya sendiri yang masih hidup dan kini si anak itu menduduki takhta teragung Kingdom Malaysia ini, juga ketika bapanya masih hidup. Apabila dharurat diisytiharkan akibat 'kebathilan yang bersekutu' si anak akan menjadikan dirinya pemerintah mutlak ke atas bapanya sendiri dan menyalahi segala hukum monarki dan hukum agama.

    Maka apabila The Greatest Planner mengizinkan Anwar masuk ke Parlimen melalui PRK PD, janganlah sesekali berdukacita. Ia adalah sebahagian dari 'The Grand Design'.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  2. (Sambungan 1)

    Mari renungi pula fakta-fakta berikut :-

    1. Pada Februari 2019 kelak, maka akan genaplah tempoh 101 tahun kemangkatan Sultan Abdul Hamid 2 Uthmani, mujadid terakhir zaman menggigit. Bererti mujadid terakhir umat patut mucul sekitar waktu itu, Februari 2019 atau sekitarnya tidak mungkin terlalu jauh tempohnya kerana hadith menyebut 'di hujung kepala setiap 100 tahun' sebagai tempoh kemunculan mujadid baru.

    2. Gempa-gempa yang berturutan sedang berlaku di banyak tempat di dunia dan paling ketara ia sedang berlaku di negara tetangga kita Indonesia. Membenarkan khabar nubuwwah mengenai banyaknya terjadi gempa-gempa ketika saatnya semakin hampir.

    3. Beberapa gunung berapi sudah mula aktif. Ada yang telah meletus, dan ada yang dijadualkan akan meletus di dalam tempoh beberapa bulan saja lagi. Adakah letusan ini yang akan menyebabkan berlakunya asap tebal di seantero dunia? Dan adakah khabar mengenai asap tebal di dalam surah Ad-Dukhan itu adalah khabar tentang kiamat atau khabar tentang perubahan zaman daripada zaman fitnah ke zaman baru?

    4. Pada 2019 ramalan cuaca meramalkan bahawa bumi akan mula mengalami kemarau teruk yang akan berlangsung selama 3 tahun, yang diramalkan sebagai tidak mampu ditanggung oleh manusia dan bumi.

    Hanya satu sahaja kaedah semulajadi untuk membolehkan asap-asap tebal ini dihilangkan dan juga untuk ramalan kemarau 3 tahun ini ini dibatalkan iaitulah dengan 'turunnya salji'. Salji yang turun dengan banyak akan menghilangkan asap-asap di bumi dan di dalam masa yang sama mampu mengalirkan semula air ke bumi untuk mengelakkan kemarau.

    Apakah tanda karamah Pasukan Panji Hitam? Secara tersirat Nabi Muhammad telah sampaikan bahawa tanda karamah Pasukan Panji Hitam ialah 'turunnya salji di tempat mereka muncul' apabila baginda berkata "faiza roaitumuuhum, fabayiuu'hu walau habwan a'la ath-tahlj" yang bermaksud "apabila kamu melihat mereka maka berbai'ahlah kepada mereka walau terpaksa merangkak di atas salji".

    (Hadith tentang peristiwa berkenaan ada dua matan, satu menyebut 'faiza roiatumuuhu fabaa'yiu'hu.... fainnahu khalifatullah al-mahdi" dan matan kedua pula "faiza roaitumuuhum fabayi'uhum.... fainna fihim khalifatullah Al-Mahdi". Perintah yang sama, peristiwa yang sama, cuma pengenalan yang berlainan).

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  3. (Sambungan 2)

    Dan perhatikan pula fakta-fakta berikut :-

    1. Kartel Anwar (dan bukan PKR keseluruhannya) telah menghebahkan bahawa Tun telah berjanji akan menyerahkan kerusi PM kepada Anwar selepas 2 tahun. Secara tersirat mereka sedang menghebahkan kepada dunia bahawa mereka sendiri telah berjanji Tun M akan kekal sebagai PM sehingga Mei 2020. Selepas kenyataan si suami di Singapura dan kenyataan si isteri di Indonesia adakah mereka mempunyai kesabaran untuk menunggu sehingga Mei 2020?

    2. YDPA-15 yang memiliki ayahanda yang masih hidup mempunyai penggal sehingga Disember 2021.

    3. Peristiwa besar akhir zaman pula sepatutnya berlaku sekitar Februari 2019 (telah dijelaskan sebab-sebabnya). Sekiranya pun ia berlaku pada Disember 2019 ataupun genap setahun iaitu pada Februari 2020, ia masih di dalam penggal YDPA-15 dan masih dalam tempoh perjanjian Tun M kekal sebagai PM.

    Apa pun, nantikan 2 petanda paling besar ia adalah PERTEMPURAN KLIMAKS oleh Pembawa Panji Hitam dan pasukannya :-

    1. Mangkatnya Raja Penjaga Baitullah yang terakhir dari Bani Saud yang menyaksikan berlakunya perebutan takhta di antara 3 orang putera dan tiada siapa di antara ketiganya yang berhasil memperolehi takhta.

    2. Perisytiharan darurat oleh YDPA-15 akibat perbuatan 'kebathilan yang bersekutu', dan membuatkan Tun Mahatihr (TM) tiada jalan lain melainkan mengajak anak-anak bangsa yang cekal dan tabah mengiringinya untuk masuk ke Seri Perdana, untuk ia kekal menjalankan tugas-tugasnya sebagai PM yang sah dan seruan ini akan disahut oleh sejumlah anak-anak Tanah Malaysia (TM) yang akan mengiringinya dan sanggup berhadapan dengan YDPA untuk memberitahu kepada Raja bahawa "Tun M adalah PM Malaysia yang sah dan dia mesti kekal di Seri Perdana sekurang-kurangnya sehingga Mei 2020".

    Kemenangan pasukan ini yang anggota-anggotanya akan memakai pakaian serba hitam (songkok dan baju Melayu hitam bagi lelaki, dan tudung serta baju hitam bagi perempuan, sama seperti pakaian pembesar Melayu mengangkat sumpah di hadapan YDPA) ke atas pasukan-pasukan bathil yang bersekutu akan disusuli dengan peristiwa yang telah dikhabarkan iaitulah; 'thumma taqbalu ar-royatus-suud min qibalil masyriq' yang bermaksud 'kemudian akan muncullah panji-panji hitam dari arah Timur'.

    Segalanya telah tally bagi saya dan saya hanya berkongsi sebahagian sahaja di sini. Terlalu banyak sumber yang menjadi panduan saya dan setiap titik telah pun bersambung.

    Hanya masa akan menentukan sama ada ia tepat atau meleset.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete