Bismillahhirrahmannirrahim.
SIAPA DALANGNYA YANG MAHU MENYAHKAN 'BANGSA MELAYU'
Lama saya tinggalkan ruang ini, sengaja nak melihat sejauh mana kehebatan dan ketajaman Blok Pakatan Harapan setelah Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson. Bagitu juga saja nak melihat sejauhmana keterlibatan Anwar Ibrahim dalam menentukan halatuju baru Parlimen yang diwar warkan beliau.
"Pembaharuan" Parlimen yang diwar warkan Anwar Ibrahim sehingga kini masih ditahap lama dan yang berubah hanyalah 'watak' iaitu dari Danial kepada Anwar Ibrahim. Dan 'kedudukan" atau ''kerusi' Anwar Ibrahim saja yang 'baru" iaitu' sebaris dengan kelompok parti Pemerintah.
Dari segi pencapaian Kerajaan Pakatan Harapan pula, yang berjaya dan nampak kemajuan hanyalah Pendakwaan terhadap 'lanun lanun' yang didakwa olih Pakatan Harapan terutama Dr Mahathir sebagai 'penjahanam negara', namun sehingga kini tuduhan demi tuduhan dikenakan terhadap mereka mereka ini namun pendakwaan sebenar didalam Mahkamah masih lagi belum bermula.
Sejauh mana Pendakwaraya bolih menyabitkan mereka diatas segala tuduhan tersebut hanya masa menentukan.
Masa berjalan terlalu pantas. Telah 6 bulan Dr Mahathir menerajui negara ini sebagai Perdana Menteri namun 'kemakmuran'ekonomi kepada rakyat masih lagi jauh dari pencapaian. Kebanyakkan janji dalam manifesto yang dijanjikan setakat ini hanya tinggal janji dan masih lagi jauh untuk direalisasikan.
Apa yang saya lihat satu demi satu janji Dr Mahathir mula 'gugur' dijalanan dan banyak u-turn telah berlaku terutama tentang isu 'jual negara' kepada China. Isu Forest City serta isu Tembok Besar China di Kuantan pun dah mula senyap dan sepi.
Isu isu tentang LGBT, ICERD, Melayu, Agama Islam dan Raja Raja serta hak Bumiputra mula 'dicuit' olih kelompok kelompok bukan Melayu yang berselindung disebalik wajah NGO yang kebanyakkanya bersandar kepada parti DAP dan segelintir PKR.
Itulah wajah sebenar yang menonjol ketika ini walaupun Dr Mahathir dan PPBM mahu menafikanya.
Berulang kali telah saya nyatakan bahawa Dr Mahathir akan mencetuskan kepada segala 'kebangkitan'.
Telah saya nyatakan bahawa sekiranya 'kebangkitan' itu membawa kepada 'menafaat' kepada 'Bangsa Mim" inshaallah saya akan sokong tetapi sekiranya 'kebangkitan' itu lebih menjurus kepada 'kehancuran' mahupun membawa 'kemudharatan', maka, 'menentang' kebhatilan adalah perlu dan wajib..
Nampaknya 'berokah' Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri untuk kedua kalinya, dilihat tidak 'menjadi' kali ini .
Ekonomi mula menjunam. nilai matawang negara menyusut, pasaran saham menjunam kebawah paras 1700 mata, harga komoditi seperti getah dan sawit jatuh teruk, apakah tanda tanda ini????
Adakah ini tanda positif???
Apa yang telah dijanjikan iaitu untuk membawa negara ini kesatu tingkat lebih tinggi dengan pemansuhan GST dan mengenalkan SST nampaknya ibarat 'senjata makan tuan'.
Dengan janji janji bahawa semua 'kongkalikong' Kerajaan terdahulu akan dapat diatasi dengan mudah kalau ikut 'sifir' Rafizi dan Tian Chua nampaknya semuanya dah 'lebur' ataupun telah 'kelaut'.
Apa yang berlaku kini Dr Mahathir dah mula sibuk terbang kesana kesini untuk menerima 'Darjah Kebesaran'. Dimulai dengan Jepun, Thailand dan terkini Singapura. Adakah negara negara ini pengguna minyak sawit Malaysia atau pembeli getah asli Malaysia?
Kelompongan 'budget' untuk kelompok B40 atau rakyat miskin dah mula 'meletop'. Janji janji terhadap PTPTN telah membelengu graduan Univesiti dan diwajibkan untuk dilunaskan walaupun berpendapatan RM1000. Adakah 'pekerjaan' tersedia untuk graduan ini??? Siapakah majoriti golongan ini? Bangsa Cina????India???? Lu fikirlah sendiri.
Adakah watak watak ini sumber inspirasi Dr Mahathir ???
Atau adakah Dr Mahathir terhutang budi dengan mereka???
Beringatlah !!!!
Najib dan Kerajaannya lingkup kerana siapa???
Ingatlah...langit tidak selalu cerah...segala tindak tanduk akan diperhatikan...
Ingat apabila "tangan tangan" orang tertentu sudah berhenti 'menadah doa'...
maka 'malapetaka' dan 'bala' yang tidak diduga pasti menjengah dimuka pintu.
Kalau Dr Mahathir tidak meletakan agama Islam ditempat yang paling tinggi dan bangsa Melayu itu duduk di'Makam' nya, beliau bakal 'terlantar' kecundang.
Cahaya Al Majid.
Hampir 10 tahun najib and the gang bertungkus lumus menjahanamkan negara tetapi agak lucu jika Ada Yang mengharap negara berada di mercu dalam Masa enam bulan.
ReplyDeleteTepat sekali sdr anon .
DeleteNegara masih berada di ICU tetapi sekurang-kurangnya dengan tumbangnya BN, pendarahan telah dihentikan.
Bersyukur dan hargai usaha orang lain yang bertungkus lumus untuk membetulkan kepincangan tanpa lampu ajaib Aladdin.
In shaa Allah dia dan pasukannya akan tetap berjaya.
Kenapa agaknya Al Majid u turn tidak berntanding menentang Anwar di PD, ke Mana perginya Duit derma Untuk tujuan tersebut?
ReplyDeleteSalam.Dana Tak mengcukupi. ADA Yang telah dipulangkan Dan ADA Yang menghalalkan.
DeleteBegitujugalah PH, Ada Yang boleh ditunaikan Ada Yang kena ditangguhkan atas kekangan.
DeleteBelum Ada Hari InI kahwin, besok beranak..
Doakan sahaja perkahwinan di PH bahagia Dan kekal hingga ke anak cucu..
Gaduh² adat.
Betul tu sdr anon,
DeleteSdr Al-Majid telah bersungguh-sungguh mengatakan ia akan bertanding di PRK PD dan tak akan berundur walau apa pun halangannya, dan kenyataannya iini telah mendorong saya untuk menderma sejumlah wang yang tidak banyak tetapi bermata ribu kepada sdr Al-Majid.
Apabila sdr Al-Majid kemudian mengatakan dia tak jadi teruskan bertanding dan akan pulangkan segala sumbangan saya tidak pula menyalahkannya kerana telah membuat kenyataan daripada mula lagi yang ia tak akan berundur dan mendorong saya membuat sumbangan kepadanya. Saya malah tidak meminta balik sumbangan itu dan tidak menyesal kerana telah menyumbang.
Saya juga tidak menuduhnya sebagai pemungkir janji atau pendusta disebabkan saya yakin semasa ia membuat kenyataan tersebut ia benar-benar ikhlas dan berazam mahu melakukannya, hanya saja ia tak mampu melawan kekangan yang hanya disedarinya selepas itu.
Kalau semua jenis tak tunaikan janji dikategorikan sebagai munafik maka semua orang yang lewat membayar installment bank juga adalah munafik kerana di dalam perjanjian mereka telah pun berjanji tak akan lewat.
Begitulah yang sebenarnya.
Dengan izin kekanda Al-Majid
ReplyDeleteMengkritik memang mudah, tapi nak melaksanakan tidak semudah mengkririk.
Sdr Al-Majid yang bersungguh-sungguh mahu bertanding di dalam PRK PD pun akhirnya berundur sebab tak mampu nak lakukannya hanya disebabkan satu isu sahaja iaitu dana. Hanya kerana dana tak cukup sdr Al-Majid telah berundur diri walaupun sebenarnya ada jalan lain untuk 'teruskan perjuangan' tempohari contohnya menjual kereta, menjual hartanah sendiri ataupun membuat pinjaman bank atau pinjaman saudara mara.
Hanya satu halangan sahaja yang masih boleh diatasi, sdr Al-Majid telah berundur dari medan PRK. Tapi tidak mengapalah kerana ia adalah pilihan sendiri dan tiada siapa berhak memaksa saudara Al-Majid melakukan satu perkara yang sdr Al-Majid sendiri merasakan tidak berkemampuan untuk melakukannya.
Tun? Beliau masih gagah mengharungi segala cabaran untuk membetulkan kepincangan dan mengawal segala macam kepayahan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya tanpa sedikitpun mengundur langkah.
Jangan lupa, beliau telah dua kali meminda perlembagaan berkenaan kuasa mutlak dan kekebalan raja-raja dan berjaya menarik tepung di dalam rambut tanpa memastikan rambut putus mahupun tepung berselerak.
Siapalah kita jika dibandingkan dengannya melihatkan semangat juang dan keberanian ia melalui PERTEMPURAN demi PERTEMPURAN hatta ia sanggup kembali ke medan dari rehatnya di hari tua, semata-mata untuk betulkan segala kepincangan yang kelihatan di bawah PM-6.
Sejarah membuktikan Tun M sebagai ketua pasukan tak pernah berundur dari medan walau bagaimana payah pun, dan beliau juga tidak pernah tewas di dalam apa-apa pertempuran.
Mari kita segarkan semula memori kita dengan melihat hakikat sejarah bahawa Tun M adalah ketua pasukan yang tidak pernah kalah.
(Bersambung)
(Sambungan)
DeleteSenarai orang-orang yang telah ditewaskan oleh Tun Mahathir sebagai ketua pasukan :-
1. Tunku Abdul Rahman - UMNO (Tun menjadi pencabar kepada ketua pasukan. Ketua pasukan berundur)
2. Tun Hussein Onn - UMNO (Ketua Pasukan tercabar dengan kewibawaan Tun. Ketua pasukan berundur)
3. Tengku Razaleigh - UMNO (Tun sbg Ketua Pasukan dicabar, pencabar tewas).
4. Tun Musa Hitam - UMNO (Tun Musa sbg timbalan ketua pasukan berundur)
5. Tun Abdullah Badawi - UMNO (Tun Abdullah sbg ketua pasukan berundur)
6. DS Anwar Ibrahim - UMNO, Reformasi, PKR dan PR (20 tahun gagal sehingga berada di dalam PH iaitu pasukan yang diketuai Tun, kembali menang)
7. DS Fadzil Noor, DS Hadi Awang, D. Nik Aziz (3 serangkai 'kepimpinan ulamak'. Kalah di dalam kesemua PRU apabila bertembung dengan pasukan yang diketuai Tun)
8. Tun Salleh Abbas (bekas KHN, cuba menyalahkan Tun di atas sikapnya sendiri yang kurang sopan ke atas YDPA. Tun M kembali sbg PM-7 sedang dia dilupakan)
9. Ibrahim Libya (pemberontak Memali yang membunuh polis dan dibunuh balas, sedang majoriti rakyat kekal menyokong kerajaan UMNO-BN pimpinan Tun yang dianggapnya kafir).
10. Ashaari Muhammad (Al-Arqam; Pasukan Panji Hitam palsu)
11. Shahnon Ahmad (Penulis SHIT @ P*kimak yang mencerca Tun, akhirnya dia dipanggil balik dulu menemui penciptanya sedang Tun dipanggil balik ke atas takhta sbg PM-7)
12. Najib Razak, Zahid Hamidi, Musa Aman, Nazri Aziz, Rahman Dahlan dan kesemua pemimpin UmNo yang telah berpaling. Kesemuanya tumbang di tangan 'orang tua yang baling gelas tak pecah' @ 'orang tua berumur 93 tahun tak masuk akal nak jadi PM' @ 'anak lelaki Iskandar Kutty' @ yang sama waktu dengannya.
13. Puad Zarkashi, Tun Faisal, Ahmad Maslan dan seluruh askar upahan alam maya. Kesemuanya tewas, JASA dibubarkan dan Geng A9 terbubar sendiri selepas tewas dalam PRY14.
Kesimpulan : Tun M adalah ketua pasukan yang tidak pernah berundur dari medan walau bagaimana payah pun medan pertempuran itu dan ia menang dalam kesemua pertempuran itu. In shaa Allah pasukannya akan kekal memang di dalam kesemua pertempuran sehinggalah zaman fitnah ditinggalkan.
Wallahu a'lam.
Pembetulan :-
DeleteJangan lupa, beliau telah dua kali meminda perlembagaan berkenaan kuasa mutlak dan kekebalan raja-raja dan berjaya menarik tepung di dalam rambut dengan memastikan rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.
Jangan lupa cik john...semua berlaku atas kehendak Allah...supaya manusia melihat wajah2 sebenar mereka...ingatlah roda hidup masih berpusing...
DeleteSalam Adinda John Doe. Telah saya nyatakan bahawa penderma bolih menghubungi saya untuk tuntutan semula,ada yang telah saya pulangkan tetapi, adinda 'menghalalkan' tetapi sekiranya adinda mahukan kembali inshallah, saya akan pulangkan. Sesungguhnya saya tidak mahu 'terhutang' didunia mahupun akhirat.
ReplyDeleteSalam alaikum. Selamat dan afiat. Alhamdulillah kita dikurnia umur mengecapi berbagai ilmu dan pengalaman.
ReplyDeleteBerbahas dan bertngkah hendakkan jagan dipandang kepada makhlok. Makhuk tiada daya dan upaya melainkan Allah.
Makhluk boleh merancang tetapi perancangan Allah sahaja yang lebih sempurna.
Allah turunkan nabi dan rasul supaya menyebar cara hidup yang sepurna. Muhammad Saw meninggalkan amalan yang berteraskan LILLAHI TAALA.
Jangan sangka diri wujud jika bukan LILLAHI TAALA.
Semua yang wujud adalah LILLAHI TAALA. Oleh itu bila berhujah jangan lupa LILLAHI TAALA. Jika tidak dikuatiri kita Takbur!
Kita usaha seperti di hendaki ALLAH.
Dengan rendah hati saya suka melakar rangkain kata yang terdapat dalam laman sesawang Pusaka Madinah seperti berikut:
Ya Sayidi Ya Rasulullah.
Bimbinglah Aku Kepada Diam.
Diam Dirimu Yang Sempurna.
Sepurna Ibadat Ku Berserta Dirumu Ya Rasulullah.
Rasulullah Berserta Allah.
Mudah2an dikurniakan Allah Rahmat kepada semua. Berdoalah kita dan jangan rasa adanya diri.
Astaghfirallah. Allahu alam.