Sunday, 1 March 2020

THE PROMISED LAND : KESILAPAN MAHATHIR YANG MAKAN DIRI.??

Bismillahhirrahmannirrahim.

SEMUA TERJADI BERSEBAB DAN ALLAH SWT TIDAK ZALIM.

Terimalah hakikat  akan ketentuan
Allah SWT.

Allah SWT mengangkat darjat sesiapa yang Dia mahu dan Allah SWT jugalah yang melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Allah SWT kehendaki.

Berlapang dadalah..

Begitulah hakikat hidup ini. Adakalanya kita diatas dan ada kalanya kita dibawah.
Terimalah hakikat ini.

Allah SWT dah berikan peluang diangkat kedua kalinya untuk jadi pemimpin tertinggi.. inshaallah..tidak akan ada lagi peluang untuk ketiga kalinya...

Bermuhasabahlah..wahai Mahathir..semuanya bersebab dan yakinlah bahawa semua yang terjadi itu adalah diatas ketentuan dan perancangan Allah SWT jua.

Ingatlah...kisah Rasullulah.. dikala para para sahabat dan Umat Islam masih lagi memerlukan tunjuk ajar serta kepimpinan Baginda , Baginda Nabi Muhammad saw diwafatkan Allah SWT.
Kenapa???
Fikir Kan lah..

Begitulah kehidupan bagi mereka yang yakin dengan qada dan kada Allah SWT terhadap diri setiap manusia.

Perpatah Melayu Ada menyebut "Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa."
Beruntungnya sabut ia timbul dan beruntungnya batu ia tenggelam.

Kepada Mahathir cubalah bermuhasabah diri.

Tanya diri sendiri kenapa dirinya tergesa gesa meletak jawatan dan tidak berfikir panjang?

Sebelum kejadian itu Anwar Ibrahim dan seluruh kepimpinan tertinggi termasuk Wan Azizah, Lim Guan Eng serta Mat Sabu sudah datang untuk menyelesaikan kekalutan dipihak Tun dan Bersatu tetapi kenapa dalam masa yang sama Mahathir tetap dengan pendiriannya dan masih mahu berundur dan meletak jawatan?

Tidak terfikir kah Mahathir akan akibat dan implikasi dari tindakan tersebut?

Dan Surat perletakan.itu juga beliau hantar juga pada jam 1.00 tengahari,mengikut lapuran. Dan petang itu juga Mahathir dipanggil untuk mengadap.YDP Agong.
Adakah untuk diperkenankan perletakan jawatan beliau atau YDPA ada bertanya , kenapa dan mengapa?

Satu jam setengah YDP Agong luangkan masa mendengar.. tetapi kenapa Mahathir tetap dengan keputusan untuk letak  jawatan?

Ini peluang kedua yang terhidang depan mata untuk berpatah balik..tetapi.. masih mahu meneruskan.hajat.

Tetapi kenapa Allah SWT tidak menggerakan hati mahupun fikiran Mahathir ketika itu .
Kenapa hijap beliau ditutup rapat???

Allah SWT juga berfirman " sehelai daun yang gugurpun Allah SWT tahu akan sebab nya".

Jadi,adakah sesiapa mendesak untuk Mahathir letak jawatan???ketika itu???

Kenapa Allah SWT tutupkan hati beliau dan tutup akal fikiran dia dari berfikir untuk mengimbang tindakan dia untuk meletak jawatan??

"Tidak akan bergerak sebesar zarah melainkan semua itu adalah kehendakNya'
Bukahkah ini membuktikan bahawa semua  yang berlaku itu adalah "kehendak" Allah SWT.

Alhamdullilah, YDP Agong masih memberikan beliau kepercayaan untuk menjadi PM Interim ketika itu.

Setelah meneliti kronologi peristiwa yang berlaku dan apa yang diluahkan Mahathir, nyata, bahawa, Mahathir tidak redo dengan ketentuan terhadap dirinya.

Wahai manusia yang bernama, Mahathir berhentilah menjaja cerita yang  memalukan diri sendiri, sesungguhnya
berserahlah atas ketentuan  SWT yang Allah  tetapkan terhadap diri kamu, sesungguhnya berserah diri dihadapan Allah SWT adalah terlebih mulia dari menyerahkan diri kepada manusia Dan kuasa.

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment