Bismillahhirrahmannirrahim.
BIARKAN MAHATHIR BERONGGENG SAMPAI LONGLAI
Bukan kerana menyokong Muhyiddin tetapi disebabkan amanah yang diberikan olih YDP Agong demi kemaslahatan Agama Islam , bangsa Melayu dan maruah Raja Raja Melayu dalam menundudukan hati manusia yang Hitam' serta keegoan bukan Islam yang tak habis habis mempertikaikan Hak hak Melayu.
Alhamdullilah sekurang kurangnya nampaklah maruah umat Islam Dan Melayu terbela .
Mahathir telah melepasi waktu yang dibenarkan.
Inshaallah, usaha Mahathir dan Geng beliau yang mahu merubah ketetapan yang telah dibuat olih YDP Agong, inshaallah, tidak akan berubah dan akan mengikut seperti apa yang diperkenankan olih YDP Agong.
Tidak mahu mengungkit lagi lecak lecak Mahathir seminggu yang lalu, inshaallah, Muhyiddin akan tetap di' ijab' kabulkan esok seperti yang ditetapkan olih YDP Agong sebagai Perdana Menteri yang bahru.
Dan inshaallah bermula esok Umat Islam dan Bangsa Melayu bakal menepa jalan baru yang diberkati dan dirahmati seperti yang di doakan olih bangsa Melayu Islam seisinya.
Biarkan Mahathir dan kelompoknya menari ikut rentak yang disukai mereka, umat Islam dan Bangsa Melayu jangan longgar hati dan inshaallah Mahathir dan suku sakat mereka bakal keletihan beronggeng dimamah masa.
Tahniah Muhyiddin Yassin aka Perdana Menteri Bahru.
Tutup buku lama dan bukalah lembaran baru demi Islam, bangsa Melayu dan Raja Raja Melayu. Nekatkan niat dan luruskan hati demi Allah SWT, inshaallah jalan kamu pasti dilindungi.
Inshaallah , doa kami akan berserta kamu selagi mana agama Islam kamu junjung diatas Batu Jemala kamu.
Allahhuakbar .
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment