Saturday 29 February 2020

THE PROMISED LAND: PM YANG BAHRU ATAU PM LAMA??

Bismillahhirrahmannirrahim.

Masih lagi mahu jadi PM!!!

Amat mendukacitakan!!

Kita anggap apabila sudah letak jawatan Dan serahkan jawatan kepada YDP Agong untuk BAGINDA mencari pengganti PM yang bahru, Kita anggapkan Mahathir telah bulatkan hasrat untuk terus berundur..tetapi.. apabila dinamakan semula olih Pakatan Harapan untuk beliau dinamakan sebagai PM..berkejar secepat kilat pendirian beliau berubah..

Alasan mula mula letak jawatan katanya mahu.atau kononya hendak membuat Kerajaan Uniti . Iaitu kerajaan yang tidak berpaksi kepada Parti Politik tetapi menjurus kepada individu yang dipilihnya

Tetapi..bila cadangannya ditibai dan dihentam kiri dan kanan maka.. beliau senyap sekejap dan biarkan kepada Muhyiddin buat keputusan.

Alih alih sekarang ni lain pulak cerita  yang keluar.

Dan kini kesalahan dihempap dan dipikulkan pula kebahu Muhyiddin pulak.


Peergh..parah Ni!!! Sekejap on sekejap tak on.

Isu sebenarnya tiada siapa yang suruh atau paksa beliau letak  jawatan. Tetapi beliau sendiri yang dengan rela dan suci hati mahu melepaskan jawatan PM tu.

Sepatutnya beliau sebagai seorang yang tua dan berpengalaman luas dalam selok belok.politik sepatutnya bolihlah  menegur Dan berbincang atas perkara perkara yang berbangkit bagi mencegah apa yang telah berlaku dikalangan pemimpin pemimpin nya .
Itupun kalau benar lah beliau ada rasa tanggungjawaplah terhadap parti beliau atau beliau sekadar mahu menonjolkan diri sebagai seorang yang berkuasa Dan bolih.buat apa saja yang dia suka.

Dari rentetan tentang apa.yang berlaku, bukan saja impaknya terkesan terhadap ekonomi Dan matawang, tetapi, menyusahkan Institusi Yang DiPertuan Agong Dan Raja Raja Melayu dalam melayan karenah PM yang telah letak jawatan ini.

Adakah dia berasa puas hati dengan tindakannya dalam mempermainkan Institusi  YDP Agong Dan Raja Raja Melayu.

Adakah politik ini hanya berkisar terhadap Mahathir semata mata tanpa memperdulikan Hak rakyat yang terkesan dengan sikap.beliau.

Saya berdoa kehadrat Allah SWT agar Allah SWT membuka hati Baginda untuk menolak "watak" ini, dan bubarkan Parlimen agar rakyat diberikan Hak Dan peluang sekali lagi untuk buat pilihan.


Bismillahhirrahmannirrahim.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Hamba memohon dan merayu kepadaMu Ya Rabb agar  Kau makbulkan permohonan Dan Doa ini demi  kemaslahatan Umat Islam Dan Bangsa Melayu Dan Negara ini.

Amin Amin Amin.

Al Fatihah.

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment