Monday, 8 June 2020

THE PROMISED LAND: 'ABAH DIN ' LAFAS NAMA ALLAH SWT.

Bismillahhirrahmannirrahim.

KUN FAYA KUN.

Belum pernah dalam era politik Malaysia,seorang Perdana Menteri secara 'live", memohon pertolongan dari Allah SWT, untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
Beliau dengan fasih dalam bacaan bahasa Arab,iaitu bahasa junjungan umat Islam Nabi Muhammad saw, dalam memanjatkan doa kehadrat Illahi,memohon petunjuk, perlindungan dan kealfiatan buat semua.

Inilah 'petunjuk" Allah SWT, bagi mereka yang mahu berfikir.
Tiada siapa yang tahu perancanganNya  hanya kepada Allah SWT kita berserah.

Walaupun tusukan bertaliarus musuhnya hadir dikiri dan kanan Muhyiddin,namun, Allah SWT tetap memberikan "kerahmatan Nya" kepada Muhyiddin dalam mempermudahkan perjalanan beliau untuk kekal dipersada Jawatan PM.nya.

Alhamdullilah.

Walaupun musuh Muhyiddin selalu menggunakan alasan bahawa "cancer' yang dilihat mereka sebagai kelemahan atau kecacatan mahu pun ketempangan buat perjalanan Muhyiddin,. namun, kerana kealpaan terhadap 'keadilan Allah SWT" terhadap hamba Nya yang selalu mengharapkan keredoaan dari Tuhan nya, inshaallah, Allah SWT akan merahmati perjalanan Muhyiddin.

Kini satu persatu halaan meriam yang ditujukan keatas perjalanan yang "beralaskan" ketentuan Allah SWT, telah dipesongkan secara terangkan olih Allah SWT kepada mereka yang menentang Muhyiddin.
Bukannya Muhyiddin yang "berkeromah' tetapi melainkan pertolongan Allah SWT yang memayungi perjalanan beliau.

Mahathir, Anwar Ibrahim, Lim.Guan Eng mahupun Mat Sabu yang beriya iya mahu meruntuhkan 'ikatan" yang tersimpul diantara 'pemohon' dengan Allah SWT, kini,mula dilanda badai gelombang serta rubut petir.

Namun "perjalanan" Muhyiddin yang beliau sendiri tidak menyadari atau tahu dipenghujungnya, namun, bagi mereka yang memerhati dengan ketulusan dan keikhkasan hati ini, telah dinampakkan dengan sejelasnya arah yang ditentukan Allah SWT pengakhiran perjalanan Muhyiddin.

Biar langit mengelap tanpa matahari, inshaallah, didalam gelap petunjuk tetap akan sampai kepada pewaris mutlaknya. Hanya kepada Allah SWT kita memohon petunjuk Dan semoga Allah SWT  mewariskan penyambungan perjalanan ini kepada insan yang terpilih Dan yang dipilih Allah SWT.

RENUNGAN bagi mereka yang mahu memikirkan!!!!

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment