Thursday, 29 October 2020

THE PROMISED LAND: MAHYUDDIN !!!GAME IS OVER

 Bismillahhirrahmannirrahim.

TIADA MASA TAMBAHAN!!!

Tarikh keramat 30 hb Oktober dah sampai. Tiada jalan kembali buat Muhyiddin dan juga Kerajaannya.

Sudah berhati hari diperingatkan kepada Muhyiddin agar belajar merendahkan diri supaya melantik seseorang kepimpinan Tertinggi UMNO untuk mengisi kelopongan kerusi TPM demi menyemai perasaan kebersamaan ataupun menghindar perasaan kecurigaan sesama mereka didalam gabungan.

Apa yang berlaku malam tadi, UMNO telah menunjukkan jalan keluar dari Putrajaya kepada Muhyiddin dan "Kerajaan Singkat"nya.

Tempoh 30 Hari yang berbaki ini, inshaallah, akan berlaku seperti yang dinyatakan.

Catatan terdahulu, Kerajaan PPBM Mahathir hanya akan bertahan selama 3 tahun semakin menjadi kenyataan. 

Kerajaan PH yang diketuai olih PPBM dimana Mahathir yang memerintah hanya berjaya bertahan selama 21 bulan dan disambung pula olih PPBM Muhyiddin. 

Selepas Mahathir meruntuhkan sendiri kerajaan pakatannya maka jangka hayat serpihan kelompok ini masih berbaki lebih kurang 15 bulan saja.

Sembilan bulan sudah berlalu dibawah PPBM Muhyiddin dan kini hanya berbaki 5 bulan saja untuk tempoh matang iaitu 36 bulan atau 3 tahun. 

Dengan berbagai masaalah yang dihadapai serta mempunyai setakat 2 atau 3 kerusi majoriti didalam Dewan Parlimen,maka keruntuhan Kerajaan PPBM Muhyiddin dan Perikatan sudah tidak terbendung lagi.

Bibit bibit keruntuhan semakin nyata. 

Kepada Muhyiddin semuanya sudah terlambat. 

Allah SWT sudah berfirman " Allah SWT tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha untuk merubahnya'.

Telah diperingatkan bahawa sekiranya Institusi Raja Raja Melayu tidak diangkat, maruah Bangsa Melayu tidak dijaga, aturan Agama Islam tidak dipedulikan, amanah orang Islam tidak dijaga, maka, sumpah yang dilafaskan dan janji yang dikhianati pasti memakan diri.

Kesalahan besar yang dilakukan Muhyiddin dan kelompoknya telah 'diketahui rakyat seluruhnya. Walaupun Muhyiddin telah membeli jiwa rakyat dengan berbagai imbuhan namun "musibah Allah SWT' tidak dapat diperdagangkan.

Sebagai manusia yang kerdil yang mengetahui sedikit ilmu Allah SWT,peringatan telah saya sampaikan, maka,terlepaslah saya dari kutukan ALLAH SWT.

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment