Thursday, 29 October 2020

THE PROMISED LAND : HANYA MAT HASSAN YANG BOLIH MENYELAMATKAN MARUAH UMNO.

 Bismillahhirrahmannirrahim.

Satu saja pilihan yang UMNO miliki untuk merubah persepsi masyarakat terhadap kepimpinan Parti UMNO.

Ismail Sabri tidak mampu merubah persepsi rakyat terhadap UMNO. Walaupun kini dia merupakan Menteri Kanan dalam Kabinet Muhyiddin namun karisma dan aura tidak ada pada dirinya.

Bercakap atau berdepan dengan masyarakat pun belum tentu menyakinkan. Dalam peristiwa isu darurat yang dipersembahkan kepada YDP Agong Ismail Sabri juga gagal memberi input bernas mahupun memberikan pandangan yang bernas bagi.pihak UMNO agar isu darurat tidak diteruskan olih Kerajaan Muhyiddin.

Kerana kesalahan itu, isu "darurat' juga terpalit keatas diri beliau kerana beliau semangnya bersubahat dengan Kerajaan Muhyiddin dan membelakangkan kehendak rakyat dan Parti kerana mendahulukan kepentingan jawatan sendiri berbanding perjuangan UMNO sendiri.

Hishamamuddin pula hanya pandai berlagak hebat.  Ini lah satu satunya pemimpin Tertinggi UMNO yang 'menghilangkan diri" diwaktu UMNO sedang "gahat" diasak dan dihina. Malahan dalam PAU selepas PRU 14 pun dia tidak berani bertanding mempertahankan jawatan Naib Presidennya yang disandang diera Najib.

Inilah jenis manusia yang perlu dibuang jauh jauh kerana tiada pendirian mahupun tiada kekentalan jiwa dan jati diri dalam menerima kekalahan waima tidak berani mempertahankan Parti yang mengayakan dirinya.

Istilah yang selayaknya bagi specis manusia ini ialah "bacul" atau 'pondan".  Sebacul bacul Sajat atau sepondan pondan Sajat, sekurang kurangnya dia berani mengaku dirinya "pondan" dan tidak mengaku diri nya lelaki  dikhalayak ramai. 

Tetapi kebaculan dan kepondanan Hishamamuddin.. beliau lari menyorokkan diri dan bersengkokol pula dengan musuh partinya sendiri dan memecahkan ukuwah sesama ahli partinya.

Annuar Musa, ini seorang manusia jenis talam dua muka. Kiri makan kanan pun makan. Mana ada laba untuk kepentingan diri, disitulah dia akan berpayung. 

Semua orang kenal bentuk permainanya, itu sebab dia dengan KuLi selalu berlaga angin. Hanya kerana menjawat jawatan yang diberikan Muhyiddin maka kiblat'nya tetap kepada Muhyiddin . Roh dan jiwanya bersama Muhyiddin tetapi badan kotor nya dibalutkan kepada UMNO.

Mat Hasaan adalah watak yang tidak disenangi olih lawan terutama Muhyiddin mahupun Azmin dan juga Hamzah Zainuddin.

Mentaliti Timbalan Presiden UMNO ini hanya berpaksi untuk kepentingan Melayu saja. Kalau dari segi pentadbiran beliau berjaya membawa NS keperingkat yang lebih baik barbanding MB NS terdahulu. Banyak isu masyarakat yang ditinggalkan olih MB UMNO terdahulu berjaya diselesaikan.

Keterampilan dan kehadiran.beliau amat disenangi olih seluruh masyarakat samada di NS mahupun dimana mana beliau berada waima diSabah sekalipun.

Skandal dan cerita negative amat kurang didengari dan.corak pentadbiran semasa menjadi MB NS amat superb. Walaupun hanya berstatus Adun tetapi seluruh anggota UMNO dapat menerima beliau dalam sebagai Timbalan Presiden UMNO dalam PAU.

Maka siapa yang terlebih layak.untuk dicalunkan sebagai TPM mewakili UMNO dalam Kerajaan Muhyiddin.

Kalau Tengku Zafrul yang bukan Ahli Parlimen mahupun Adun bolih diangkat sebagai Menteri Kewangan kenapa Mat Hassan tak bolih di angkat sebagai TPM kalau UMNO berkeras.

Zahid Hamidi?? Tak payahlah.nak dicalunkan sebagai TPM walaupun berstatus Presiden UMNO. 

Tak nampak pun apa yang berjaya dilakukan untuk mengangkat Bangsa Melayu. Yang berlaku.. berderet kes Mahkamah samada rasuah,salah guna kuasa dan kes pengubahan wang Haram,itu.yang terpakai dibatang tubuhnya kini.

Yang tidak bolih diterima beliau sanggup bertindak memukul orang, ibarat macam gangster.

Cukup cukuplah. 

Kalau UMNO berpandangan jauh dan mahu membina kembali keyakinan masyarakat terhadap UMNO maka Mat Hassan adalah calon terbaik buat UMNO.

Bukan Zahid,bukan Hishamamuddin, bukan Ismail Sabri dan juga bukan Annuar Musa tetapi Mat Hassan.

Keputusan ini perlu dibuat bukan atas dasar siapa orang siapa ,siapa.suka siapa tetapi siapa yang bolih diterima masyarakat untuk membuang stigma 'UMNO dituduh pencuri,perompak,perasuah" mahupun istilah ' sambured' atau ' main bini orang" tetapi beriktikad untuk membawa UMNO keluar dari lembah kehinaan yang terpalit atas dosa dosa terdahulu.

Cahaya Al Majid.

#tambah cerita Annuar Musa.

"Perlantikan TPM adalah Hak pregerotive PM untuk melantik sesiapa".itu kata Annuar Musa.

 Hahahah Annuar Musa lupa atau sengaja buat lupa atau sememangnya berkibkatkan dirinya kepada PPBM. Annuar Musa lupa bahawa PPBM adalah sebahagian dari Kerajaan yang dibentuk melalui kesepakatan antara UMNO, PAS dan lain lain. dan Annuar Musa lupa bahawa UMNO memiliki 43 kerusi Parlimen dalam gabungan it.

Saya dah tuliskan diatas bahawa Annuar Musa sesungguhnya MP UMNO yang Tak bolih pakai yang bersifat lalang atau 'gunting dalam lipatan".



No comments:

Post a Comment