Wednesday, 28 October 2020

THE PROMISED LAND: BALA,BALAK,BUNGKUS!!!!

 Bismillahhirrahmannirrahim.

30hb Oktober adalah "penentunya".

Samada Muhyiddin mahu memilih  calon yang bolih dijadikan sebagai 'buah bidak' bagi mengisi kerusi TPM dari UMNO atau samaada ingin memilih jalan selamat bagi menyelamatkan Kerajaanya mahupun menyelamatkan Belanjawan Kerajaanya yang bakal dibentangnya,semuanya terletak ditangan Muhyiddin.

Silap percaturan ,silap dalam memilih maka keruntuhan Kerajaan PN pasti berlaku.

Ikut nafsu lesu, ikut firasat sesat dan itulah yang dapat dikatakan.

Kalau berajenda untuk mengunci kedudukan sendiri maka malapetaka politik' tidak dapat dielakkan tetapi sekiranya Muhyiddin mengutamakan perpaduan atau memperkuatkan persarikatan sesama ahli gabungan dalam PN,maka,kedamaian politik bolih dikecap sehingga tamat tempoh PRU 14.

Walaupun Pembentangan Budget 2021 telah dititah pihak Istana untuk disokong Ahli Parlimen demi kelangsungan Perbelanjaan Kerajaan dan untuk kemaslahatan rakyat namun ketaatan Ahli Politik untuk menyokong Belanjawan itu juga bersyarat.

Apa yang dapat ditakrifkan sokongan sepenuhnya terhadap Pembentangan Belanjawan 2021 juga ada halangan.

Kini Muhyiddin berhadapan bermacam macam halangan dan rintingan dari berbagai pihak.

Kini sokongan tipis buat Muhyiddin amat ketara walaupun Kerajaan PN merasakan bahawa dengan andaian bahawa "warkah Istana"itu bolih menyelamatkan kedudukanya ,tetapi pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.

Calon yang bakal dipilih olih Muhyiddin sebagai TPM dari UMNO bakal menentukan jangkahayat Kerajaannya, samada akan bertahan sehingga habis penggal PRU 14 ataupun terbubar selepas 30 Hari,semuanya terletak ditangan Muhyiddin.

Cahaya Al Majid.

 

No comments:

Post a Comment