Bismillahhirrahmannirrahim.
Semua anggota UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet Muhyiddin tidak layak untuk mengisi kekosongan kerusi TPM!!
Alasannya sangat mudah, kenapa mereka tidak memberikan input berguna dalam Mesyuarat Khas yang diadakan olih Muhyiddin tentang mengusul isu 'darurat".
Mereka mereka ini telah bersetuju dengan idea Muhyiddin serta kengkawan PPBM atau Bersatu dalam mempersembahkan 'usul darurat" kepada YDP Agong.
Sepatutnya, sekiranya mereka mereka ini tidak mementingkan diri dengan jawatan yang disandang maka sepatutnya mereka mereka ini memperotes atau mengugut kem Muhyiddin agar "darurat" yang diusul it dibatalkan dan tidak diteruskan.
Tetapi ini tidak berlaku!!! malahan mereka mereka(Geng UMNO) ini dengan rela hati dan suci hati menyokong apa yang dicadangkan.
Dimana otak atau kesetiaaan Menteri Menteri dari UMNO ini dalam mengungkapkan kata kata bahawa rakyat adalah keutamaan mereka bilamana mereka sendirie tahu dan sedar bahawa tujuan darurat adalah untuk menyelamatkan tengok atau kuasa Muhyiddin mahupun Kerajaan PN yang mereka bernaung didalam nya.
Untuk itu kesemua mereka dari UMNO yang sudah menjawat jawatan dalam Kerajaan Muhyiddin , tidak layak dicalunkan untuk mengisi jawatan TPM, kerana melebihkan kepentingan diri melebihi kepentingan rakyat.
Zahid Hamidi sememangnya tidak layak untuk dicalunkan atau dilantik sebagai TPM kerana kes Mahkamahnya yang berderet deret.
Dan ini pasti akan terjadi, iaitu "usikkan tangan ghaib" walaupun tidak secara langsung tetapi kebarangkalian untuk berlaku sangat tinggi.
Sepekara lagi sekiranya Zahid dipilih, maka, intergriti Kerajaan Muhyiddin iaitu PN bakal dilabelkan dengan bermacam macam hinaan dan kebarangkalian untuk mereka tidak menyokong Perbelanjaan yang bakal dibentang pada November ini akan membawa implikasi yang besar terhadap Kerajaan pimpinanya dan negara.
Satu satunya calon yang dilihat tidak membawa kemudharatan kepada Muhyiddin dan kem PPBM adalah Mat Hassan.
Mat Hassan dilihat amat sesuai kerana sokongan dari PAS dan akar umbi UMNO amat disenangi mereka. Lagi pun jawatan TPM itu hanya sekadar untuk melengkapkan prasa PRU 14.
PRU 15 adalah prasa lain.
Ulas saya dah ulas, point telah saya terangkan, keputusan ...
Terserah..tepuk dada tanya salera...
Tarikh lupus keputusan adalah 30.hb Oktober.. keputusan penuh 30.hari lagi...
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment