Thursday 19 November 2020

THE PROMISED LAND: ADAKAH INI KIFARAH BUAT MUHYIDDIN???

 Bismillahhirrahmannirrahim.

Detik yang dinanti semakin dekat. Tanda tanda keruntuhan PN semakin nyata. 

Walaupun ramai Ahli Parlimen Pembangkang telah menyalak dan menyatakan pendirian mereka namun selagi Geng pengsubahatan tidak menyatakan pendirian atau sokongan secara jujur terhadap PN,maka, nyawa PN tetap seperti telur dihujung tanduk.

Melihatkan keadaan dari pembahasan yang berlaku diParlimen minggu ini, dirasakan sokongan olih Ahli UMNO terhadap Belanjawan kali ini berbelah bagi.

Tiada sokongan penuh dari Ahli Parlimen Umno terhadap Belanjawan Kerajaan Muhyiddin kali ini.

Dapat dilihat secara nyata, pendirian Ahli Parlimen terhadap beberapa isu yang dibawa terutama dari Najib, dirasakan amat tepat untuk dilaksanakan olih Kerajaan Muhyiddin tetapi sehingga kini belum lagi kedengaran bahawa pihak Kerajaan Muhyiddin akan melaksanakanya.

Walaupun hari ini Shahidan Kassim dengan lantang menyokong' Bajet tanpa menghirau apa yang disokong olih majoriti Ahli Parlimen Pembangkang serta beberapa kerat dari Ahli Parlimen UMNO ,yang mahukan isu RM 10,000 dan isu Moratorium dilaksanakan, tanpa segan silu, Shahidan mengumpamakan sesiapa yang menolak Bajet adalah pengkhianat.

Adakah Ahli Parlimen UMNO akan terbeli dengan pelabelan dari Shahidan?

Bukan saja Shahidan yang dah mula berkotak macam ayam betina hilang anak, tidak ketinggalan juga Annuar Musa, mula melesang Ku Li, hahahah. 

Seolah olah Annuar Musa adalah Setiausaha Agong UMNO mahupun seperti Naib Presiden lagaknya!!!

Kini sebahagian sokongan Ahli Parlimen UMNO terhadap PN dan Muhyiddin semakin menjauh. 

Apa yang ditakuti olih mereka( hilang kedudukan Menteri) terutama terhadap mereka yang tengah seronok memeluk jawatan Menteri terutama yang datangnya dari UMNO yang semakin nyata 'lupa daratan" begitu juga terhadap pemimpin PAS yang baru nak mula "mengorak' langkah, tetiba, kapal pula pecah dan masuk air..nak..tenggelam.

Apa punya bala..la ..ni..


Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment