Tuesday 10 November 2020

THE PROMISED LAND: PARLIMEN: AMAT KETARA BELANJAWAN MUHYIDDIN HILANG MAJORITY.

 Bismillahhirrahmannirrahim.

Nyawa Kerajaan Muhyiddin sudah diparas hidung. 

Bila bila masa bolih lemas kerana gelombang yang dibawa olih Anwar Ibrahim dari Pembangkang serta Najib dari UMNO dari Blok Barisan Nasional sudah memadai untuk menenggelamkan Kerajaan PN dan Muhyiddin.

Kedua dua sokongan yang ingin diberikan untuk menyokong Bajet Belanjawan 2021 adunan Kerajaan PN semuanya bersyarat.

Kini nasib dan jangkahayat Muhyiddin sebenarnya terletak dipihak BN dan UMNO dimana syarat yang dipakaikan ketengkuk Muhyiddin sangat sangat melemaskan.

Usul Kerajaan PN untuk menghidupkan semula ajensi  JASA sudahpun "dikuburkan" secara nyata olih Pembangkang mahupun BN tanpa batu nisan.

Yang menjadi persoalan adalah gunung yang terpaksa dialih Kerajaan PN iaitu Moratorium dan pengeluaran  RM10000 dari KWSP secara oneoff.

Sebelum ini Muhyiddin beriya iya mahu menafi atau membekukan "permintaan" ini, namun adakah Muhyiddin akan berlembut atau menelan apa yang telah diwar warkan demi menyelamatkan nyawa serta jangkahayat politik beliau?

Sekali pandang dari apa yang diluahkan olih Pembangkang serta rakan strategik PN iaitu UMNO atau BN dalam membincangkan Bajet Belanjawan 2021 hari ini dan semalam,secara nyatanya, Kerajaan Muhyiddin sudahpun tertertolak atau telah hilang sokongan sebagai Kerajaan, terutama bila mana Najib dari Blok Kerajaan iaitu BN atau UMNO telah menyatakan pendirian BN dan UMNO secara jelas untuk menyokong tetapi bersyarat.

Untuk apa lagi berkira kira, yang sempadannya telah pun dipasakkan, kini hanya menunggu hari untuk di"talkin" saja. Terkuburnya bertempat di Parlimen.

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment