Monday 9 November 2020

THE PROMISED LAND: SELAMATKAH BAJET MUHYIDDIN???

 Bismillahhirrahmannirrahim.

Nasib Trump dah ketahuan tetapi bagaimana pula nasib Muhyiddin?

Nampaknya Bajet yang didendang Kerajaan Muhyiddin sebagai Bajet untuk kemaslahatan rakyat telah dilihat sebagai tersasar dari jangkauan sebenar.

Hari ini perdebatan telah berlaku di Parlimen. Rata rata Ahli Parlimen Pembangkang dilihat sehati untuk tidak sepakat dengan unjuran perbelanjaan yang dibentang.

Setakat ini pihak pendukong Kerajaan PN iaitu UMNO masih lagi belum "mengaum" hanya beberapa kerat saja pemimpin Tertinggi UMNO yang bukan berstatus Ahli Parlimen saja yang mempertikaikan Bajet ini.

Tetapi suara suara sumbang yang menginginkan agar isu RM 10000 duit KWSP pendeposit agar dapat diberikan kebenaran untuk dikeluarkan terutama kepada mereka yang terkesan dengan pemberhentian kerja serta yang  tidak mempunyai pendapatan lain diberi kelonggaran untuk mengeluarkan akaun tersebut, kini, menjadi isu utama.

Bak kata Najib, beliau dan BN akan memperjuangkan isu ini agar kebenaran dapat dinikmati olih pendeposit. Samaada Najib berani menentang atau akur dengan keputusan Muhyiddin atau Menteri Kewangan, sama sama kita nantikan.

Begitu juga dengan isu JASA yang didakwa mahu diujudkan semula olih PN dengan Bajet RM85 juta.

Kini isu ini mendapat tentangan dari Pembangkang namun UMNO masih membisu kecuali Annuar Musa yang bersifat "api dalam sekam".

Tetapi di sebelah PN pun, walaupun UMNO adalah 'rakan strategik" PPBM namun jika calon yang dipilih PN atau MUHYIDDIN tidak menyebelahi kelompok atau kepentingan UMNO dan BN, maka, kemudharatan teramat besar buat PN dan Muhyiddin bakal menunggu.

Walaupun 100 peratus Ahli Parlimen Pembangkang menentang Bajet ini, inshaallah..sedikitpun tidak akan menjejaskan Kerajaan PN atau Muhyiddin tetapi "tempias' dari ulasan Pembangkang ini yang bakal meremukkan imej PN dimata rakyat.

Tetapi kebarangkalian 4 atau 5 orang Ahli Parlimen UMNO akan menolak Bajet 2021 ini sangat lah tinggi untuk berlaku.

Jadi sama sama kita nantikan apa bakal berlaku dalam seminggu dua ini.

Bertahankah Kerajaan Muhyiddin atau terbubarkah Kerajaan Muhyiddin, semuanya bakal terjadi sebelum akhir sesi Parlimen ini nanti.

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment