Friday 6 November 2020

THE PROMISED LAND: YANG GAGAL DILIHAT DALAM BELANJAWAN 2021.PENGORBANAN INIPUN KERAJAAN TAK MAMPU HULUR!!!.

 Bismillahhirrahmannirrahim.

Rata rata pemimpin yang mengampu Kerajaan PN semuanya mengatakan bahawa Belanjawan 2021 kali ini amat merangkumi semua kategori lebih lebih lagi belanjawan kali ini dikata mahu meringankan bebebanan rakyat terutama masyarakat yang terkelas dibawah kategori M40 dan B40.

Siapakah mereka yang dikategorikan sebagai M40 dan B40 ini?

Kebanyakkan mereka ini yang berpendapatan dibawah RM4000 dan RM2000 sebulan.

Sepatutnya kerajaan PN mendahului dengan menghapuskan segala bentuk cukai jalan kenderaan terutama motorsikal yang berkuasa' dibawah 250 cc dan menghapuskan lesen bagi penunggang motorsikal yang dikategorikan sebagai "motor capcai".

Kenderaan jenis ini yang paling banyak digunakan olih masyarakat marhean kerana ini lah jenis pengangkutan yang paling mudah,murah dan praktikal untuk dimiliki.

Apalah salahnya jika kategori ini dikecualikan dari membayar cukai jalan dan lesen untuk dimiliki. Sekurang kurangnya ibubapa yang mengizinkan anak anak menaiki motorsikal kesekolah kekolej mahupun ke University, tidak merasa takut akan ditahan atau disaman olih Polis.

Tetapi insurance kemalangan bagi memiliki motorsikal adalah diwajibkan.

Bukankah ini dapat meringankan bebanan masyarakat dalam perbelanjaan .

Cuba perhatikan berapa banyak anak anak kesekolah dengan membawa motorsikal diseluruh negara. Beribu.!!! 

Itu tidak termasuk mereka mereka yang menuntut dikolej mahupun universiti.

Dikampung pula, kenderaan paling efficient adalah motorsikal. Olih it diharap pemimpin dapat membawa isu ini untuk dibahaskan.

Bukankah Kerajaan PN kata ini Bajet Rakyat untuk rakyat???

Kalau isu sekecil ini pun Tku Zafrul Tak mampu menilai akan keperluan terdesak rakyat M 40 dan B40..apa yang hendak diharapkan lagi?

Banyak lagi yang bolih dipertimbangkan demi membantu rakyat. 

Contoh pengurangan kos road tax bagi kategori kenderaan 1500cc seperti potongkan diskaun sehingga 50 percent dan sebagainya. 

Masaalah nya adakah mereka ini benar benar ikhlas dalam membantu rakyat yang terkesan diera Covid 19 ini atau semata mata nak mempromosi diri dan kepimpinan mereka?

Tunggulah !!! 

Memberontak menuju keruntuhan bila rakyat tak ada wang untuk memberi makanan kepada keluarga.

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment