Bismillahhirrahmannirrahim.
Seperti yang telah saya nukilan sebelum ini. Segala bentuk kegemparan telah ataupun sedang berlaku diseluruh dunia.
Gempa bumi, meletusnya gunung gunung berapi, loncornya tanah tanah samada didataran mahupun dilereng lereng, banjir yang merosakkan langskap bumi, lontaran lontaran bebola api dari langit serta bermacam macam lagi, semuanya dapat kita saksi tetapi dapat kah manusia menahannya?
Sebenarnya semua itu adalah perancangan Tuhan Yang Maha Esa buat umat manusia yang mahu berfikir.
Kini negara kita berada dipersimpangan. Negara Malaysia ditubuhkan serta ditakbir melalui suaunan ayat ayat yang diatur mengikut acuan British dan susunan ayat ayat itu dipanggil Perlembagaan.
Perlembagaan itulah yang dijadikan batas kuasa.antara Raja Raja Berperlembagaan dengan ahli yang dipilih rakyat bagi mewakili suara mereka diinstitusi yang tertinggi dinegara kita iaitu Parlimen.
Kini sosok sosok Ahli Politik yang berlainan pegangan sedang bekecamuk.
Disebelah pihak yang dahulunya mempunyai suara majoriti diParlimen telah berjaya menasihati YDPA agar Darurat dikuatkuasakan diseluruh negara dengan alasan Covid 19 sedang marak menjangkiti warganegara.
Tetapi pada hakikat dan realitinya Kerajaan yang mengaku mempunyai suara majoriti itu sebenarnya telah hilang suara majoriti diParlimen bilamana 3 Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan telah menarik balik sokongan.
Dan pada tarikh pengumuman darurat itu dibuat, Kerajaan sebenarnya tidak lagi mempunyai suara majoriti diParlimen, maka, dari segi ayat ayat yang dijunjung dalam Perlembagaan atau hukum yang diiktiraf didalam Parlimen, maka, pengumuman itu adalah satu kekhilafan.
Tak kisahlah samaada sosok sosok politik ini mahu mengikut atau menafikan susunan ayat ayat Perlembagaan tersebut, tetapi, apa yang nyata Kerajaan itu tidak lagi absah atau valid atau Bahasa kasarnya adalah "haram" disegi peraturan yang dimaterikan didalam Perlembagaan yang disahkan diParlimen.
Tetapi disisi Institusi YDP Agong, biarlah aturan Perlembagaan Negara yang menentukan.
Calar calar dari pemahaman bersilang dalam menterjemah Perlembagaan ini sebenarnya memudharatan dan amat merbahaya buat negara.
Walauapapun apa yang bakal terjadi keatas semua ini, ianya adalah diatas ketentuan Allah SWT jua.
Tetapi kita perlu tahu bahawa apa yang kita pegangan dan Kita perjuangan selama ini, semuanya.bakal berakhir atau lupus. Tiada satu pun yang kekal melainkan "Zat Allah SWT" saja yang kekal selamanya.
Kuasa,kekayaan,harta, isteri dan anak anak.semuanya pasti kita tinggalkan, hanya masa saja yang menjadi sempadan antara kita Dia.
Maka berlaku adil lah sesama kamu dan jangan sesekali kamu mengkhianati dan memfitnah sesama.kamu,kerana balasan Allah SWT tidak semestinya diakhirat tetapi didunia juga kamu bakal diazab Allah SWT.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment