Tuesday 26 January 2021

THE PROMISED LAND: ADAKAH INI PETANDA TIBANYA 'YANG DINANTI".??

Bismillahhirrahmannirrahim. 

Banyak alim ulama dan Ustaz Ustaz telah mentaksirkan bahawa Virus Corona Wuhan atau Covid 19 ini ,katanya, telah diturunkan olih Allah SWT. 

Adakah anda mempercayainya?

Fikirkan sejenak!!!

Allah SWT berfirman bahawa bencana atau malapetaka adalah dari tangan tangan manusia.

Adakah Allah SWT yang menciptakan bom atom atau Adakah Allah SWT yang menciptakan senjata senjata untuk tujuan membunuh manusia?

Adakah Allah SWT menciptakan talipon atau kenderaan, seperti kereta api, kereta ,kapal terbang dan sebagainya?

Tidak bukan!!

Yang Allah SWT berikan adalah pedoman atau idea kepada manusia sebagaimana Allah SWT memberikan wahyu kepada Nabi Nuh cara untuk membina Bahtera atau kapal bagi menyelamatkan umat nya dari Banjir. 

Sebenarnya banjir yang diturunkan ALLAH SWT itu adalah untuk menguji keyakinan umat Nabi Nuh saja.

Tetapi situasi yang berlaku kini bukanlah ujian Allah SWT terhadap manusia tetapi musibah yang datang ini adalah muslihat yang sengaja dicipta olih manusia manusia yang berkepentingan.

Begitu juga situasinya perang yang berlaku disana sini sekarang, terutama diTimur Tengah. Apakah sebabnya?

Semuanya adalah kerana kuasa dan ketidakpuasan hati pemimpin pemimpin masyarakat yang berkuasa yang kebanyakkanya didalangi olih pemain politik, samaada tempatan mahupun dibiayai olih kuasa luar.

Alasan yang diberikan olih pihak yang berkepentingan,mereka melebel Islam itu sebagai agama extremist yang mendukong keganasan. 

Itulah gambaran yang didoktorin kan terhadap umat Islam.

Negara negara barat telah terlebih dahulu menciptakan berbagai bagai senjata. Dari nukler hinggalah kesenjata biologi, semua nya dihasilkan . 

Sepatutnya hasil kajian itu adalah untuk kebaikan manusia sejagat tetapi sebaliknya apabila kepentingan politik, negara serta ekonomi dijadikan sandaran maka tujuan asal telah tersasar.

Begitu juga dengan virus Covid ini. Tujuan asalnya adalah untuk dijadikan "senjata biologi" untuk  melumpuh atau melawan musuh masing tetapi disebabkan salah pengendalaian serta kebocoran dimakmal mereka berlaku, maka, penularan tidak dapat dikawal.

Wuhan adalah tempat asalnya . Sejarah tidak akan dapat dipadamkan dan kini seluruh dunia sedang tenat.

Sampai bila akan berakhir terpulang..sebab virus ini bukan makhluk Allah SWT . Kategorinya samalah seperti senjata, bom,peluru mahupun bon nukler, semua itu dari hasil krafttangan manusia.

Kini negara kita sudah diambang "pintu" kealaf negara yang dipimpin "PEMIMPIN KIRIMAN ALLAH SWT YANG AGONG".

Bersiap sedia lah wahai umat Muhammad saw.

Jurai jurai untuk terjadinya kejadian itu sudah semakin nyata kini.

Pergolakkan pemimpin Melayu yang berkuasa semakin tidak terbendung. Kesefahaman atau sepakatan bukan lagi "inti" , tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Jurang jurang persefaham semakin melebar. Kebenaran dan kebhatilan berjalan serentak.

Kejujuran ditenggelami dengan fitnah. Kekayaan menggelapkan pemandangan.

Kekayaan dijadikan ukuran keimanan. Pakaian dihujahkan sebagai ketakwaan.

Jubah,serban, janggut,celak serta tasbih dijadikan sempadan kemuliaan.

Begitu lah seterusnya.

Kemuliaan seseorang.bukan diukur lagi dari ilmunya amalannya tetapi petah.berkata kata serta berjaya mengait bait bait Al Qur'an dan Hadith berjaya menyongsongkan pengikut.

Hukum yang disepakat bukan lagi pegangan. Hukum negara yang dipersada yang dijadikan batas kuasa bukan lagi pegangan. 

Pemimpin yang sah disampingkan. Pemimpin yang bhatil dijulang.

Tetapi apabila Raja yang diangkat Allah SWT tidak lagi mendukong "bait bait" kebenaran yang ditunjangi Al Qur'an dan Sunnah, maka, itu adalah tanda tanda berakhirnya sebuah 'ceritera sang Pencipta' terhadap Institusi yang telah diberikan "AMANAH  sementara' bagi ' YANG BERHAK ' memegang kuasa.

Galur galur kejadian sudah dapat dilihat dan dibaca secara nyata.

Tandanya adalah kebangkitan kemarahan rakyat, huruhara bakal berlaku serta ketidaktentuan pemerintah dan diburukkan lagi apabila Institusi Yang Memayungi Rakyat tidak lagi dipandang tinggi olih masyarakat dan rakyat.

Hanya Allah SWT yang mencukupkan perkiraan Nya.

Cahaya Al Majid.






3 comments:

  1. Mengikut perkiraan MKN, pandemik ini akan berlanjut sehingga 2023 (walaupun ada vaksin). Mengapa?

    1. Bagi menyempurnakan dengan sesempurna nya agenda NWO (tapi ingat Allah jugak mempunyai rencana)

    2. Bagi mempercepatkan agenda NWO iaitu dengan melemahkan sendi² (tiang²) Islam dengan cara mengosongkan masjid dari solat² berjemaah, merenggang²kan saf, melemahkan suara "AMIN" dari makmum, tiada lagi majlis² ilmu, tiada lagi sahutan salawat bahkan kekuatan paksi bumi di Mekah juga tidak terkecuali (bagi mempercepatkan bencana bumi dan alam).

    Ramaikah yang sedar SENDI AGAMA ISLAM SEDANG DIRUNTUHKAN supaya manusia bersetuju disatukan pada 1 momokan agama baharu nanti?

    3. Benar kata ustaz dan alim², penguasa negara dan negeri² di seluruh dunia sedang mengikut acuan kapir NWO bahkan dalam urusan agama mereka!

    Nauzubillah! Mufti dan pemerintah agama terkedu tak mampu melawan @ ditipu bulat³ dengan hantu corona sehingga kena SOP itu dan ini yang sudah terang bersuluh iaitu bagi memastikan manusia semakin tidak percaya (menjauh, berleka²) dengan agama mereka masing² (macam kita sebagai orang Islam sedang didoktrin kunun Al-Quran dan sunnah nabi sudah tak relevan dengan situasi akhir zaman).

    Kita akan disuruh ikut SOP ye (ajaran agama baharu) *SETIAP HARI* dalam semua paparan media dan ucapan² penguasa jika konon hendak selamat .

    Wajiblah kita jika mempunyai walau sedikit iman sekalipun, tidak redho dengan apa yang sedang diperbuat oleh penguasa dan pemerintah kerana kita harus mengakuinya kita hamba yang lemah tidak berdaya untuk melawan.

    "Semoga rasa tidak redho kita ini dapat menyelamatkan kita semasa hisab di Mahsyar dengan bersaksi kepada Allah kelak bahawa hati kita tidak redho pun dengan penguasa, pemerintah dan orang yang diberi kuasa menjaga agama kita"

    4. Dengan lemahnya sendi² agama, maka semakin mudah gegak gempita, bencana alam, gempar gempa akan terjadi kerana paksi bumi semakin melemah.

    5. Beberapa tahun lepas saya ada terlepas cakap dengan bos saya, negeri P****g akan hanyut tenggelam. Mungkin kesan gempa gunung berapi bawah laut kot di Sumatera nanti.

    6. Tapi rasanya sudah tidak dapat dielakkan. Mungkin sudah sampai serunya kita akan menghadapi fasa² kemusnahan, kehilangan orang tersayang & penderitaan. Saya ada anggaran (pandangan) totalnya fasa separa masak ini akan terjadik tapi saya tidak berani menyebutnya (ingat ye, goncangan² yang akan terjadik mulai tahun 2021 ke depan, adalah kemusnahan "kecil kecilan membawa separa besar" (tetap membunuh jiwa raga dan alam kita) kemudian membawa kepada fasa goncangan total dahsyat pada "tahun" yang telah ditetapkan kelak)

    ** Fasa akhir (hujung/akhiran/kemuncak fasa² ke 4) inilah yang sangat menyeksakan. Saya sendiri berharap, saya tidak akan menemui fasa ini. Takut!!

    Kesimpulannya saya perhati, di balik kerja kotor (& fitnah dahsyat) corona ini, Allah meminta kita berfikir, apakah kita mahu terus lalai dengan fitnah perhiasan dunia atau kita tersedar dari sihir², bahawa masa semakin suntuk maka kita dianjurkan segera memperbanyakkan istighfar dan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir serta sedaya upaya kita cuba menyelamatkan isteri dan anak cucu kita (jika mereka juga menyedari. Jika mereka pilih kelekaan dan sesat, apakan daya, kita tak mampu mengelak takdir setiap makhluk).

    ALLAH TELAH BERI KITA EXTRA TIMING (& signal) !!!

    Sungguhlah, Allah telah menetapkan syurga dan isi neraka kepada makhluknya dan Merahmati kepada sesiapa yang ingin DIA kehendaki.

    Maha Benar dan Nyata.

    Lailahaillallah
    Al Malikul Haqqul Mubin

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete