Monday 25 January 2021

THE PROMISED LAND: AGONG PERLU PERIHATIN RAKYAT YANG TAK MAKAN DAN BUKA MELEMPIAS NAFSU MUHYIDDIN BERKUASA!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Rakyat Makin tertekan. 

Ada yang hilang kerja, ada yang bungkus niaga.

Pendapatan semakin berkurangan ada yang hilang pendapatan.

Punca pendapatan semakin sempit.

Yang bolih hidup selesa sekarang hanyalah Ahli Politik dan orang orang kaya serta mereka yang bekerja sebagai Penjawat Awam atau yang Kerja Kerajaan yang berpangkat. Anggota pangkat bawah dalam Kerajaan pun mengeluh.

Tetapi bagi rakyat yang kerja sendiri ibarat kais pagi makan pagi, tetapi ada juga yang kais pagi tetapi Tak dapat makan petang tetapi sebaliknya kena tunggu esok atau tulat., itupun belum tentu!!!

Tetapi Kerajaan beranggapan bahawa RM1600 yang diberi bolih dimakan rakyat untuk setahun.... gila punya Kerajaan!!!

Berkali kali PKP/PKPB dan sebagainya yang dikenakan bagi mengekang penularan Covid-19 tetapi sehingga hari ini..jangkitan makin bertàmbah.

Dari Ketua Pengaruh KKM yang berstatus Dato sehingga diberikan anugerahkan Tan Sri, ingatkan Covid dapat ditamatkan..malangnya..beratus ribu pula kes meningkat...malang buat Malaysia.

Apa yang dapat disimpulkan..ini menandakan kegagalan Kerajaan Muhyiddin dalam menangani penularan kes Covid-19.

Dengan Muhyiddin mengharapkan bahawa semua akan selesai sekiranya vaksin Covid ada, nampaknya bertambahlah angka dari hari kesehari..sehingga vaksin sampai.

Kini rakyat dan orang ramai dah menjerit kesusahan kerana tak da duit..nak beli makanan ..dan.. kes pencurian jugs sudah mula berlaku..apa lagi yang Kerajaan Muhyiddin bolih selesaikan.

Kini bukan saja kemarahan ditumpukan kepada Muhyiddin malahan Institusi YDP Agong pun sudah jadi bahan kerana Kerajaan yang dilantik Baginda dilihat telah gagal dalam mentadbir dan mengurus ekonomi negara.

Diburukkan lagi dengan Kerajaan Pilihan YDP Agong ini, iaitu Kerajaan PN sudah hilang majoriti, apakah yang perlu Baginda buat untuk memulihkan keadaan. 

Adakah Baginda YDPA ingin membiarkan apa yang berlaku ini???dan membiarkan rakyat mengambil keputusan ditangan mereka ?

YDPA dan Raja Raja Melayu perlu melihat keadaan ini sebab kemudharatan yang bakal berlaku bakal menghurukan negara kerana rakyat telah hilang keyakinan terhadap Kerajaan Pimpinan Muhyiddin.

Cahaya Al Majid.





2 comments:

  1. Demokrasi mesti mati. Jalannya sedang ditunjuk.
    Akan berlaku total reset.
    Demikianlah Allah Maha Bijaksana.
    Bencana, Kematian, kelaparan, pertumpahan darah adalah tanda² jelas kelak demokrasi ditalkinkan dan akan maju seseorang dari susur galur 'yang hilang dan bersembunyi dari dunia liar' & diangkat kedepan oleh YDPA untuk memerintah.
    Insyaallah, ASEAN (nusantara) akan gemilang dalam.lingkungan 2024-2025.

    ReplyDelete
  2. Maka tenanglah wahai orang yang beriman. Jangan kamu mengikut orang² yang sesat dari jalan Allah. Mereka seperti orang hilang pedoman dan melupakan dengan janji Allah nubuah tentang akhir zaman.

    Mereka nyata sesat ketika masih mengejar² kaca perhiasan dan harta sedangkan hari perhitungan sudah nyata dan benar serta dekat.

    Wahai teman² semuslim, tenangkan hatimu dengan bertasbih bertahmid dan bertakbir kerana kalimah dan dzikir itu akan menjadi pelindungmu dari kegelapan dalam hari² yang gelap tidak lama lagi.

    Berlindung lah dengan Allah.
    Hasbunallah wanikmal wakil.

    ReplyDelete