Sunday 24 January 2021

THE PROMISED LAND: UMNO DAN ZAHID CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!! NEGARA MENGHALA MALAPETAKA!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Apalah malangnya nasib UMNO yang berpresiden Zahid Hamidi ni...

Kat luar berdegar degar kata UMNO nak tarik sokongan terhadap PPBM dan hanya menunggu perhimpunan atau Mesyuarat saja bagi "mengabsahkan" keputusan akar umbi saja, itu lah statements yang dibuat tempoh hari.

Begitu jugalah statements terdahulu mengatakan bahawa UMNO bukan sebahagian dari PN cuma Ahli Parlimen UMNO saja yang diberi kelongaran untuk mendukong Kerajaan PPBM atas kapasiti ahli dan bukan secara emblok.

Tetapi hari ini dalam masyuarat Majlis Presiden PN, Zahid Hamidi hadir pulak dalam Mesyuarat tersebut . Apa cerita ni???

Tambahan pula satu Malaysia dah tahu bahawa Muhyiddin sudah hilang majoriti didalam Parlimen. Dan keabsahan beliau sebagai PM pun sudah terlerai kalau mengikut Perlembagaan.

Jadi???? Apa.gunanya Zahid menyertai Mesyuarat Majlis Presiden PN tu.

Berulang kali sudah saya nyatakan..Zahid ni jenis manusia yang tiada pendirian. Otak dah beku!!!

Seburuk buruk Najib banyak juga pandangan bernas yang beliau utarakan dalam isu pendemik Covid 19 berbanding Presiden UMNO ni serta Pemimpin pemimpin lain.

Annuar Ibrahim langsung tiada idea diberi berhubung pembaikpulih Covid mahupun ekonomi. Yang digilakan hanya "sudah cukup sokongan".

Lim Guan Eng..langsung tiada bernas diutarakan.

Mat Sabu... heem..sama jugak kelaut.

Presiden UMNO'...lagi la.. blur..

PAS...Hj Hadi Tak yah harap lah..."hanya fatwa dan dalil' syok sendiri.

Walaupun saya banyak membalum Najib sebelum ini diera dia PM namun,idea yang dilontarkan dan diutarakan amat berguna jika Kerajaan Muhyiddin guna pakai sebab Menteri Muhyiddin langsung tiada idea yang bolih digunapakai..melainkan..mencatur kuasa saja yang bolih harap. Itupun tersalah catur.

Ekonomi dah merudum, Covid dah mencanak... Rakyat ramai yang mati...

Kalau 3 bulan lagi terus menerus..ekonomi negara pasti lumpuh...

Bantuan RM1600 yang Kerajaan bagi tu cukup ke untuk belanja setahun???

Masatu... satu apa takkan guna lagi...

Rakyat pasti memberontak sebab tak makan dan tak berduit..

Bukan saja Kerajaan yang akan ditentang olih rakyat  malahan Institusi Raja pun belum tentu selamat, sebab dah ramai rakyat membunuh diri kerana tekanan hidup!!! Samaada kerana masaalah kewangan mahupun masaalah terjangkit Covid...

Fikirkan.. sebelum terlambat..

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment