Friday 29 January 2021

THE PROMISED LAND: NEGARA HILANG BEROKAH???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Alhamdullilah. 

Tahniah!!! Muhyiddin

Kejayaan Kerajaan PN yang perlu diratib setiap hari .

Kejayaan yang tak mungkin dapat diatasi olih Kerajaan lain didunia.

Semenjak Muhyiddin dikenali sebagai Bapa Perutusan yang diselang selikan dengan bacaan doa.. alhamdullilah..

Covid semakin mencanak!

Ekonomi bertambah merudum!

Rakyat semakin miskin dan sedikit masa lagi rakyat akan bertukar ke level  tertinggi iaitu pape kedana.

Alhamdullilah.. mungkin itu yang diharapkan Muhyiddin agar "darurat' berpanjangan, dan kuasa tidak hilang.dari genggaman.

Segala usaha yang digembeling dari awal pemerintah,alhamdullilah. kini mendatangkan hasil..terima kasih kerana memiskin rakyat dan terima kasih kerana membiarkan Covid menjangkiti rakyat.

Walaupun kes Covid sudah melandai keangka satu digit pada satu ketika tetapi, itu tidak.baik kepada Kerajaan PN.

Dengan melakukan onar politik  diSabah,yang mengakibatkan angka Covid melonjak keparas ribuan kes sehari, tahniah , syukur.Muhyiddin.

Ini adalah kejayaan terbaik Kerajaan PN dan rakyat amat menyayangi Muhyiddin walaupun rakyat terpaksa mengikat perut mahupun mati tak makan,serta terpaksa dengan rela membiarkan anak anak kecik mereka  kelaparan , alhamdullilah, semua itu demi kelangsungan kuasa kepada PN dan Muhyiddin, Inshaallah, rakyat amat menyanjungi.

Inshaallah kejayaan lebih besar akan ditempah olih Muhyiddin.

Kalau hari ini kes Covid sudah mencecah angka melebihi 5,000 kes, inshaallah, dalam beberapa hari lagi jumlah ini pasti mencecah 10,000 kes sehari. 

Jangan risau!!!

Inshaallah hospital ada, doctor cukup, katil ICU pun banyak kosong lagi..kalau Tak cukup hospital Kerajaan, hospital swasta banyak katil lagi.. dan bolih tampung..bayar saja!!!!kalau tak pun rundingkan harga...

Kan Malaysia banyak duit.

FDI pun banyak masuk, berbanding negara jiran di Asean,bak kata Azmin mahupun Zafrul...RM2,500,000,000-00..banyak tu..FDI negara jiran Tak banyak dapat FDI macam negara Kita...HEBAT kepimpinan Muhyiddin ni!!!

Bolih dapat gelaran baru..ni..'NEGARA DIAMBANG BANGKRAP",

Kalau.zaman.PH bawah Madir dulu Madir selalu jaja kata negara dah bangkrap hutang 1Trillion..tapi zaman Midin ni,Madir belum lagi kata hutang 1 Trillion.

PKP, PKPB ada faedah?? banyak menafaatnya buat rakyat..

Rakyat Tak bolih cari makan.

Covid merebak Tak cukup tanah!!

Ekonomi rancak, hingga negara jiran pun jealous!!!

Hebat kepimpinan Kerajaan PN ni...

Tiada tolok banding.jika dibanding dengan Kerajaan terdahulu...

Buatlah apa yang kau mahu, inshaallah, menjelang datangnya hari  Isra Mikraj... nanti..kau tahulah untung nasib Kerajaan kau...

Semoga doa yang kau lafas akan terbalik kepada diri sendiri kerana rakyat teraniya menadah tangan dengan kelaparan.

Cahaya Al Majid.





2 comments:

  1. Kelaparan ada di mana² di seluruh dunia. Apalagi di musim covid. Tengoklah jendela dunia luas² (bukan tengok Malaysia sahaja). Di Gaza Palestine, di Syria, di Uighur dll contohnya saat ini.

    Di Malaysia, semiskin² sepapa kedana rakyatnya, masih ada makanan. Di masjid, masih ada yang membawa sedekah makanan. Biar tidak kenyang, tapi sekurang-kurangnya perut berisi. Itulah berkah.

    Di jalanan, masih ada yang bersedekah makanan kepada orang. Burung² kucing² semut² pun dapat baki² faedah sedekah yang tercicir di tanah.

    Pisang², ubi² pun masih lebat berbuah. Sayur melambak ² subur.
    Hujan masih turun.

    Di Malaysia aman sentosa hidup kita, masih boleh bersolat, berwirid, bermain² dengan anak cucu, bergelak ketawa, berhibur²an dan tidur nyenyak.

    DI MANA TIADA BERKAHNYA (sehingga saat ini)?

    Adakah bila dapat makan pizza, KFC, McD, boleh pakai merc, BMW, Honda, Toyota, Ford, barulah namanya hidup kita berkah, baru Tuhan best? Takde semua tu dah, dah elek, Tuhan dah tak best????

    SUNGGUHLAH MANUSIA ITU TIDAK TAHU MENGHITUNG NIKMAT² ALLAH.
    Manusia itu mengukur kesenangan pada dirinya dengan penghitungan² mereka sendiri (TAMAK HALOBA & BERLEBIH²).

    Sungguhlah manusia itu apabila diuji dengan sedikit kesusahan, mereka berbantah² dengan nikmat Allah padahal MEREKA SUDAH PUAS DIBERI NIKMAT (dah puas mentekedarah) KETIKA SENANG DAHULU.

    Mereka sangat mudah terlupa (sebab suka dengar bisikan² adu domba setan) bahawa Allah pernah beri mereka senang, mewah makanan dan lain² SUATU WAKTU DAHULU.

    PATUTKAH SEORANG MANUSIA BERTARAF HAMBA CABUK MEMAKSA² ALLAH UNTUK BERIKAN MEREKA KESENANGAN² (sahaja) SEHINGGA KIAMAT UMURNYA?

    LALU JIKA DEMIKIAN APA TUJUAN ALLAH CIPTAKAN DOSA PAHALA? SYURGA NERAKA? TAKWA DERHAKA? (bukankah sebab Allah hendak menguji² dan mengetahui siapakah golongan hamba²nya yang sebenar² terpuji dan siapakah pula yang sangat² keji).

    Jika ada spesies yg tidak tahu bersyukur ini, SAHIH DAN TERANG mereka ini kumpulan paling mudah terjebak sebagai pengikut Dajal kelak.
    Sanggup kafir asalkan tidak lapar dan miskin.

    ReplyDelete
  2. ** Marilah saya bagitau kalian (ingat mengingatkan) bahawa pandemik ini bukti Allah sayang kepada hambanya yang mahu berfikir:

    1. Dekatlah padaKu (TuhanMu) kerana aku akan lebih dekat padamu (hamba) iaitu Allah bagi signal suruh kita lebih banyak ingatkan DIA dari memikir ² lagi fasal makan, kaya, mewah, harta dll SEBAB ALLAH MAHA MENGETAHUI HITUNGAN² PERKARA YANG KITA TAK SEDAR DAN SANGKA YANG AKAN TERPAKSA KITA HADAPI PADA HARI² MENDATANG (bencana, kemusnahan, kehilangan jiwa dan orang tersayang serta kelaparan dahsyat )

    2. Allah menyuruh hambanya bermuhasabah diri dan memperbaiki apa yang kurang dan tampal lah dengan istighfar, tasbih dan salawat sebelum maut bila² masa.

    3. Selama ini perut kenyang banyak, kita terlalu malas/lalai/main² dari mengingat Allah.
    Sikit² berkepit dgn hp, sikit² enjoi je kejenya, sikit² berlagak tayang itu ini. Jadik di waktu pandemik ini, adalah masa terbaik kita memperbanyakkan mengingati Allah SEMULA.

    4. Lapar (puasa) dan miskin adalah sebagai latihan² rohani dan minda untuk hambanya menempuh zaman kesusahan lebih teruk terutama jika ada yang panjang umur bertemu dengan zaman dajjal itu kelak.
    KALAU TAK SEMPAT JUMPA PUN, SEKURANG²NYA DAPEK JUGOK PAHLE, REDHO DENGAN UJIAN ALLAH (BERLAPAR) MAKA ALLAH PUN REDHO DENGAN KITE.

    5. Gunakan kesempatan yang masih ada ini UNTUK MEMOHON & BERDOA SEBANYAK ² RAHMAT ALLAH sebab Allah masukkan manusia ke syurga atas sebab RahmatNya (SAHAJA) bukan kerana byknya dosa kita atau beratnya amalan² baik kita.
    (Petah lagi lagi semasa perut² kita kosong ini, lapar ini, miskin ini, lagi mudah doa MEMOHON KERAHMATAN ini terangkat dan dikabulkan Allah)

    6. ORANG YANG TIDAK BERSYUKUR DENGAN NIKMAT (yang pernah mereka rasakan dahulu) kemudian MENCELA² ujian Allah dengan membebel siang malam di hadapan Allah, sungguh nyata syirik mereka kepada Allah kerana tidak beriman dengan Qada' dan Qadar Nya!!!

    LALU APA LAGI NIKMAT YANG INGIN KAU DUSTAKAN² ???

    SUNGGUHLAH MANUSIA DATANG MENYESAL² APABILA JASAD BERADA DI KUBURNYA KERANA SANGAT MENYESALI MEREKA TELAH KUFUR DENGAN NIKMAT ALLAH (semasa hidup) DAN MULUT MEREKA ASYIK MEMBENTAK ² (bercerita²) TIDAK BERPUASHATI DENGAN ALLAH (ketika diberi ujian dan kesusahan).

    RUGINYAAA JIKA ALLAH DAH BAGI SIGNAL (akan tanda ² bencana² akhir zaman) serta PELUANG KEEMASAN (setelah sekian lama kita asyik sesiakan) TAPI KITA MASIH BERLAGAK² (seolah tak mati kita ni) iaitu kita ENGGAN/SOMBONG UNTUK MENGEJAR REHDO DAN RAHMATNYA!

    **Allahumma Magfirotuka Au sa'u Min Zunubi.
    Warahmatuka Arja Indi Min Amalin**

    ReplyDelete