Tuesday, 4 December 2012

ADAKAH KITA MEMPRAKTIKKAN SUNNAH NABI DALAM HAL MERISIK ATAU MELAMAR :BENARKAH AKAD NIKAH KITA IKUT SUNNAH?

INGATLAH WAHAI LELAKI, WALI ATAU PUN SUAMI. PERJANJIAN INI DIBUAT DISAKSIKAN ALLAH DAN JANGANLAH KAMU BERDENDAM SESAMA KAMU SESUNGGUHNYA PERJANJIAN  DENGAN ALLAH SWT LEBIH BESAR MANAFAATNYA SEKIRANYA KAMU MENGETAHUI. JANGANLAH KAMU DURHAKAI PERJANJIAN ITU SESUNGGUNNYA MELANGGAR JANJI AMAT TIDAK DISUKAI OLEH YANG MAHA ESA.


Kita selalu mendengar kata-kata atau ungkapan ramai manusia bahawa jodoh adalah ketentuan Allah SWT. Tetapi tidak banyak dari kita mengambil contoh dari sunnah nabi.
Bermula dari majlis merisik sehinggalah majlis akad, tidak ramai yang benar-benar mengikut contoh yang dipraktikan oleh Baginda Rasullulah s.a.w sewaktu menikahkah puteri baginda iaitu Fatimah Al Zahra.


Hari ini saya ingin membicarakan berhubung isu yang paling besar dan terpenting didalam perjalanan hidup sebagai manusia yang bergelar bapa dan juga wali kepada anak perempuan kita serta bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan . Cuba tanya diri kita adakah nenek moyang kita melakukan sepertimana sunnah .
Mulai dengan merisik, pihak lelaki akan menghantar kedua ibubapanya atau saudara terdekatnya untuk melamar atau merisik siperempuan. Tetapi ini tidak terjadi didalam masyarakat Melayu kita. Ikuti kisahnya Baginda Rasullulah berhubung perihal 'merisik". Apa yang kita lakukan adalah berlawanan dengan apa yang Baginda Rasullulah 'sunnah' kan.  Adakah kita mendahulukan 'adat' dari ' sunnah; yang ditinggalkan Baginda?

Didalam kita mengharungi kehidupan yang serba mencabar serta terikut-ikut adat atau budaya yang bersalahan dengan sunnah yang dibawa oleh Baginda Rasullulah. Sedarkah kita?? Perjalanan kita sudah amat jauh tersasar. Sekiranya kita mengikut apa yang Nabi s.a.w lakukan inshaallah kita tergolong dari umatnya yang disayangi. Sesungguhnya mengikut sunnah itu amat dituntut.




 Mari kita ikuti serba sedikit kisah Baginda Rasullulah s.a.w berhubung niat baginda untuk menikahkan puterinya Fatimah.


Pada suatu hari Abu Bakar As Siddiq r.a, Umar Ibnul Khattab r.a dan Saad bin Muaz bersama-sama Rasulullah SAW duduk dalam masjid baginda. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasulullah SAW.

Prasa Pertama
Baginda meminta Abu Bakar As Siddek untuk menyampaikan hajat Baginda kepada Sayyidina Ali.
Ketika itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As Siddiq r.a, “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Niat baginda disampaikan kepada Sayyidina Ali melalui Abu Bakar.
Abu Bakar As Siddiq r.a menyatakan kesediaannya. Ia berangkat untuk menghubungi Sayyidina Ali r.a. 

Sayyidina Ali menghadapkan diri didepan Rasullulah.
Aku datang menghadap untuk melamar puteri engkau, Fatimah. Ya Rasulullah, apakah engkau berkenan menyetujui untuk menikahkan diriku dengannya?”

Disini Baginda Rasullulah s.a.w berunding tentang 'mahar' atau 'mas kawin" mengikut kemampuan Sayyidina Ali.


“Demi Allah,” jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang, “Engkau sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak engkau ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”

Baginda Rasullulah s.a.w sendiri melakukan ijab kabul tersebut.

Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dengan disaksikan oleh para Sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya:

“Bahawasanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau dengan  Fatimah atas mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

Sayyidina Ali menjawap ijab kabul dengan lafaz :-

“Ya, Rasulullah, itu kuterima dengan baik, “ jawab Ali bin Abi Tali r.a 


Melalui kisah yang dituliskan diatas saya berharap umat Islam dapat melihat dengan teliti 'sunnah', ini.

Perkara perkara yang perlu dilakukan oleh siayah tentang pernikahan ini  yang disaksikan oleh yang ramai :-

WAHAI ANAK KU, SUDIKAH  ANAKANDA UNTUK BERNIKAH DENGAN 'SI POLAN' BIN SI POLAN. APABILA SI PUTERI BERSETUJU  MAKA PERINGKAT  KEDUA BERLANGSUNG.
DENGAN NAMA ALLAH AKU MENIKAHKAH KAU DENGAN  'NAMA ANAK'  ATAS MAS KAWIN  "BERAPA RINGGIT" MUDAH MUDAHAN ENGKAU DAPAT MENERIMANYA. KATA SI AYAH   JAWAP SI PENGANTIN :- DENGAN NAMA ALLAH SAYA MENERIMANYA DENGAN BAIK.                              
Selain dari dua pokok terpenting diatas maka'istiadat' yang lain adalah ritual biasa yang mana sekiranya ianya dilakukan maka ianya adalah  'keberkatan'  dari  Allah SWT .                                                                     

Surah Ar Rum Ayat 21
"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu."

Penyataan ini perlu dibacakan kepada kedua-dua pengantin.
. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

Penyataan ini yang paling  banyak dilakukan  oleh masyarakat ketika ini :-
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

Diperlukan kedua belah pihak untuk membuat 'cross check' untuk mengelakkan kejadian Firman Allah ini :-

 Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

Kepada sisuami ayat ini perlu dihayati dan diselami sekiranya "hajat' berputik dihati "-

. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)





Ini janji Allah SWT dalam Firmannya :-

. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

Ini kebenaran Allah SWT tentang perlakuan terhadap isteri tetapi jangan sampai mendatangkan kemudaratan kepada isteri,

. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)



Firman Allah :-Ingatlah wahai mempelai bahawa kamu diciptakan dari diri yang satu:-

 "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid.

5 comments:

  1. Zaman dan masa telah berubah, maka selera urusan nikah kawin turut berubah. Yg mudah amalan Sunnah Nabi sudah menjadi susah. Namun setidak2nya syarat2 Nikah Daem nikah berkekalan amalan Sunni lebeh selamat dari Nikah Mutaah, nikah kontrak nikah short games short terms amalan Syiah..

    ReplyDelete
  2. Apabila zahir peringkat2 evolusi kehidupan manusia, maka Hudud (sempadan) ditentukan oleh Allah kepada kebebasan manusia. Yg dimaksodkan dgn Hudud itu ialah sesuatu Urusan (Amr) yg terletak dikemuncak kesempurnaan peringkat evolusi kehidupan manusia, menurut penzahiran. Oleh itu zina dan liwat diharamkan, tetapi dihalalkan persetubuhan (selepas nikah yg sah) kerana ini bisa menghindarkan kebuasan nafsu angkara, dan juga bertujuan mendapatkan anak yg sah, serta memelihara dan menyempurnakan hak2 wanita....

    (AlKhairul Kathir - Syah Waliyullah...)

    ReplyDelete
  3. @ ADAKAH KITA MEMPRAKTIKKAN SUNNAH NABI DALAM HAL MERISIK
    ATAU MELAMAR..?? : BENARKAH AKAD NIKAH KITA IKUT SUNNAH..??

    DAN TELAH BANGKIT IMAM MAHDI AS BERTANYAKAN PULA FASAL BAB
    PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA AMALAN TRADISI ORANG2 NOGORI 9 :-

    ADAKAH CARA KALIAN DLM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA BENER2
    MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW..?? : ATO COMAAN MENGIKUT
    AMALAN TANAH ADAT TRADISI MINANG YG BERPIHAK KPD PEREMPUAN..??

    BENEH IMAM MAHDI TELAH BERPUTEK DARI SEBERANG - TANAH MINANG..

    ReplyDelete
  4. @ BENEH IMAM MAHDI TELAH BERPUTEK DARI SEBERANG - TANAH MINANG.
    MAHU DIINGAT MISI IMAM MAHDI AS BAWA "KEADILAN" JANGAN DITENTANG.
    KESAH FATIMAH ZAHARAH BOLOT HARTA ALHUSSEIN AS DILUPAKAN ORANG...

    KESAH SAMA BERULANG PADA 2 BERADIK AHLULBAIT LELAKI TANAH MINANG.
    AHLULBAIT2 PEREMPUAN BOLOT TANAH PUSAKA TERIKUT2 TANAH ADAT MINANG.
    TERLUCUT HAK 2 BERADIK AHLULBAIT LELAKI YG DIBAWA SEHELAI SEPINGGANG...

    SIAPA 2 BERADIK ITU YG MERAJUK TERPAKSA BAWA DIRI KEMANA MENGHILANG.??
    IMAM MAHDI KEREMBAU N9 URUSKAN MAQAM LELUHURNYA DITANAH MINANG.
    ALLAHU'ALEM... SEDIKIT DOKTRIN SANG SAKA MERAH PUTEH - PUSAKA MINANG...

    ReplyDelete
  5. ..

    ... KESAH PERCINTAAN & PERNIKAHAN
    SAYYEDINA ALI DGN FATIMAH ZAHARAH ...

    DARI PERKHABARAN TOK HABIB IM : ALKESAH TATAKALA ITU TOK IMAM ALI TERUNA TAMPAN DIUSIA SWEET 16, SEDANGKAN SITI FATEMAH PERAWAN JELITAWAN PUTERI RASULULLAH SAW DIUSIA SWEET 13. TOK IMAM ALI DLM DIAM2 AMAT MENCINTAI FATIMAH. SEDANGKAN FATIMAH BERKECUALI KARNA KAKI KIRI TOK IMAM ALI CAPEK SEDIKIT NAMPAK TERJENGKOT2 KAPAN DIA BERJALAN.

    KEHIDUPAN RASULULLAH SAW SERTA KELUARGA AHLULBAITNYA, DITENGAH2 BUDAYA HIDUP TRADISI PUAK 28 KAPIR KURAISY DIZAMAN ARAB JAHILIAH, YG PENUH CABARAN & DUGAAN2 DLM FITNAH AWALUL ZAMAN, YG SANGAT MEMBIMBANGKAN RASULULLAH. OLEH KARNA ITU RASULULLAH SAW CEPAT2 MEMILEH TOK IMAM ALI SEBAGEI MENANTUNYA, YAITU CALON SUAMI KPD PUTERINYA SITI FATIMAH ZAHARAH..

    BAHAGIAKAH HARMONIKAH SERASIKAH JODOH PERTEMUAN PASANGAN INI..??
    KALO PUAK SYIAH YG JAWAB, SUDAH PASTI MEREKA ITU JODOH TERBAIK..
    NAMUN JAWABAN DARI RATU ADIL SEJATI AKA IM SANGAT BERTENTANGAN..
    SEBAB SEMUA HARTA PUSAKA RASULULLAH SITI FATIMAH YG BOLOT SAORANG.

    SEJARAH ISLAM PENUH PENIPUAN PENYELEWENGAN HINGGA KPD AHLULBAIT NABI. SEJARAH ISLAM ASLI TELAH RAHSIAKAN SEBENARNYA NABI ADA PEWARIS LELAKI.
    SIAPA DIA..?? SEBAB KESEMUA PUTRA2 NABI TELAH WAFAT DIZAMAN KANAK2 LAGI.
    DIA INSAN MISTERI DARI SAKA-BAKA NABI DGN KHODIJAH MAHU DICARI DIIMANI.

    ( SEDIKIT PROPHECY IM PERKHABARAN DARI TANAH MINANG REMBAU N9... )

    ..i..

    ReplyDelete