ANDA MENGENALI YA'JUJ?? |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Sebelum ini kita membicarakan bangsa siapakah " Ma'juj" dan kini saya membicarakan pula siapakah yang dikenali sebagai bangsa "Ya'juj' seperti yang difirmankah oleh Allah SWT didalam kisah perjalanan hambaallah bernama Zulkarnain dibumi Allah SWT dengan misinya yang ditentukan olih Allah SWT untuk tatapan atau kajian umat terkemudian iaitu Umat Muhammad s.a.w.dimana kisah beliau difirmankan atau diwahyukan oleh Jibrail a.s. daripada Maha Mengetahui kepada kekasih pilihanNya Muhammad s.a.w. Untuk apa diturunkan kisah Zulkarnain ini yang termaktub didalam Surah Al Khafi iaitu salah satu surah yang pernah saya postkan ditulisan yang lalu berhubung kelahiran Al Masih Putera Mariam serta rahsia. Sebenarnya penulisan saya berkait dengan semua post yang terdahulu cuma ianya memerlukan penelitian dari pembaca untuk mendapatkan 'jawapan' atau 'kepastian" tentang perkara pokok iaitru ' Al Masih Putera Maryam", Dajjal, Al Mahdi, Bangsa Meem serta Panji-Panji dari Timur. Semuanya terangkum didalam markalah yang saya postkan. Segala post tersebut perlu dicantumkan sendiri olih pembaca untuk mendapatkan jawapan.
Untuk pengetahuan saudara semua sejak sebulan yang lalu laman ini sudah mula dilawati oleh pembaca dari Israel dan juga Palestine Territories dan pembaca terbanyak adalah dari Amerika Syarikat. Saya berharap saudara semua 'faham akan 'signal' ini.
Cuba kita renungkan Firman Allah SWT ini.
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".
(Al-Kahfi 18:98)
Kalander Hijri sudah melepasi 1434 tahun , begitulah lamanya Baginda Rasullulah meninggalkan kita namun kisah Zulkarnain yang diwahyukan kepada baginda Rasullulah berlaku ketika zaman Isa Al Masih Putera Maryam, dimana Kerajaan Roman terdahulu mempunyai Penguasa yang hebat.
BAGINILAH RUPANYA SARUNG KEPALA YANG DIPAKAI OLEH ZULKARNAIN. ZULKARNAIN YANG DIDALAM BAHASA ARAB SECARA HARFIAHNYA BERMAKSUD ' DIA YANG BERTANDUK DUA'. |
Dibawah ini Zulkarnain memohon kepada Allah SWT agar 'membekalkan" besi-besi serta tembaga' agar keduanya dapat dicairkan untuk tujuan menutup bahagian 'berlobang" untuk mencegah keluarnya keseluruhan manusia yang dipanggil ' Ya'ajuj dan Ma'juj". Harus diingat sebahagian dari bangsa ini telahpun terkeluar. Hanya ' bangsa asal" yang tidak bercampur manusia yang masih lagi 'terkepung'. Itulah yang dipanggil 'Ibu segala Ibu". Percampuran sebahagian kecil manusia Ya'ajuj ini bersama bangsa manusia lain telah melahirkan bangsa-bangsa yang tidak berhati perut dan penuh dengan muslihat. Bangsa ini dapat kita perhalusi tentang kekejaman mereka terhadap bangsa manusia.
BAGINILAH SIFATNYA MANUSIA BERBANGSA YA'JUJ YANG BERSERONOK DAN MENJADIKAN PEMBUHUHAN SESAMA MANUSIA SEBAGAI SUKAN KEGEMARAN MAHARAJA. MANUSIA YANG DILAHIRKAN TANPA BELAS KESIHAN DAN TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN |
(Al-Kahfi 18:96)
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":
(Al-Kahfi 18:83)
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
(Al-Kahfi 18:84)
Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
(Al-Kahfi 18:85)
Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".
(Al-Kahfi 18:86)
Diayat ini dimula dengan perkataan "Ia", dan ini merujuk kepada keputusan Zulkarnain . Sekiranya seseorang itu didapati melakukan kezaliman maka keputusannya adalah ditangan Zulkarnain.
Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
(Al-Kahfi 18:87)
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".
(Al-Kahfi 18:88)
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
(Al-Kahfi 18:89)
Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
(Al-Kahfi 18:90)
Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
(Al-Kahfi 18:91)
kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
(Al-Kahfi 18:92)
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
(Al-Kahfi 18:93)
Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"
(Al-Kahfi 18:94)
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
(Al-Kahfi 18:95)
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".
(Al-Kahfi 18:96)
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
(Al-Kahfi 18:97)
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".
(Al-Kahfi 18:98)
Dengan terpetrinya Firman disurah ini maka ternyata bahawa keturunan Ya'juj ini sudahpun berada dan berkembang biak secara nyata didunia, hanya, menantikan ' ibu-ibu' yang terpenjara ditempat yang tersembunyi dan hanya Allah SWT saja yang tahu tempatnya.
Disebabkan perasaan cemburu, irihati, curiga mencurigai serta perasaan khianat sesama sendiri maka berlakulah pertembungan diantara bangsa-bangsa Ya'juj yang belum mengenal diri ini ..
PERTEMBUNGAN SESAMA BANGSA YA'JUJ . PERANG DUNIA PERTAMA UNTUK BERKUASA NYAWA MANUSIA TIADA NILAI DAN MEMBUNUH ADALAH KEBIASAAN. |
Kekejaman bangsa Ya'juj ini berterusan dari Perang Dunia Pertama hingga Ke Dua . Kini mereka sudah mengetahui asal usul mereka secara samar samar , dengan itu mereka bersepakat dan bersengkokol untuk memerangi Islam.Perasaan cemburu dan iri hati serta sifat tidak berperikemanusiaan masih tebal dihati dan sanubari mereka. Dengan percaturan yang teliti serta berselindung mereka menggunakan kuasa PBB atau NATO untuk menghancurkan dunia Islam dan agama Islam.
KINI BANGSA YA;'JUJ DAN BANGSA MA'JUJ MENGUASAI PERTUBUHAN INI DAN HAMPIR KESEMUANYA ANGGOTA MEREKA MEMPUNYAI KUASA ' VETO'. DIMANAKAH KUASA NEGARA ISLAM?? |
PERTUBUHAN RANTAIAN TENTERA YA'JUJ YANG MEMPUNYAI AKSES UNTUK MENGHANCURKAN NEGARA ISLAM YANG TIDAK TUNDUK KEPADA ARAHAN 'YA'JUJ'. |
PEMBUNUHAN TERANCHANG DAN PENGHANCURAN NEGARA ISLAM IRAQ OLEH AMERIKA |
HURU HARA YANG DIRANCANG UNTUK MELEMAHKAN KUASA ISLAM DI MESIR UNTUK MEMISKIN NEGARA DAN MELEMAHKAN SOKONGAN TERHADAP PALESTIN. |
MENGGULINGKAN GHADAFI SERTA MENGUCAR KACIRKAN LIBYA TELAH MEMBAWA KEPADA PEMBUNUHANNYA DAN KINI NEGARA LIBYA BELUM LAGI STABIL DAN INI SANGAT DIINGINKAN OLEH TENTERA YA'JUJ YANG BERMAIN SECARA ' DIBELAKANG TABIR'. |
SYRIA ADALAH MANGSA BANGSA YA'JUJ SETERUSNYA. PERMAINAN SECARA HALUS YA'JUJ TELAH MENCETUSKAN KETIDAKPUASAN HATI SEGELINTIR RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH. |
Olih itu beringatkah wahai orang Islam . Sesungguhnya didalam sahadah kita melafakan :-
" ASSHADUALAILKAHAAILALLAH WA AASHADUANA MUHAMMADDA RASULLULAH"
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku Muhammad Rasul Allah.
No comments:
Post a Comment