Bismillahhirrahmannirrahim.
Ketirisan dana awam atau kehilangan dana awam seperti yang dinyatakan dalam laporan Audit, samaada kerana pembaziran, bayaran tak teratur atau ada 'kelibat" yang menyebat duit ini, tak siapa tahu dan tiada tindakan.
Adakah Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang bertaraf menteri sudah hilang "taring' atau sudah dijinakkan olih Ismail Sabri?
Cakap Anwar ni berdegar degar kat Parlimen tetapi tiada tindakan langsung yang diambil terhadap "kehilangan" Wang rakyat RM620 JUTA yang berlaku dibawah kerajaan Mahiaddin pada tahun 2020.
Atau adakah kedudukan pembangkang yang disandang Anwar juga tak mampu untuk menekan Mahiaddin mahupun Menteri Kewangannya?
Kenapa Anwar Ibrahim mahupun blok pembangkang tidak membuat laporan polis terhadap kehilangan Dana awam RM 620 juta seperti yang diulas.olih Ketua Audit?
Atau adakah CSA yang dipersetujui olih Anwar dan PH telah menghadkan kuasanya sebagai Ketua Pembangkang , atau Anwar merasakan beliau juga sebahagian dari Kerajaan Ismail Sabri yang berjenama 'keluarga Malaysia'?
Tak tahu Anwar ni nak junjung mana satu, Pembangkang atau Kerajaan atau seronok berada didua alam?
Nampaknya tak ada apa yang bolih diharapkan!
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment