Saturday, 20 November 2021

THE PROMISED LAND: KEMENANGAN INI ADALAH PERMULAAN KERAJAAN MAT HASSAN DAN NAJIB:

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kemenangan bergaya yang diraih BN dan UMNO seperti yang saya dituliskan pada post 3 November adalah satu"petanda keramat" buat negara ini.

Kemenangan UMNO dan BN yang diraih dan yang akan membentuk Kerajaan di Melaka adalah cerminan kejayaan Mat Hassan sebagai strategis dan Najib sebagai pelaksananya. 

Dan mereka berdua juga bakal mencorak kemenangan dalam menerajui jentera BN dan UMNO sekali lagi pada PRU 15 nanti.

Inshaallah.

Seperti yang saya tuliskan diposting terdahulu , saya ibaratkan bahawa kedua watak ini iaitu Mat Hasan dan Najib adalah sebagai "keris taming sari'" dan 'keris bujur tersangkut". 

Alhamdullilah..bergelimpangan semua musuh mereka, samaada yang berada didalam UMNO mahupun dipihak parti lawan.

PKR lebur, PAS lebur, Gerakan lebur, Amanah kekal 1, Bersatu menang 2 dan DAP tinggal 4 kerusi, selainnya disapu bersih olih BN terutama UMNO. 

Tetapi apa yang pasti parti Mahiaddin dan Hadi Awang iaitu Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan yang diketuai olih Anwar Ibrahim yang berpanglimakan Guan Eng, semuanya kecundang atau kalah teruk.

Terlebih malu adalah Anwar Ibrahim dari PKR dan Haji Hadi dari PAS kerana semua kerusi yang ditandingi mereka semuanya lebur.

Sebenarnya kemenangan ini adalah puncak kekalahan kepada kluster Menteri UMNO yang dipimpin Ismail Sabri yang selama ini berpaksikan kepada Mahiaddin mahupun Bersatu atau PPBM. 

Imbau kembali apakah pendirian mereka.mereka.ini iaitu Kluster Menteri UMNO sebelum BN atau UMNO mahu bertanding solo!!

Untuk itu menjadi satu kemaluan besar buat mereka dari  kluster Menteri UMNO untuk meraikannya kemenangan yang diusahakan olih kelompok yang cuba mereka ketepikan selama ini atau kelompok yang dipandang sebelah mata ini.

Inshallah kegusaran, perasan gundah gulana pasti terbayang disanubari mereka sekarang ini.

Walaupun Mat Hassan dan Najib bermati matian berjuang diMelaka, yang dibantu olih beberapa kerat Ahli UMNO yang berhati waja yang terdiri dari kelompok yang tidak memegang jawatan didalam Kerajaan namun mereka berjaya menterbalikan senario politik diMelaka.

Walaupun ada Menteri UMNO yang datang hanya sekadar "menjamah di Melaka"  tetapi kehadiran mereka hanya sekadar datang sebagai memenuhi syarat . Mereka hanya datang untuk melepaskan.batuk ditangga saja. Begitu lah keadaannya.

Walauapapun.seawal.3 November 2021 telah saya terjemahkan keputusan bahawa UMNO akan  menang bergaya pada PRN Melaka. Semuanya ternyata benar dan sekali.gus kemenangan ini merencatkan perancangan musuh yang berada didalam selimut UMNO yang berbantal empuk yang disediakan olih Bersatu atau Mahiaddin.

Untuk itu tahniah buat Mat Hassan dan Najib..

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment