Saturday, 20 November 2021

THE PROMISED LAND: ISMAIL SABRI PERASAN KELUARGA MALAYSIA YANG MENANG DIMELAKA., HAHAHAH 🤣🤣🤣

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kejatuhan BN dan Najib pada PRU 14 telah saya tuliskan sebelum kejadian kejatuhan begitu juga dengan kejatuhan Mahathir yang hanya kekal tidak melebihi 3 tahun juga dipaparkan sebelum kejadian, begitu juga dengan kejatuhan Mahiaddin juga telah dinyatakan sebelum kejadian, jadi maksudnya, semuanya berlaku seperti yang diperkatakan..

Olih itu kebenaran yang mana satu yang mahu dinafikan!!!!

Allahhuakbar!!!

Untuk itu Ismail Sabri tak payahlah sembang lebihlah tentang Keluarga Malaysia kau tu. 

Bukankah Perikatan Nasional tu sebahagian dari Kerajaan Keluarga Malaysia yang kau canang tu tetapi kenapa pada PRN Melaka, penyokong Bersatu dan PAS tidak langsung mendukong "Keluarga Malaysia kau" tetapi sebaliknya mereka menjadi seteru BN/UMNO pada semua peringkat DUN Melaka?

So.. adakah Keluarga Malaysia kau bolih dibawa ketengah sedangkan sekutu kau dalam PN pun mereka tak sokong saran kau.

Jadi, jangan sembang lebih sampai terlanggar tiang lampu..k.

Kemenangan BN diMelaka sebenar diterajui olih dua watak ini iaitu Tok Mat Hassan dan Najib dan juga bukan Zahid Hamidi. 

Kemenangan ini tiada kaitan langsung dengan Kerajaan Keluarga Malaysia bawaan Ismail Sabri yang mentadbir Puterajaya sekarang kerana Kerajaan Persekutuan  didukong olih Perikatan Nasional dimana PPBM@Bersatu dan PAS adalah tunggak terbesarnya.

Kepada kluster Menteri UMNO yang lain jangan cuba nak ambil credit dari kemenangan ini.

Seperti yang saya blogkan terdahulu bertarikh 3 November 2021, kemenangan bergaya BN telah saya katakan.

Alhamdullilah...benar belaka!!! terimakasih Allah SWT.

Kini permulaan kepada keretakkan kelompok didalam Pakatan Harapan serta Perikatan Nasional sedang "berjalan".

Tuding menuding sesama mereka sedang berlaku begitu juga dengan PN. Keserasian yang dikata 'telah terbentuk' diantara mereka kini mula terbarai.

Kesangsian terhadap ketokohan Anwar Ibrahim dalam menerajui kelompok Pakatan Harapan sedang dipertikai.. 

Ketetapan kemungkinan untuk menggunakan lambang parti sendiri didalam menghadapi PRU 15 semakin jelas.. dalam pertimbangan mereka terutama PH dan PN.

Begitu juga dengan PAS, kemungkinan untuk menggunakan logo sendiri berbanding logo Perikatan Nasional pada PRU 15 juga sedang dipertimbang dengan serious olih kepimpinan tertinggi PAS.

Katak katak' kluster UMNO serta katak' kluster PKR yang melompat kekolam Bersatu juga sedang kepanasan dan sudah mula menggaru diri sendiri seolah olah badan tergesel dengan miang rebung kerana parti mereka terbenam di PRN Melaka.

Walaupun terang dan nyata bahawa jutaan Ringgit dana PN telah terlebur di Melaka namun semua orang pelik bagaiman Perikatan Nasional hanya berjaya menjadi Kerajaan hanya selama 17 bulan, tetapi amat muskil bagaimana kelompok Bersatu ini mempunyai dana yang besar dan andaian rakyat semestinya Dana yang diperolehi semestinya melalui jalan "rasuah" atau salah guna kuasa, bak kata Lokman Adam, 'kontrak direct nego' diagihkan kepada geng mereka.

Ternyata diPRN Melaka, wang Ringgit bukan lagi ukuran untuk mencapai kemenangan.

Begitu juga dengan beberapa kerat Kluster Menteri UMNO, mereka juga kepanasan dengan kemenangan kelolaan gandinganTok Mat Hasan dan Najib ini. 

Walaupun kluster Menteri UMNO  mengharapkan agar UMNO menang sedikit kerusi dalam PRN ini agar terpaksa menerima untuk berkerjasama dengan Perikatan Nasional dalam PRU 15, namun, perancangan itu telah diterbalikkan olih "pencatur"yang berada disebalik tabir.

Hahahah 😂😂😂 siapakah itu atau apakah itu????

Pencatur yang sama juga bakal mencorak keputusan pada PRU 15 nanti.

Inshaallah..

Kepada kepimpinan UMNO selain Tok Mat Hassan dan Najib..watak lain yang menonjol ketokohan kepimpinanya adalah Lokman Adam dan Isham Jalil serta beberapa orang lagi. 

Tetapi Asraf Wajidi tak bolih menandingi ketokohan Lokman Adam dan Isham Jalil yang berani kedepan membentes hujahan lawan bagi mewakili generasi muda sekarang.

Syabas Lokman dam Isham..teruskan perjuangan..

Kini pandangan rakyat terhadap Najib sudah berubah. 

Walaupun kelompok Mahathir mahupun Mahiaddin mencuba untuk "menghancurkan" karier dan masa depan Najib dengan memenjarakan beliau diatas kesalahan yang telah dijatuhkan di Mahkamah keatas diri beliau, namun, prasa diperingkat Mahkamah Rayuan mahupun Mahkamah Persekutuan, keputusan bakal menyebelahi kepada Najib,.cuma, usaha ini akan memakan masa sedikit tetapi inshallah.. 

Najib bakal dipersada kuasa bergandingan dengan Tok Mat Hassan dalam Kerajaan nanti tetapi Najib bukan sebagai Perdana Menteri... tetapi... 

Hahahah 🤣😂🤣.lain kali saya bagi tahu!!!

Jangka hayat politik Mahathir dan Mahiaddin bakal terpupus sedikit masa lagi.

Seperkara lagi, peringatan buat UMNO, jangan sekali kali menyuakan Mufakat Nasional lagi. Anggaplah kerjasama atau persefahaman dahulu itu sebagai satu kekhilafan yang membawa "malapetaka' dan kerjasama itu tidak perlu diteruskan lagi.

'Janji atau kemenangan  PRU 15 yang tertangguh' ini hanya berkuatkuasa sekiranya PAS tidak bersama' tetapi sekiranya sebaliknya berlaku, janji ini terbatal dengan sendiri seperti mana janji kami terhadap KJ,KKM dan Ismail Sabri yang telah melanggar 'protokol' dan kami melepaskan janji kami dari "terikat".

Adakah situasi  Covid-19 bertambah baik selepas 'janji kami' terbatal? pada 18 Oktober lalu? Fikirlah...

Apa yang terjadi dan bakal berlaku adalah tanda kemenangan kepada Najib!!

Seperkara lagi, Pendakwa Raya yang mendakwa Najib bakal "kecundang' dalam perjalanan kerana aturan alam dan kejadian ini bakal membawa kekecewaan kepada Mahathir and the Group dan dengan mereka yang seangkatan degannya iaitu mereka mereka yang suka menabur kata kata penghinaan dan cercaan terhadap watak yang dibawa olih diri yang "diberikan" nama " Najib Razak'.

Cukup setakat ini dulu..

Cahaya Al Majid.







No comments:

Post a Comment