Friday 27 April 2012

MIRACLE HAFIZ 'BRAIN TUMOR' YANG DI 'ANGKAT' ALLAH










ASSALAMMUALAIKUM


BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM


Semua yang ditulis adalah benar hanya Allah SWT sebagai saksi.


Sepanjang perjalanan yang aku tempuhi sangat berbeza rasanya, namun keyakinan aku terhadap perancanaan Allah SWT  terhadap perjalanan aku telah membuatkan diriku semakin hari semakin tabah didalam menempuh segala dugaan .


Hafiz adalah anak kepada jiran aku. Keluarga beliau baru saja berpindah ke sini dari Kuala Lumpur. Umur beliau lebih kurang 23 tahun pada waktu itu.Aku tidak mengenali pemuda ini tetapi 'sejarah' kesihatan beliau telah disampaikan kepada aku olih dua orang puteri aku yang masih lagi disekolah menengah. Kedua-dua anak aku mengenali pemuda ini serta keluarganya. 'Abang Hafiz' adalah panggilan anak aku kepadanya. Aku diberitahu bahawa Hafiz menghidap 'brain tumur' dan telah pun menjalani pembedahan pertamanya sewaktu beliau di Kuala Lumpur lagi. Perjalanan kehidupan Hafiz bertukar corak selepas operation.


                                                   FOTO PEMBEDAHAN OTAK


Puteri aku memberitahu bahawa Hafiz selalu mengalami 'pass out'  dan akan berlaku pada bila-bila masa saja. Oleh itu pergerakan beliau  dipantau oleh ibubapanya dan adik-beradik beliau. Memandangkan keadaan kesihatan beliau tidak menentu yang disebabkan oleh implikasi pembedahan maka kini sepanjang hayat beliau, 'kehidupan' nya hanya bergantung kepada ubat-ubatan hospital .Untuk beliau melalui sekali lagi pembedahan maka risikonya teramat tinggi, beliau berkemungkinan akan hilang penglihatan untuk selama-lamanya atau nyawa yang menjadi sempadan. Mendengarkan kisah Hafiz itu,  aku amat tersentuh hati dan bersimpati denganya. Puteri aku meminta agar aku dapat membantu untuk meringankan bebanan yang ditanggung Hafiz.  Memandangkan kedua-dua puteri aku amat perihatin dengan 'nasib'  yang menimpa Hafiz lalu aku bersetuju dengan permintaan kedua-duanya.


Pada keesokkan malamnya Hafiz datang kerumah aku. Beliau menceritakan segala-galanya kepada aku tanpa berselindung. Segala sejarah 'hitam' dan 'putih' yang dilaluinya diceritakan kepada aku. Memandangkan sejarah perjalanan beliau sebelum ini terlalu banyak 'negative' terhadap orang yang disayang dan juga terhadap orang lain, maka, pada malam itu aku meminta beliau agar memohon keampunan seiklas hati daripada kedua-dua ibubapanya. Kata aku lagi, sekiranya 'permohonan' aku ini dapat dipenuhi oleh Hafiz maka perjalanan untuk prasa kedua yang bakal beliau lalui akan menjadi lebih mudah. Itulah kata 'kunci' aku kepada beliau pada malam itu.


Keesokkan malamnya Hafiz datang sekali lagi kerumah aku. Beliau memberitahu aku bahawa segala apa yang aku suruh dan minta beliau lakukan sudahpun dilaksanakan.Lalu aku tanyakan apakah perasaan beliau ketika ini. Dengan linangan air mata Hadiz memberitahu aku bahawa beliau amat menyesali segala perbuatan yang beliau lakukan dahulu dan kini beliau ingin kembali kejalan yang benar yang diredai Allah SWT. Pada malam itu bermulalah kisah perjalanan Hafiz dibawah sayap aku dan perkara pertama yang aku minta beliau lakukan ialah 'bertaubat', memohon keampunan daripada Tuhan Semesta Alam, Tuhan Yang Maha Suci. Hampir pada setiap malam aku menghabiskan waktu mendidik Hafiz.


Berbulan berlalu , apa yang aku sampaikan bepada Hafiz dilakukan dengan sebaik mungkin tanpa merasa jemu. Alhamdullilah, didalam kesabaran melakukan apa yang diwajibkan keatas beliau, kini, Allah SWT telah 'mengangkat' sedikit kesengsaraan itu. Sekiranya sebelum ini beliau agak kerap 'pengsan' tetapi kini beliau boleh menarik nafas lega. Kejadian pengsan sudah tidak sekerap dahulu. Kalau dahulu setiap dua jam beliau akan pengsan tetapi kini dalam dua tiga hari hanya sekali saja beliau akan pengsan. Memandangkan 'ganjaran' awal sudah dilimpahkan kepada beliau, maka pelajaran seterusnya adalah 'prasa tiga' .


Alhamdullilah, Allah SWT Maha Agung , Maha Kaya, Tuhan Langit dan Bumi, kini kehidupan Hafiz sudah jauh berbeza. Kesihatan beliau pun sudah bertambah baik dan simptom pengsan secara tiba-tiba sudah tiada lagi. Beliau pernah mengadu kepada aku, katanya, 'tumur' yang terpahat dilingkaran otak beliau masih lagi disitu tetapi pembesarannya sudah tidak berlaku lagi .Para doktor yang merawat kagum dengan perkembangan ini.


Kalau dahulu beliau akan pengsan sewaktu sedar tetapi kini perkara itu hanya berlaku ketika beliau tidur. Kalau dahulu beliau selalu melalui detik hitam didalam perjalanan hidupnya tetapi kini semuanya sudah berubah dan hanya Allah SWT yang menjadi saksi. Kini beliau hanya akan pengsan sekiranya beliau melakukan 'kesalahan; 


Nota : Kisah penuh perjalanan hidup Hafiz sebelum adanya 'tumur', kisah hitam dengan keluarga, kisah suka dan duka apabila dipinggirkan oleh ibubapa dan saudara terdekat, serta miracle Allah SWT Yang Maha Agung, tersingkap didalam buku, dan kejadian ini boleh dijadikan 'iktibar' kepada semua pembaca.



1 comment:

  1. Satu miracle keagungan Tuhan..
    AlHamdulillah... Sukran3...

    ReplyDelete