Sunday 6 May 2012

KONSPIRASI AL SAMIRI ATAU DAJJAL SIAPA DIA?



BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM


"sesungguhnya aku menyembah Kau Ya Allah dan tidak mempersekutukan Kau dengan sesuatu pun didalam ibadahku terhadap Mu"


ASSALAMMUALAIKUM


Alhamdullilah, saya baru mengikuti program Al Kulliyah yang dipaparkan melalui U Tube yang saya perolehi melalui saranan blog Afterdark. Sebenarnya saya belum lagi ingin memperkatakan tajuk "Super Power dan Kedatangan Dajjal" yang diperbincangkan oleh sesetengah blogger termasuk juga dari tetamu Al Kuliyah ini  iaitu Jerry atau nama Islamnya Hj Abd Rahman yang berasal dari Amerika , bekas ahli tentera Amerika.


jajahan new world order
Topik yang dibincangkan adal mengenai' perancangan superpower dan "Dajjal" ' berhubung bagaimana keinginan mereka untuk memerintah dunia melalui 'proksi' yang bertunjangkan kepada "Master' yang menjadi musuh kepada mereka yang' beriman kepada Allah SWT" dan menjadi sahabat kepada mereka yang mengikut telujuk "Master" melalui 'proksi"mereka. 


kemewahan terlampau
Manusia ketika ini didambakan dengan berbagai-bagai 'fantasi' keindahan dunia. Harta kakayaan, wang ringgit, kuasa dan sebagainya menjadi keutamaan kepada setiap manusia. Berlumba-lumba mereka mencarinya tanpa had dan batas. Ada cara yang yang dihalalkan dan ada juga cara yang tidak benarkan, tetapi semua itu   tidak mengusarkan hati dan perasaan pelakunya. Tetapi bukan semua manusia akan merasai kemewahan yang disebutkan. Allah SWT telah menjadikan manusia ini berjenis-jenis dan berbangsa-bangsa ada yang kaya dan juga yang miskin, ada yang baik dan juga yang jahat, semuanya adalah diatas kehendak Tuhan. Dikalangan kelompok manusia itu juga ada yang Allah SWT tunjukkan jalan yang benar dan ada juga yang sengaja Allah SWT sesatkan, semuanya adalah ketentuanNya. Bagi mereka yang mendapat rahmat Allah SWT maka selamatlah mereka dan bagi mereka yang tidak menerima rahmatnya maka tunggulah harinya.


pemburuan manusia akhir zaman
Kalau disingkap kembali didalam Al Quran , hanya watak Firaun yang digambarkan sebagai musuh kepada kaumnya dan watak ini muncul dikala munculnya manusia yang diangkat Allah SWT sebagai Nabi iaitu Musa a.s.. Baginda dipelihara oleh keluarga Firaun melalui perancangan Allah SWT dimana ibunya terpaksa melepaskan Musa a.s didalam bakul dan dihanyutkan didalam sungai tetapi dengan perancangan Allah SWT ianya singgah diistana Firaun lalu diambil oleh isteri Firaun lalu dibelanya. Begitulah kisahnya Musa a.s. dalam keluarga  Firaun bermula.


Sewaktu Musa a.s. naik  ke Gunung Sinai untuk menerima wahyu dari Allah SWT, maka tinggallah saudara kandungnya Nabi Harun diperkumpulan mereka. Pada ketika itu kejadian besar terjadi dimana watak Samiri telah diujudkan untuk menyesatkan pengikut yang setia menuggu kepulangan Musa a.s..  Samiri dengan kehebatnya telah menjadikan patung lembu yang diperbuat dari pasir bekas tapak kaki Jibrail a.s. dan akhirnya lembu itu pandai berkata-kata. Siapakah Samiri ini? sehinggakan dia boleh membezakan mana manusia dan siapa Malaikat. Kehebatan ini tidak tertanding oleh manusia biasa.
Mount Sinai


Apabila Musa a.s. turun setelah menerima wahtu Tuhan, maka baginda amat terkejut dengan kejadian dimana pengikutnya telah 'menyekutu" Tuhan Yang Esa dengan Lembu yang berkata-kata. Baginda amat sedih dengan peristiwa itu.  Allah SWT befirman didalam Al Quran dan mengatakan melalui kata-kata Musa a.s " Hai Samiri, sesungguhnya kau berkuasa didunia oleh itu pergilah kau dari sini'. 'Kenapa Musa a.s. membenarkan Samiri berlalu bagitu saja tanpa dihitung kesalahannya?


kebiadapan belaci Al Samiri
Berbalik kepada cerita Firaun,  melalui transisi yang dilalui oleh Musa a.s di Gunung Sinai maka bersiap sedialah Musa a.s. untuk berdepan dengan Firaun atas kehendak Allah SWT dan akhirnya Allah SWT membenarkan Musa a.s dengan 'Mukjizat' yang akhirnya mengalahkan kejahatan manusia yang bernama ' Firaun'. Selepas kejadian Musa .a.s berdepan dengan Simiri, sehingga akhir ayat  Al Quran tiada watak ini disebut kembali. ' Kemana Samiri". Inilah persoalan yang besar yang perlu dijawap.


Ingat!! Firman Allah SWT didalam Al Quran : Hai Samiri, sesungguhnya kau berkuasa didunia oleh itu pergilah kau dari sini".Manusia hanya boleh mengatakan segala sesuatu berhubung kes Dajjal ini, tetapi satu perkara yang perlu kita ingat, ' hanya Isa Al Masih Putera Mariam Al Majid saja mengenal nya'. 


proksi 'master'
Perkataan ' Dajjal" membawa maksud 'fitnah'. Kita  sehinggakan fenomena ini telah menjadi 'trend' atau gaya masa kini begitu juga dengan 'dunia' negara Islam. Kesemuanya hancur akibat dari 'fitnah". Siapa kah yang menabur "fitnah' ini. Ini menandakan 'fitnah' atau 'Dajjal' telah berleluasa.' Fitnah atau Dajjal" sudah tidak terkawal dan keadaannya sangat membimbangkan. Kita singkap semula kisah Nabi Isa a.s.. 
baginda terpaksa Allah SWT angkat naik kelangit kerana 'fitnah" atau " Dajjal" yang dimainkan oleh kelompok 'ulama" Yahudi sehinggakan baginda ditangkap dan dipenjara . Hukuman yang ditentukan oleh pemuka " Yahudi" adalah salib, tetapi Allah SWT melalui perancanganNya Yang Maha Mengetahui telah menukarkan baginda dengan seseorang yang serupa wajahnya dengan Baginda, lalu Isa Al Masih diangkat kelangit.


Fitnah yang terbesar ketika ini adalah melalui Al Samiri yang disampaikan kepada 'proksi-proksi'nya yang secara langsung bertujuan untuk menidakkan 'Keesaan Allah SWT" Tuhan Maha Besar, Tuhan Langit dan Bumi dan Pencipta Segala Kejadian' . Penceritaan melalui hadith-hadith dan juga dari pengkajian serta 'pandangan' golongan 'sufi' diterjemahkan secara ilmiah tetapi 'tiada siapa tahu' bila , bagaimana dan dimana? Al Samiri sememangnya berkeinginan untuk 'mengaku dirinya' sebagai Tuhan, tetapi adakah ini akan terjadi atau berlaku?


Ya Allah lindungi kami 
Kita harus menerima hakikat bahawa segala sesuatu yang terjadi mengikut yang dirancang oleh Allah SWT dan semuanya tertulis di 'Luh Mahfus". Perancangan Allah SWT tiada siapa yang tahu. Tetapi bagi mereka yang beriman dengan Al Quran Allah berfirman " Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka merubahnya sendiri". Oleh itu Allah SWT memberi pilihan kepada kita , sekiranya kita ingin merubah, maka, ianya terpulang kepada kita' selainnya serahkan kepada Yang Maha Esa.


Berhubung dengan kes 'fitnah' atau 'Dajjal' ini kita boleh merubahnya. Kita harus memulakan dengan perubahan dengan diri sendiri, anak isteri, keluarga terdekat, jiran tertangga' sahabat handai dan masyarakat keliling. Sekiranya kita benar-benar beriman dengan Allah SWT, semuanya tidak mustahil akan menjadi baik. oleh itu bermulalah dengan diri sendiri.


dengan doa Al Masih jentera ini pasti jatuh
Berhubung dengan Al Samiri dan kuncu-kuncunya yang merancang "fitnah" atau 'Dajjal" kepada manusia dan juga Tuhan  Yang Maha Esa, maka persoalan ini kita serahkan kepada Pemimpin Yang Di Nanti Al Masih Putera Mariam Al Majid yang akan disertai oleh Pemuda Yang Memegang Panji-Panji Hitam dari Timur. ( Panji-panji hitam yangf dimaksudkan adalah mereka-meraka yang memakai "songkok" berwarna hitam", lambang orang MELAYU yang suatu ketika dahulu dipakai pada setiap hari, tetapi kini sudah ditinggaklan sedikit demi sedikit dan kini secara perlahan bertukar kepada "kopiah' putih yang menyamai 'kopiah' Yahudi. Maaf kerana keterlaluan berkata-kata tetapi ini adalah hakikat.)
dengan doa Al Masih ini akan musnah dgn sendiri


Kepada mereka-mereka yang gusar dengan persenjataan yang canggih yang dicipta oleh kelompok ini berserta dengan teknologi baru mengesan seseorang, jangan takut, kerana mereka yang dipileh Allah SWT akan sentiasa dilindungi dan yakinlah dengan "Doa" orang yang kita nanti-nantikan akan merubah segalanya. Kalau dizaman Musa a.s bermacam-macam mukjizat Allah SWT izinkan begitu juga dengan kedatangan yang terakhir ini 'tiada' satu dapat menandinginya.


Sebagai manusia, saya  yang kerdil inipun  telah Allah SWT anugerahkan dengan bermacam-macam rahsia dan kelebihan ,peristiwa  dengan para sahabat yang saya postkan diblog ini, peristiwa besar September 11, kembalinya kerahmatullah Allahyarham Tun Gaffar Baba dan President Indonesia Gusdur, Tsunami Acheh dan gempabumi serta keputusan PRU 12 Malaysia dan kemangkatan Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan semuanya telah di"khabar ghaib' kan kepada saya , inikan pula kelebihan Pemimpin Akhir Zaman, tentulah melebihi dari segala-galanya.


Kenapa saya katakan begini, kerana saya  adalah manusia seperti kamu jua , makan minum, tidur, berkerja, berkeluarga dan semuanya tetapi yang membezakan kita adalah amalan dan keimanan kita serta lafas janji kita kepada Yang Maha Esa Ya Yabb.  Sekiranya saudara saudari sudah melayai semua post saya yang terdahulu, saya pasti saudara memahami kenapa saya menuliskan penyataan yang terkandung ini.


Hanya satu permintaan saya ' Ikutlah Al Quran dan Sunnah Rasul' inshaallah kita semua akan mendapat kerahmatan dari Allah SWT Tuhan Yang Maha Agung, Al Majid.


                                                         -Wasallam-




















5 comments:

  1. Teori dah ok dan seronok. Tiba2 selit songkok dgn kopiah daa.. so narrow-minded.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe..ntah dari mane die cedok pastu tokok tmbh. Dh la firman Allah pn main bubuh ikut sedap die aje. Surah ape ayat berape pn xde. Hmm..jentik telinge tau la.

      Delete
    2. betul la apa yg penulis tu tulis...x payah la nk jentik jentik telinga org..jentik telinga sendiri dulu

      Delete
  2. ANTARA NABI MUSA AS DGN SAMIRI MASING2 DGN KEHEBATAN TERSENDIRI... Ada juga kedengaran dari seorang pencerita meriwayat kesah Musa dgn Samiri, kedua2 mereka sama2 Bani Israel, lahir pada tarikh yg sama. Koq mungkin kelahiran mereka berlainan tempat dan masa. Maka kelahiran mereka masing2 dikurniakan bakat2 dan kehebatan tersendiri, tapi tidak sehaluan lagi berlawanan. Apabila telek nujum ToKSami2 Firaun meramalkan akan lahir bayi lelaki dari Bani Israel yg akan menumbangkan empayar Firaun, maka atas perintah Firaun mana2 bayi lelaki dari Nabi Israel baru lahir mahulah dibunuh mati....

    Karna itu ibu Musa dan ibu Samiri bimbang atas keselamatan anak2 mereka, maka masing2 ibu berikhtiar dgn cara tersendiri utk keselamatan anak masing2. Diceritakan oleh karna Ibu Musa panik kelam kelibut mendengar Musa asyik menangis ditkuti dikesan, ibu Musa meletakkan bara api kemulut Musa, hingga lidah Musa tercacat. Sebab itu percakapan lidah Musa telo bunyinya. Maka sebab itu Musa mohon pada Allah bukakan simpulan lidahnya agar bisa lancar berseru kepada Firaun (Surah Taha). Musa dihanyutkan oleh ibunya dlm bakul diSungei Nil hingga dipungut oleh isteri Firaun, lantas beliau dijadikan anak angkat Firaun. Manakala Samiri disambar oleh Jibrael lantas dijadikan anak angkat Jibrael. Koq sebab itu Samiri bisa bikin Patung Sapi meluak bersuara....

    Maka Musa dgn Samiri dianugerahkan oleh Tuhan, masing2 dgn kehebatan tersendiri. Musa dgn Mukjizatnya bisa tumbangkan kesaktian sihir2 Firaun, membelah lautan dsbnya lagi. Musa bawa jalan kebeneran, menyelamatkan ummatnya dari penindasan perhambaan Firaun dsbnya lagi, menyeru ummatnya kejalan kebeneran. Manakala Samiri bawa jalan berlawanan jalan kesesatan. Lama punya lama menunggu Musa bermunajat diBukit Tursina tiada bawa jawaban, hingga ummatnya jadi bosan. Lantas Samiri ambil kesempatan, dikutip emas2 lalu dilebur atas bekas tapak kaki Jibrael. Kapan siap diseru oleh Samiri lantas Patung Sapi ciptaannya bisa menguak bersuara. Maka ramei ummat Musa sudah terpesona dgn kehebatan Samiri. Maka warisan Samiri koq bersamaan TokSami2 Hindu yg juga sama2 menyembah Patung Sapi...

    IMAM ALMAHDI DGN PEMUDA BANI TAMIM... Ciri2 Dajjal AlMasikh serta Yakjod Makjod pada sesuatu zaman itu bentuk2 kejahatannya berbeda2. Begitu juga bentuk2 kezaliman Firaun dan kesesatan Samiri. Maka ciri2 Musa AS dgn Harun AS menentang kesyirikan kezaliman Firaun, kesesatan Samiri dll lagi, diAkhir Zaman ini bakal berulang recycle semula. Mereka diazab oleh Allah Rabbul Jalal dlm bentuk siksa yg berbeda2. Jika Firaun ego dgn kuasa dinastinya, bangga dgn kehebatan bangunan2 Piramidnya, akhirnya Firaun serta bala tenteranya mati lemas tenggelam diLaut Merah dgn Mukjizat Tongkat Pusaka Nabi Musa AS. Jika Dajjal AlMasikh ego bertahta merampok harta Ahlulbait dibumi Arab, bangga dgn Mekah Tower mereka, tunggulah kedatangan azab Allah AlQahar AlHakamu sudah semakin dekat. Makanya tentera AsSufyani pula bakal tenggelam kojol mati dihimpit ditelan bumi, dgn Mukjizat2 IMAM ALMAHDI AS, serta keramah2 para walinya, mereka itulah PEMUDA BANI TAMIM....

    KEPADA MUSLIMIN MUSLIMAT SELAMAT BERBUKA PUASA.
    SELAMAT NIKMATI AIS CENDUL PULUT DARI INDON UMMMM....

    ReplyDelete
  3. Lima (5) hari lagi bulan Ramadhan Dunia Islam akan jalani Ibadah Puasa.
    Berbuka Puasa - Jangan ingat ais Cendol Pulut comaan berada diIndonesia.
    DiMalaysia ais Cendol Durian lagi sodap rasanya bener2 penghilang dahaga..
    Rasol Melayu ditangkap sedang makan mee maggi dibulan puasa itu pun ada..

    ReplyDelete