Thursday 26 July 2012

NASIB MELAYU: ANALISA: KENAPA PAS INGIN MENGUASAI PUTRAJAYA DAN KENAPA UMNO BERKERAS MEMPERTAHANKAN PUTRAJAYA

HANYA PAS DAN PENGIKUT TEGARNYA SAJA YANG AKAN MELAKUKAN PERKARA BEGINI UNTUK  MEROBEK TEMBOK KEAMANAN MALAYSIA UNTUK MEMERINTAH. IBARAT KATA NIK ABDUH ' WALAUPUN DENGAN DARAH' 
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Putrajaya pusat pentadbiran bagi Kerajaan Malaysia, sebuah kota yang didirikan dari inspirasi Tun Dr Mahathir, Bapa Permodenan Malaysia alaf baru.Pada suatu ketika dahulu, pembinaan pusat pentadbiran ini dibangkang dan ditentang oleh Pembangkang terutama PAS yang pada suatu ketika pernah meluahkan bahawa sekiranya mereka berjaya  merampas 'Putrajaya", maka ' Putrajaya' ingin mereka lelong mengikut citarasa mereka. Disini terawal lagi kita dapat mentaksir  bahawa Parti tersebut tidak mempunyai perancangan  atau pun wawasan sekiranya dapat 'menawan' Putrajaya", yang terlintas difikiran Pemimpin Tertinggi mereka adalah ' melelong' untuk ditukarkan dengan 'nilai matawang., itulah ' zuhud' Pas.

Kini Pas bermatian-matian ingin menawan Putrajaya bersama-sama dengan rakan sebantalnya PKR dan DAP walau dengan apa cara sekalipun. Ini dapat dibuktikan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh anak nik Aziz iaitu Nik Abduh ketika menyampaikankan ceramah baru-baru ini. Dengan bersandarkan kepada 'wahyu'  yang diterimanya yang dikatakan diterima  terus dari "Tuhan" nya.yang mahukan PAS menawan kota "Putrajaya'  mengikut cara Pas waima kalaupun terpaksa melalui darah. Statement yang dibuat olih Nik Abduh sangat berbahaya sekali. Kalau dianalisa secara rawak kinginan Pas untuk menawan 'Kota Putrajaya" bukanlah secara demokrasi tetapi melalui kekerasan. Ini menunjukkan kebiadapan Nik Abduh didalam mencurahkan 'keinginan' secara beracun kepada ahli-ahli Pas yang taksub.
Mana mungkin Pas berjaya untuk menerajui Putrajaya atau menjadi 'abang sulung' didalam 'pernikahan haram' yang dimeteri dengan PKR dan DAP. Mengikut statistik atau perancangan Pas, mereka hanya akan bertanding kurang daripada 80 kerusi Parlimen, mana mungkin Pas bolih menjadi 'taiko' kepada ' persekutuan' ini. Tetapi DAP dan juga PKR masing masing ingin bertanding dengan jumlah kerusi yang sama banyak. Memandangkan pemberian atau pengagihan kerusi juga menjadi perbalahan maka percaturan ini akan memihak kepada BN atau pun UMNO.
                                        


Yang amat meyedihkan adalah Pas menjual nama "Allah" dan "Islam" didalam mencapai cita-cita ini. Apa yang dapat dianalisa, kekuatan Pas tidak terbentuk daripada kesatuan hati-hati pengikut mereka tetapi pengikut mereka terpesong dengan ' lelongan' jualan murah nama Islam dan Allah didalam perancangan menuju Kota Putrajaya. Berlainan pula dengan PKR , kekuatan parti ini bukan terbentuk daripada perancangan terbaik pemimpin mereka tetapi pengikut mereka terpersona dengan mainan isu-isu fitnah dan memburukkan peribadi Perdana Menteri dan isteri. Dengan mengangkat beberapa isu yang sememangnya fitnah maka kebanyakan pengikut mereka tanpa benteng keimanan yang kukuh akan terposona atau terpengaruh dengan isu yang sengaja diada-adakan. Dengan berbekalkan isu Anwar Ibrahim teraniya dan didakwa dianiaya parti pemerintah maka tagihan simpati dari orang ramai diruntun.tetapi kebanyakan mereka yang menyertai puak ini terdiri dari mereka mereka yang sememangnya tidak sehaluan dengan parti pemerintah terutama UMNO. Tetapi sejak kebelakangan ini, peratusan mereka yang mendokong secara membabi-buta seakan-akan celik mata dan pendirian mereka sudah mula goyah. Dengan tersebarnya cerita-cerita peribadi yang tidak enak yang didakwa dilakukan olih pemimpin PKR maka pengaruh mereka sudah agak goyah disegala segi.  Kredibiliti pemimpin tertinggi PKR ketika ini berada pada paras 'lemas' dan 'tengelam'punca. Perkongsian kuasa diantara ketiga-tiga 'sahabat' ini akan mengundang perbalahan diantara mereka

Berlainan dengan DAP, sememangnya Cina Malaysia sudah menetapkan hati dan pendirian mereka bahawa  pada PRU 13 ini mereka akan bersatu hati untuk menjatuhkan kepimpinan yang diterajui olih Melayu dengan menggunakan orang Melayu sendiri. Dengan berbekalkan kekuatan pengaruh dari PKR dan PAS maka dengan percaturan ini bagi pandangan mereka akan  berjaya untuk memegang tampuk pemerintahan Malaysia.  Percaturan mereka amat teliti dan tersembunyi. Ketidakpuasan hati mereka dengan beberapa isu-isu yang dianggap tidak berpihak kepada bangsa mereka dijaja dimerata kempen yag dijalankan. Dengan bersandarkan kepada pemimpin PAS dan juga Melayu  PKR mereka merasakan percaturan mereka akan berjaya. Benar, kalau dilihat secara rambang, tentang percaturan mereka ini. Kalau dilihat secara teliti tidak pernah sekali DAP menwar-warkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Apa yang diperjuangkan adalah hak kaum Cina dan kepentingan bangsa mereka sahaja, namun semua ini orang Melayu dipihak PKR dan Pas telah buta hati dan buta mata.

Sekiranya percaturan mereka ini menjadi kenyataan, benar, mereka akan berkuasa, tambahan kebanyakan Billionair dinegara kita berbangsa Cina dan ini menjadi satu kelebihan kepada bangsa mereka.Tetapi mereka terlupa bahawa sekiranya DAP berkuasa dengan menggunakan pengaruh PKR dan PAS maka keadaan negara kita tidak akan aman seperti sekarang ini. Keadaan kucar kacir dan pertembungan diantara parti politik menjadi sensitif. Disebabkan terlampau taksub dengan kuasa maka kestabilan dinegara kita akan terjejas. Mereka beranggapan bahawa sekiranya mereka berkuasa keadaan akan bertambah baik tetapi tidak.. keadaan akan bertambah buruk. Kecelaruan diantara politik dengan anggota pentadbiran Kerajaan akan terjejas teruk. Sebenarnya apabila keadaan ini terjadi bangsa Cina yang akan menanggung akibat yang lebih buruk. Apabila kuasa minoriti berkuasa maka huruhara akan berlaku diserata pelusuk bukan disebabkan politik tetapi Melayu akan bangun menentang apabila ketidakpuasan hati terhadap pemerintah. Pemimpin politik UMNO dan sebagainya tidak berdaya menentang 'kebangkitan' ini. Pemimpin UMNO bukan penyebab kepada kebangkitan ini tetapi ' kesedaran' Melayu terhadap kuasa yang hilang akan menjadi punca. Kedudukan pemimpin UMNO juga tergugat  akibat 'kehilangan' kuasa ini.

Mana mungkin Pas akan menerajui negara ini dengan corak Islam yang dibawa olih Rasullulah s,a,w.  Sewaktu Rasullulah menerahui Mekah baginda tidak dibantu atau pun menerima pertolongan dari bukan Islam didalam pemerintahan Baginda, olih itu bagaimana Pas ingin mencontohi pemerintahan baginda? Sekiranya ini yang diimpikan Pas maka kuasa yang dipegang harus dikongsi dengan orang kafir, olih itu, untuk mencontohi kepimpinan Baginda Rasullulah s.a.w amat jauh sekali , ibarat ' jauh panggang dari api". Pemerintahan cara Islam Pas yang diwar-warkan hanyalah retorik saja..

Apa yang dapat saya simpulkan, perjuangan Melayu Pas dan Melayu PKR hanyalah untuk memberikan kuasa kepada bangsa Cina dan memecahbelahkan melayu dan melemahkan Islam. Itulah hakikatnya.Kebanyakan hak-hak melayu yang dimiliki akan terhapus sedikit-demi sedikit, Peluang perniagaan untuk anak-anak Melayu akan terhapus secara perlahan. Peluang anak Melayu ke IPTA juga semakin mengecil. Kebanyakan biasiswa yang diperuntukan kepada Melayu terhapus dengan mendadak. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum aktiviti Mesjid dihadkan, sebelum Islam disamaratakan, sebelum Melayu menjadi 'melukut ditepi gantang', sebelum melayu kehilangan maruah bangsa', berfikirlah dengan waras, jangan disebabkan kuasa yang sementara, kita mengadaikan apa yang kita miliki...
wasallam...

2 comments:

  1. awak sebenarnya dikelirukan oleh hati adan fahaman sempit awak terhadap Pada dan Islam...
    Putrajaya itu segabai pusat pemerintahan jadi bukan benmda pelik untuk Pas nak tawan P/Jaya.
    Andaikata gunong jerai pusat pemerintahan kerajaan maka kegunong jerailah arah tujunyatak timbul soal kehebatan pembangunan dip/jaya tu!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SalamunAlaykum.
      Itulah yang membezakan 'pandangan' saudara dengan saya. Sedarkah saudara bahawa ' Putrajaya' yang dibangunkan itu merupakan 'gudang' atau' kilang' mengekspot 'Seruan Islam' keserata dunia?? Saudara hanya melihat apa yang "akal 'saudara inginkan tetapi bukan kepada 'ajenda' yang terlebih besar dari ajenda 'kepartian' saudara.Itu yang membezakan tujuan kita.

      Delete