Tuesday 11 September 2012

DR MAHATHIR TERSALAH LANGKAH :SALAH UMNO : RAJA MELAYU TERBELENGU DAN TERIKAT TANGAN :- BOLEHKAH MELAYU BERNAUNG DIBAWAH PANJI KUNING

SEDARKAH KITA TANPA PERSETUJUAN YANG DIPERTUAN AGUNG :SETIAP RANG UNDANG-UNDANG AKAN BERKUAT  KUASA ATAU TERMAKTUB  SECARA AUTOMATIK SELEPAS 30 HARI .
Assalammualaikum.

Sewaktu  era kemerdekaan setiap Raja-Raja Melayu yang berkuasa dinegeri masing masing tidak terkecuali Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan serta Dato" Dato' Undang Yang Empat yang berkuasa penuh dijajahan masing-masing seperti Luak Sg Ujong, Luak Jelebu, Luak Johol dan Luak Rembau telah menurunkan tandatangan mereka untuk persetujuan kemerdekaan dan hak mereka sebagai Raja ataupun Sultan mahupun Raja Jajahan seperti di Negeri Sembilan telah dijamin hak dan kedaulatan mereka dan sebagai gantian menyerahkan kuasa politik kepada rakyat, maka hak dan immuniti mereka dijamin sepenuhnya olih Perlembagaan. Disamping mereka sebagai Raja, Sultan , Yang Di Pertuan Besar dan  Dato' Dato' Undang Yang Empat, status mereka sebagai Raja Raja kepada orang Melayu dan Raja kepada masyarakat kaum lain adalah dijamin sepenuhnya seperti era Kesultanan Melayu terdahulu. Selain sebagai Ketua Agama Baginda juga bertindak memantau perjalanan parti politik agar pertembungan diantara kaum dapat dielakan. Begitulah tingginya status dan taraf Raja Raja Melayu, Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan serta Dato' Undang Yang Empat dahulu.
Setiap draf undang-undang yang ingin dibentangkan terlebih dahulu perlu mendapat perkenan mereka walaupun undang-undang tersebut di'copy paste' sepenuhnya dari Kerajaan British.

Masa beredar, tahun bertukar dan abad berganti begitu juga dengan Raja-Raja Melayu, silih berganti akibat Kemangkatan . Begitu juga dengan Pemimpin politik, silih berganti dari Tunku Abd Rahman Al Haj sebagai Perdana Menteri sehinggalah Dato' Seri Najib bin Abd Razak sebagai pengganti. Begitu juga dengan Kerajaan Negeri, pertukaran Menteri Besar juga terjadi. Sehingga kini sudah 55 tahun kita merdeka. Kalau dahulu kita dikenalai sebagai Semenanjung Tanah Melayu kepada Malaya dan kini Malaysia. Alhamdullilah penyatuan Sabah dan Serawak kedalam Malaysia berlaku juga pada 1963 dan untuk mengingati peristiwa tersebut maka 16hb September adalah hari ulangtahun .

Pada sebelum era kemrdekaan orang Melayu bernaung dibawah satu bendera iaitu UMNO. Penubuhan adalah bertujuan untuk mencapai Kemerdekaan daripada Kerajaan British iaitu Great Britain dibawah naungan Queen Elizebeth. Memandangkan pergerakan politik ketika itu dapat menyatukan keseluruhan masyarakat melayu serta dibantu olih minoriti  lain iaitu MCA yang mewakili bangsa Cina dan MIC mewakili kaum India maka satu persarikatan dibuat untuk tujuan kemerdekaan. Dengan kesepakatan ketiga-tiga parti politik ini maka kemerdekaan dapat direalisasikan pada 31hb Ogos 1957 dan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama ialah YTM Tunku Abd Rahman Putra Al Haj dan dimasa yang sama Pengabungan Kuasa-Kuasa Raja Melayu bersepakat dengan pengiliran kuasa sebagai Yang Di Pertuan Agung dimana Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan Tuanku Abd Rahman dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agung yang pertama.
Berbalik kepada perkara pokok iaitu ' UMNO". Benar!!! UMNO banyak berjuang untuk mencapai kemerdekaan untuk negara kita. Banyak jasa pemimpin terdahulu tidak bolih kita nafikan jasa dan keringat mereka didalam memperjuangkan kemerdekaan. Kalau dilihat jati diri mereka pada masa dahulu, darah yang mengaliir didalam urat mereka ibarat ' setitis darah jatuh  kebumi nescaya huruhara negara dibuatnya', begitulah sifat dan pegangan yang dimiliki mereka.

Untuk sekian lamanya kuasa ekesutif Raja Raja Melayu iaitu  Sultan, Yang Di Pertuan Besar serta Dato- Undang Yang Empat tidak pernah tercela dan terusik tetapi pada era Dr Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri, semua itu seakan-alan tercela dan dibataskan terhadap mereka. Sebenarnya, ini merupakan satu penghinaan kepada Instutusi Raja-Raja Melayu iatu Yang Di Pertuan Agung, Sultan, Yang Di Pertuan Besar serta Dato' Undang Yang Empat. Hanya kerana disebabkan' kes'  salah seorang Raja yang memerintah sesebuah negeri di Malaysia  maka pada ketika itu Kerajaan memerintah meminggirkan 'keistimewaan' Raja Raja Melayu. Untuk menunjukkan keangukahan Parti Pemerintah, maka, keistimewaan Raja Raja Melayu disekat , tiada iringan Polis Trafik dibuat ketika Baginda berangkat seolah menyamakan Raja Raja Yang memerintah tiada keistemewaan langsung dan arahan ini dibuat olih pemerintah tertinggi, begitulah  kejinya' permainan kuasa mereka ketika itu. Disebabkan kerajaan memerintah menguasai 2/3 kerusi Parlimen maka satu rang undang-undang dibentang di Parlimen dan perkara tersebut diluluskan olih kerajaan memerintah iaitu Barisan Nasional. Dalam rang undang undang tersebut sesuatu akta yang diluluskan olih 2/3 ahli perlimen maka ianya akan menjadi undang-undang walaupun Yang Di Pertuan Agung tidak mengesahkannya.  Olih itu dimana letaknya 'Kuasa Ekesutif Yang Di Pertuan Agung" atau " Raja-Raja Melayu. Benar pada ketika itu pemimpin politik berasa sungguh gembira dengan 'tindakan Dr Mahathir Mohammad dan menganggapnya sebagai 'tepat dan betul',dan mereka merasakan bahawa kuasa mereka lebih 'agung' dari Yang Di Pertuan Agung.Itulah yang terjadi.Mereka menganggap bahawa pergerakan dan tingkahlaku Raja Raja Melayu perlu dikawal tetapi tahukan kita siapa yang mengawal 'kerakusan' dan keburukan tingkah laku mereka??

Allah SWT maha Esa dan cepat balasanya, bagi mereka-mereka yang lalai dengan kekayaan harta dunia yang didapati dengan jalan yang bukan 'hak', maka, pada PRU 12 keputusan pilihan raya tidak menyebelahi parti memerintah. Kerajaan Pusat yang di naungi olih Barisan Nasional  hanya berjaya mengekalkan beberapa negeri saja sementara Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jatuh kepada Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS. Disebabkan banyak negeri terlepas ditangan Pembangkang terutama  DAP yang mengungguli Perak, Pulau Pinang dan Selangor maka banyak peristiwa yang membabitkan penghinaan keatas Institusi Raja Raja , Penghinaan terhadap Agama Islam semakin menjadi-jadi. Yang paling menyakitkan hati ada diantara mereka menghina negara yang mereka huni dengan berbagai cercaan yang diluahkan seperti kes 'Namawee', Apa yang mampu dilakukan olih Kerajaan adalah membuka kertas siasatan namun tiada satu pun didakwa dimuka pengadilan. Dengan pemohonan maaf sahaja seluruh penghinaan yang menyakitkan terlepas begitu saja dan kemudian sipelaku dijadikan ikon olih bangsa mereka secara terangan lalu dipertontonkan dikhalayak ramai seolah-olah sipelaku adalah 'wira' bagi mereka.

Baru-Baru ini terdapat segelintir kelompok yang berani memaparkan 'bendera' keagungan mereka dan secara biadap melakukan penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia dimalam menyambut Kemerdekaan. Mereka dengan bangga menghina pemimpin UMNO tetapi sifat kurang ajar yang dipertontonkan dapat disaksikan bilamana mereka memaparkan keinginan menukar bendera sediaada iaitu Jakur Gemilang kepada bendera mirip negara jiran , Singapura/Indonesia. Apakah tindakan yang telah diambil kepada mereka=mereka ini???

Benar!! Dr Mahathir bin Mohammad telah banyak menaikan nama Malaysia dan menaikan taraf ekonomi Malaysia tetapi tahukah kita bahawa perubahan yang dibawanya membawa banyak kemudaratan kepada kedudukan Raja Raja Melayu , Bangsa Melayu dan Islam??Implikasi daripada tindakan beliau yang direstui olih 'Pak turut" atau 'yes man" didalam UMNO telah membawa petaka kepada 'payung' yang memayungi orang Melayu dan Islam iaitu Raja Raja Melayu . Dengan kemakmuran serta kemewahan ekonomi yang dijana kebanyakanya  dimenafaat olih bangsa asing dan bukan Melayu Bumiputra. Projek projek yang dilaksana yang bernilai berbilion ringgit mungkin 10% saja dapat dimenafaat olih Melayu Bumiputra tetapi selebihnya dikaut olih bukan Melayu..alih-alih..dia kata Melayu Mudah Lupa, berulang kali disebutnya. Dengan tindaktanduknya yang mencela atau menghapuskan kebanyakan 'kuasa ekesutif' Raja Raja Melayu ..maka..tempias dari perbuatan beliau..kini..orang Melayu dan Islam terancam dan tergugat. Orang Melayu dan Islam tidak lagi terlindung dan Raja Raja Melayu telah terikat tangan untuk membantu dan melindungi Islam. Raja Raja Melayu tidak lagi berkuasa seperti sebelumnya. "Kuasa Ekesutif"  yang dimiliki hanya tinggal pada nama. Peranan Raja Raja hanyalah tertumpu kepada pemberian anugerah-anugerah serta pingat sahaja itupun tertakluk kepada kerajaan pemerintah dan ikhsan Perdana Menteri .

Akhir-akhir ini , disebabkan terlampau banyak penghinaan kepada bangsa melayu dan Islam, maka, berduyun-duyun dan berjela-jelalah percakapan dari NGO NGO Melayu yang rata-rata dianggotai olih UMNO mengusung memorandum untuk disampaikan kepada Yang Di Pertuan Agung dan Sultan untuk menyampaikan ketidak puasan hati terhadap beberapa isu yang berbangkit tetapi apakan daya semua itu tidak mendatangkan menafaat kepada Melayu lagi kerana semua itu telah dirobek olih tindak tanduk Dr Mahathir Mohammad dan suku sakat  UMNO yang menjadi pak turut yang mencintai kekayaan dunia dari kepentingan Islam dan Bangsa Melayu sendiri. Mereka seolah-olah sanggup menggadaikan diri mereka demi 'wang' yang sedikit dari menjaga maruah bangsa Melayu yang dimomokan telah berjaya sampai kebulan.
Kemana Melayu dan dimana letaknya Islam dan dimana kedaulatan Raja dijunjung tidaklagi dapat dikembalikan kerana" nasi sudah menjadi bubur". Nasib bangsa Melayu, kesucian Islam dan keagungan institusi Beraja hanya sebagai sandaran dan bahan retorik . Ianya bertujuan untuk memancing undi Melayu demi kelangsungan politik dan kuasa agar mereka dapat berkuasa.

Pesanan saya kepada bangsa Melayu, kini, kuasa Melayu telah terpecah kepada beberapa bahagian tetapi demi Melayu, kekalkanlah majoriti penguasaan politik orang Melayu iaitu 2/3 didalam Parlimen. Tidak kira Melayu itu dari parti mana tetapi sebolihnya biarlah wakil tersebut tergolong dari mereka mereka yang kita tahu latarbelakang mereka. seperti, baik budi perkerti, beriman, amanah, berilmu, beretika dan bersedarhana didalam setiap segi penghidupan. Semestinya seseorang itu mestilah mempunyai jati diri Melayu yang kental dan bermoral.

Melayu harus ingat bahawa  tempat kebergantungan kita sudah tiada, sekiranya kita tersalah catur maka kesuluruhan maruah bangsa Melayu akan tercemar dan Islam turut terpalit sama. Dengan kekuatan UMNO yang ada sekarang pun pemimpinnya  tidak berupaya mempertahankan kedaulatan Islam serta  Raja Raja dari dihina, inikan pula sekiranya mereka tiada kuasa.

Hilang Bangsa, Terhina Agama ,Terbuang Raja..itulah Melayu

Ikhlas : Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. Bolehkah orang Melayu bernaung dibawah panji kuning?
    Mengapa Raja2 Melayu didolatkan pakai warna kuning?
    Siapa yg menetapkan Raja2 Melayu pakai warna kuning?
    Apakah sebenarnya yg dilambangkan dgn warna kuning?

    ReplyDelete