Sunday 21 October 2012

KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID : BAHAGIAN V:BOLEH KE SAINTIS NI MENERIMA HAKIKAT ? :


 BURAU BAY LANGKAWI. DIDALAM PERTEMUAN ITU KEN PEDDLER MENANGIS TERESAK-ESAK. .PERUBAHAN KETARA TERHADAP KEN PEDDLER, KINI AMAT BERSOPAN DAN TIDAK MENUM 'BIR' LAGI. KENAPA? ADAKAH BELIAU MENDAPAT HIDAYAH ALLAH SWT ATAUPUN BERPURA-PURA.
                                      
                                                                  Sambungan V 
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

" sesungguhnya apa yang aku tuliskan adalah kebenaran dan hanya Allah SWT sebagai saksi diantara kami".

Aku bertanya lagi kepada Ken,”Are you sure it’s me”, “Yes, Izan”, its you, you, i cannot forget the face”, its you”. Pada ketika itu perasaan yang aku rasa amat berlainan sekali.Adakah aku perlu menjelaskan segala-galanya kepada beliau, kata hati aku lagi’. Lalu aku ceritakan satu persatu kepada beliau.  Aku katakan apa yang dilalui oleh beliau itu adalah satu kebenaran dan aku jelaskan sejelas jelasnya kepada beliau sebab dan kenapa beliau diamanahkan. Sewaktu aku menceritakan  berhubung dengan “barang’ tersebut, beliau mula berubah wajah.  Wajah Ken Peddler yang kelihatan garang bertukar tona, wajahnya kelihatan amat sayu lalu terlihat linangan air mata berlinangan membasahi kedua dua pipi beliau,keadaan bertukar serius, beliau tiba tiba  menangis teresak-esak dihadapan aku tanpa rasa segan dan malu.  Esakan beliau  diibaratkan seperti kanak kanak menangis, begitulah keadaan beliau ketika itu. Aku hanya terdiam kaku hanya memerhatikan saja, lantas beliau bangun terus datang kepada aku, lalu aku dipeluk seerat-eratnya, seolah olah tidak ingin melepas pelukan itu, lalu beliau mengucapkan  “Izan, I’m sorry’,please forgive me, it’s you’it’s you’, berulang ulang kali diucapkan kata kata itu. Lalu aku menepuk belakang beliau perlahan lahan seperti memujuk anak yang menangis.  Aku kata “ok,ok, human beings makes mistake”,don’t worry, everything is fine now’. “Stop crying”. Kata aku sambil memujuk beliau. Setelah keadaan reda aku menyuruh Ken Peddler ke tandas untuk membersihkan muka .Mendengarkan kata kata aku itu, beliau pun berjalan kearah bilek air, sementara itu aku terus berjalan menuju ke meja Linda dan aku dapati Simon sudah pun berada disana. Kedua-dua mereka, Simon dan Linda agak musykil dengan perbuatan Ken lalu  bertanya kepada aku “ Why is Ken crying’, aku jawap dengan ringkas “ he’s got his answer’, Simon dan Linda terdiam terpingga pingga mendengar jawapan aku.
Beberapa minit kemudian Ken Peddler kembali kemeja kami dengan keadaan yang ceria dan dari riak wajahnya  terpancar kegembiraan tidak seperti sebelum ini. Lalu dia duduk disebelah aku. Beliau memanggil pelayan. Sementara pelayan berjalan kearah kami, Ken bertanya ‘what you like to have,Izan?’ “coffee” jawap aku pendek. ‘would you like to have a bite?’ tanya Ken lagi, “No thank you’, kata aku lagi. Lalu beliau memesan kopi untuk aku dan tea untuk beliau. Aku agak terperanjat juga bila dia memesan “tea”, mungkin beliau ingin menenangkan hati, kata hati aku. Malam itu merupakan satu malam yang penuh dengan “surprises”,Ken telah berubah menjadi seseorang yang  ‘gentlement’ dan berbudi bahasa’ terutama disegi percakapan dan peradaban beliau ketika ingin bertanya atau mengatakan sesuatu, amat lembut dan sopan. Alhamdullilah, ALLAH SWT Maha Kaya dan Maha Mengetahui.  Dalam sekelip mata manusia bolih berubah dengan kehendakNya. Allahhuakbar. Bagi aku itulah pertama kali Ken mempelawa aku. Syukur Kehadrat Illahi.Apabila minuman aku sampai beliau akan meletakan gula didalam kopi aku sambil bertanya berapa kiub gula aku perlukan untuk minuman aku.  Itu semua dilakukan untuk aku.Allah Maha Besar Maha Mengetahui segala Yang tersembunyi. Sebelum mereka beredar dari Burau Bay Resorts malam itu, Ken Peddler memberitahu aku bahawa dia ingin menunjukkan “barang” yang dihasilkan itu kepada aku, esok.  Aku kata ‘ok’, kepada beliau. Beliau pun bangun lalu menghampiri aku, lalu memeluk aku sambil berkata ,’I’m sorry, please forgive me’, you’re the man’,aku diam saja tanpa berkata apa apa kerana mengerti maksud beliau.  Aku hanya mengucapkan ‘good night and drive carefully’kepada beliau. Simon pun berjalan bersama mengiringi Ken dan Linda kekereta untuk pulang ke hotel di Kuah.

RUANG LEGAR BURAY BAY MENINGGALKAN SERIBU PERTANYAAN DAN SAKSI KEPADA MEREKA YANG MENGUNJUNGI AKU
                                      Pada keesokan harinya Simon menalipon aku dan memaklumkan kepada aku bahawa pada sebelah petang  Ken Peddler ingin berjumpa dikediamannya. Selepas waktu zohor aku pun kerumah Simon. Tersedia menanti disana aku lihat Ken Peddler dan Linda sudah menunggu kedatangan aku. John Boy dan Andrew James, kedua dua anak Simon waktu itu masih  disekolah. Sewaktu didalam rumah, Ken Peddler menunjukkan kepada aku alat yang direkacipta . Beliau namakan produk itu “nomad atau mushroom  technology”, kegunaannya adalah untuk menghasilkan “kuasa elektrik”. Dia cuba terangkan serba ringkas bagaimana cara perjalanan alat tersebut dan komposisi”mushroom’ itu serta cara penggunaannya. Lantas dengan fasih aku memberitahu Ken dan Simon bahawa formula untuk mencipta alat tersebut adalah berlandaskan alam, iaitu “bumi’,bagaimana paksi pergerakan bumi dan komposisi bumi iaitu satu pertiga tanah dan dua pertiga air, itulah kata kuncinya. Ken Peddler tergamang dan tersentak terdiam mendengar penjelasan aku berhubung dengan alat ciptaanya, yang mana alat tersebut telah mendapat mengiktirafan oleh saintis di New Zealand serta cerdik pandai didunia  dengan ciptaan ‘mushroom technology’ tersebut. Beliau telah dicalonkan sebagai salah seorang penerima Noble Award untuk produk ‘green technology’ yang boleh digunakan oleh manusia untuk tujuan kemanusiaan sejagat. Alhamdullilah, penjelasan itu diilhamkan oleh ALLAH SWT dan datang secara spontan berserta dengan penjelasan. Itulah keajaiban. Alhamdullilah, ilmu dan pengetahuan itu , datangnya dari Yang Maha Esa, ALLAH SWT, segala sesuatu adalah haknya. Memandangkan aku telah menerangkan secara detail ‘mushroom” tersebut, maka, aku jelaskan juga terdapat beberapa urat wire yang digunakan didalam “mushroom” itu.Dengan penjelasan itu maka tiada lagi rahsia yang aku sembunyikan berhubung penemuan beliau itu .
Bermula dari saat itu, Ken Peddler dan Linda serta Simon menjadi semakin rapat dan erat perhubungan diantara kami serta isteri aku. Pada setiap malam mereka bertiga pasti datang menemui aku diBurau Bay Resorts. Maha Suci Engkau, Ya Allah, telah banyak keajaiban kau tunjukkan kepada kepada mereka dan aku sebagai perantara . Sesungguhnya tiada daya dan upaya aku melakukan nya melainkan dengan kehendak Kau juga, Ya Rahman Ya Rahim, Tuhan Maha Agung. Bermula dari itu, Ken Peddler dan Linda sudah berubah dan mereka tidak lagi meminum bir dan menjadi seorang yang beradap. Aku memohon kehadrat ALLAH SWT agar perlakuan mereka ini  berpanjangan sampai bila bila, mohon ALLAH SWT makbulkan permintaan aku ini. Amin.
Seperti biasa pada siang harinya selalunya aku akan meluangkan masa untuk bersama sama mereka dan adakalanya juga aku tidak dapat bersama mereka kerana tuntutan kewajipan kepada anak anak dan isteri. Kehadiran Ken Peddler dan isteri, Linda, aku panjangkan juga kepada Hj Kamaruddin  dan beliau amat teruja dengan kehadiran mereka berdua di Langkawi. Segala peristiwa yang terjadi diantara aku, Ken Peddler dan isteri dan juga Simon aku kongsikan  dengan Hj Kamaruddin. Kami dijemput oleh Hj Kamaruddin untuk makan malam di Awana Porto Malai sempena menyambut kedatangan “tetamu” istemewa. Antara yang hadir pada malam itu selain Ken Peddler dan isterinya Linda,adalah Simon berserta kedua anak anaknya John dan Andrew, Peter Carlos,aku dan isteri serta Hj Kamaruddin . Pada malam kami meraikan mereka berdua, kami berbual bual sambil menikmati makanan yang dihidangkan. Setelah habis makan kami berbual bual lagi, tiba tiba Linda bertanya kepada aku “bagaimana” aku boleh melihat  dan tahu akan sesuatu yang berada bukan didepan mata aku seperti kejadian tempohari sewaktu mereka bertiga berada di Switzerland, dan semua yang hadir memberi tumpuan kepada aku dan Linda. Aku terdiam sejenak, berfikir, bagaimana hendak aku terangkan situasi yang aku lalui dan bagaimana aku mengetahuinya. Lalu aku jawap , “If god wills,everything i wanna know, god will show ”.”Can you show us how”, tanya Linda lagi.”What you want to know?.” aku tanya Linda. “Please prove to me what can you see back in my house”, tanya Linda.  Semua yang hadir malam tu terdiam sebentar mendengar pertanyaan Linda tadi. Berderau darah aku,memandangkan aku adalah seorang yang ‘kool’ dan tenang ,  lalu aku jawap pertanyaan itu dengan jelas dan terang. ’Linda, you have two Chinese vase, blue color, in your house and you place it at your dinning hall”, Linda terkejut dengan kata kata aku itu. “Yes, its true, i love that vase, but how do you know, you never been to my place, so do Simon, its amazing, now I believe you. You are  so special and also you are  different “.kata Linda cuba memuji aku.’Thank you Izan, I’m so happy”, kata Linda lagi.” If god’s will, thousand of miles away, I still can see, I don’t see thing with my eyes but I sees thing thru my hearts and feeling, praise to God”, kata aku kepada Linda. Itu lah penjelasan aku terhadap kelebihan yang dianugerahkan atau dipinjamkan oleh ALLAH SWT kepada aku. ALLAH SWT Maha Kaya Maha Mengetahui Yang Tersembunyi. Apa yang mereka fikir tentang aku, itu hak mereka dan aku menyerahkan semuanya kepada Khalik Ku, Maha Suci Allah, Tuhan Semesta Alam, tiada suatu pun yang tersembunyi bagi Nya. Amin. Perjalanan ‘makan malam’, malam itu sungguh selesa dan kami semua dapat bersama-sama dengan “tetamu istimewa” , seorang saintis.

YATCH CLUB LANGKAWI TERLETAK BERSEBELAHAN DENGAN LANGKAWI SHERATON DI PEKAN KUAH DIMANA KEN PEDDLER DAN ISTERI MENGINAP

Sudah seminggu Ken Peddler dan isteri berada dipulau peranginan ini, iaitu Langkawi, hampir setiap malam mereka bertiga akan ke Burau Bay Rerorts menemani aku sambil berhibur mendengar persembahan muzik yang dianggotai oleh isteri aku. Pada malam tersebut hati persaaan aku agak tidak beberapa stabil, seperti ada gangguan, aku menjangkakan ada sesuatu yang tidak kena, namun perasaan itu tidak aku beri perhatian. Seperti biasa aku akan duduk ditempat kebiasaan . Kopi aku hirup dan asap rokok aku hembuskan sambil mata aku memandang kearah gerbang lounge sementara telinga menghayati muzik.  Aku lihat Ken Peddler berjalan dengan cepat seolah olah seperti sesuatu telah berlaku dan aku lihat Linda dan Simon agak jauh terkebelakang. Tiba tiba Ken Peddler menyergah aku dengan berkata dengan nada yang tinggi  , “I’m the selected one, not you”, this ‘mushroom’ is mine and I’m the inventor, the council gave it to me’, bentak Ken Peddler. Aku tersentak dan terperanjat dengan kata kata beliau . Sepanjang pengetahuan aku, aku tidak pernah pula aku cerita atau memberitahu kepada orang lain mengenai penemuan beliau berhubung ‘mushroom’ tersebut, tetapi kenapa beliau melenting, kenapa  agaknya beliau bersikap begini. Aku pun tidak tahu nak cakap apa apa. Aku dapat rasakan bahawa emosi beliau sedang membuak buak memberontak, tetapi, aku tidak tahu apa puncanya. Semua kata kata kesat dan kasar tersembur dari mulut beliau namun perkataan yang diluahkan tidak berapa jelas kedengaran kerana muzik agak kuat. Linda dan Simon cuba mententeramkan Ken Peddler yang pada ketika itu beliau seolah olah orang hilang akal. Dengan perlahan dan suara yang tegas aku berkata,’You’re not the one, you’re only the carrier, the thing is for mankind, and not for personal gain, you mislead the gift given to you, please recall the incidents, I’m the one who give you the ‘mushroom’ and the formula, don’t you remember that very well?, infront of the chambers’, nothing will move if I don”t lead this projects, and this must starts here, it’s mine!’.Itulah kata kata aku kepada beliau, apalagi, tersenyap Ken mendengar kata kata itu. Beliau terus duduk sambil membebel sendirian. Pada malam itu beliau kembali keperangai lama, beliau mula minum minuman keras dan perwatakan beliau amat sama seperti perangai pada mula mula aku kenali beberapa hari lalu. Dengan nada yang manis dan perlahan aku menyuruh Simon dan Linda meninggalkan aku dan balik ke hotel.Apa yang dapat aku lihat perlakuan beliau sudah agak keterlaluan. Apa yang bermain difikiran Ken Peddler hanya ALLAH SWT saja yang mengetahui. Mereka bertiga meninggalkan aku sendirian dan aku berpesan kepada Simon dan Linda ,’please take care and drive carefully’. Simon pun minta diri sambil berkata,’Izan, is it ok?’, aku menjawap ,’Don’t worry , God will protect you all’, Mereka pun berlalu. Lebih kurang 30 minit kemudian aku menerima panggilan, berderau darah aku, panggilan daripada Simon. Aku bertanya kepada Simon, adakah beliau sudah sampai di hotel, Sheraton. Simon memberitahu sepanjang perjalanan dia terpaksa memerhatikan kenderaan Ken Pedler berserta Linda,dan sepanjang perjalanan itu Simon berkata hampir 11 kali kenderaan yang dipandu Ken Peddler hampir ditimpa kecelakaan.”Alhamdullilah’, kata aku kepada Simon, Allah melindungi perjalanan beliau”. Setiba saja diperkarangan parkir, cerita Simon lagi, Ken Peddler dengan sekuat hati menjerit dengan berkata,’ Thanks God, I’m alive’.Walauapapun yang terjadi hanya Tuhan saja yang mengetahui maksud yang cuba diluahkan oleh Ken, kata aku lagi kepada Simon.
Selepas kejadian itu, Ken Peddler dan Linda tidak lagi datang ke Burau Bay Resorts dan perkara ini telah aku jangkakan.  Dua hari berselang Simon mengajak aku kehotel penginapan Ken Peddler kerana Ken Peddler ingin bertemu dengan aku. Memandangkan beliau adalah “tetamu” maka undangan itu aku terima dengan senang hati tanpa sebarang perasaan marah atau pun kecil hati. Tidak banyak yang diperkatakan pada petang itu cuma beliau menjemput aku sekeluarga untuk makan malam kerana beliau akan berlepas pulang ke New Zealand keesokkan harinya.  Tiada sedikit pun kemarahan mahu pun dendam terbit dihati aku kerana aku mempercayai bahawa pertemuan ini tidak kami rancang malah ALLAH SWT yang mempertemukan kami untuk berkenalan dan begitulah kehendak Yang Maha Esa, Maha Pengatur, lalu aku menerima aku  pelawaan beliau.

                                                   BERSAMBUNG

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid


Allah swt. Esa dalam memiliki seluruh makhluk, maksudnya ialah hanya Allah swt. sajalah yang menciptakan, menumbuhkan, mengembangkan dan memiliki seluruh alam ini, tidak ada sesuatu pun yang berserikat dengan Dia.
Allah swt. Esa dalam mengetahui segala sesuatu di alam ini maksudnya ialah Allah swt. mengetahui yang besar dan yang kecil, yang tampak dan yang tidak tampak oleh manusia. Segala yang terjadi, yang wujud di alam ini, maka wujudnya itu tidak lepas dari pengetahuan Allah, tidak ada sesuatu pun yang luput dari pengetahuan-Nya.

Allah swt. Esa dalam kekuasaan-Nya, maksudnya ialah apa yang terjadi di alam ini adalah atas kehendak Allah, tidak ada sesuatu pun yang dapat merubah kehendak-Nya. Apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, maka adalah dia, sebaliknya apabila Dia menghendaki lenyapnya sesuatu, lenyaplah ia. Hanya Dialah yang dapat mengetahui perbuatan hamba-Nya, serta mengampuni atau mengazabnya dan keputusan yang adil hanyalah di tangan-Nya saja.

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Artinya:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Q.S Al Baqarah: 286)

“Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Q.S Al-Baqarah 284)

2 comments:

  1. Assalamualaikum, saya membuat kajian tentang Ken Peddler yang ditulis tuan. Di dalam internet nama rasminya dieja Ken Pedlar dari New Zealand. Seorang yang 'genius' yang telah mencipta inertialess drive. Adakah dia orang yang sama? Sila rujuk homepage ini
    http://www.bayofplentytimes.co.nz/news/mystery-surrounds-firm-touting-inertialess-drive/1033176/

    Sekiranya benar, mungkin ada yang berminat dengan hasil kajiannya untuk menghasilkan green technology. Saya rasa elok dibuat secara low profile, kerana tuan tahu siapa yang memanupulasi minyak dunia.

    ReplyDelete
  2. Benar, beliaulah hambaallah yang saya maksudkan. Terimakasih kerena menemukan laman sesawang berhubung Ken Pedler.

    ReplyDelete