Tuesday 8 January 2013

PENGKHIANATAN PEMIMPIN ISLAM KEPADA UMAT ISLAM :SIAPA LEBIH BERKUASA?? PEMIMPIN ATAU RAJA.


DISEBABKAN KEBENGAPAN PEMIMPIN PEMBANGKANG ISLAM . MEREKA  INI  SE PATUTNYA   DIHUKUM PANCUNG.  KEBENARAN  MEMBEBASKAN PERLUASAN KEPERCAYAAN KRISTIAN BAHAWA JESUS ADALAH PUTRA ALLAH  MAKA  KHATAMLAH PENGAJIAN MEREKA BAHAWA JESUS ADALAH BENAR BENAR ANAK ALLAH. DAN ALLAH ADALAH BAPA JESUS .   SYABAS PAS DAN PKR!!!

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Demi kuasa, demi harta dunia, demi nama, demi kepercayaan sesama mereka maka hari ini terangkumlah sudah akan ketetapan pakatan pembangkang terutama   Parti PAS dan  Parti PKR yang rata-rata dianggotai oleh bangsa Melayu yang beragama Islam telah dengan rela hati  dan 'suci hati' 'menggadaikan' nama ALLAH  untuk digunapakai didalam Kitab yang dialih bahasa  dari Bahasa Inggeris ke bahasa Melayu .Perlu diingat bahawa di Semenanjung rata-rata penganut Kristian adalah dari kaum Cina dan India dan populasi penganut Kristian atau pengamal Kristian tidak lebih dari 10% dari penduduk Semenanjung. Oleh itu keperluan kepenggunaan nama 'ALLAH" serta terjemahan atau alihbahasa kitab tersebut kebahasa Melayu diragui tujuannya.

Dengan keterbukaan serta kebenaran yang diberikan oleh Pemimpin Islam yang mewakili keseluruhan ahli Parti Pas dan PKR ini, maka, dengan mandat yang mereka perolehi melalui 'Peti Undi" yang dimenangi ,maka dengan sendirinya semua ahli-ahli PAS dan PKR bertanggung jawap keatas ' penggadaian" ini.
Memandangkan Islam PAS dan Islam PKR sudah bersetuju dengan kepenggunaan nama 'ALLAH' ini dikongsi bersama dengan Penganut Kristian, maka, tiadalah perbezaan diantara umat Islam bawaan PAS dan PKR dengan Puak Kristian acuan DAP.

Kesamarataan agama, kesamarataan Tuhan dan semua agama itu adalah sama yang diperjuangkan oleh Kristian atau semua agama lain seperti  agama Hindu dan agama Buddha telah diberi pengiktirafan oleh PAS dan PKR,  mereka yang menyamarata  taraf  Tuhan berhala mereka dengan Tuhan Nabi Muhammad .  Tuhan ahli-ahli   PAS dan Tuhan ahli PKR adalah sama dengan Tuhan Kristian iaitu Allah bapa kepada  Jesus atau Jesus adalah anak Allah . Dengan tidak secara langsung ahli-ahli Pas dan ahli-ahli PKR mengiktiraf bahawa Jesus adalah anak Allah dan sesungguhnya Allah itu 'beranak' adan ' diperanakan"..

Berulang kali saya mengingatkan bahawa kini kita tiada lagi pembela sebenar pembela kepada agama Islam. Pemimpin yang dipileh 'ketakutan' untuk membantah, tidak berani bersuara, kerana ini akan mengurangkan 'jumlah' undi atau 'merudumkan' peluang mereka untuk menjadi pemimpin. sama ada mereka pemimpin oarti pemerintah mahu pun peminpin lain semuanya ' bisu' kerana ' takut bala' tidak dipileh oleh pemimpin atasan mereka yang berkuasa.

Apa yang dapat kita lihat kini, kuasa penentu Agama telah ambil alih oleh pemimpin Politik dan bukan lagi terletak ditangan Agung dan Raja-Raja Melayu, hanya, hari ini kita lihat  Sultan Selangor sahaja meluahkan rasa 'diukacita'  dan bukanya 'murka'. Dua pengertian yang membawa maksud berbeza??

Maksud dukacita :-

dukacita perasaan sedih (hati); susah hati; duka:Baginda sedang dilamun ~. berdukacita berasa sedih atau susah hati:Dia sangat ~ atas kematian adik kesayangannya itu. mendukacitakan menyebabkan (menimbulkan) rasa dukacita; menyedihkan; mendukakan:  Dia tidak ingat akan peristiwa yg ~ itu.

Maksud murka :-

 marah, meradang: maka sultan pun terlalu ~ akan Hang Tuah, disuruh bunuh pd Seri Nara Diraja; memurkai marah kpd (akan), memarahi: jangan tuanku segan ~ anakanda; memurkakan menyebabkan jadi marah, memarahkan: ~ raja; termurkai sl dimurkai (dimarahi): Laksa-mana pd ketika itu ~, tiada bekerja lagi; kemurkaan perihal murka, kemarahan: dia ialah sahabat yg pemurah dan sangat takut akan ~ Allah.

Tek yang saya copy paste dari Blok Flying Kick

DYMM Sultan Selangor sudah pun menzahirkan dukacita baginda berhubung kenyataan Guan Eng yang terang-terang mencabar umat Islam di negara ini apabila mendesak agar kalimah ALLAH dibenarkan guna dalam Bible berbahasa Melayu

Orang Melayu menjunjung Titah DYMM Raja-Raja Melayu tetapi sekiranya DYMM hanya meluahkan rasa "dukacita" maka rakyat tidak boleh berbuat apa-apa tetapi sekiranya DYMM meluahkan rasa 'murka' terhadap kejadian yang berlaku ' maka rakyat yang dinaungi Baginda wajib bertindak diatas rasa 'kemurkaan' Raja mereka.

Kini pemimpin Politik bebas melakukan apa saja sesuka hati mereka tanpa rasa bersalah, samaada Pemerintah mahupun Pembangkang semuanya ' bersifat'  pentingkan 'kuasa' dan diri sendiri. Perasaan rakyat tidak diambil kira.

Saya berharap agar Majlis Raja Raja Melayu serta Yang Di Pertuan Agung mengaktifkan kuasa yang dimiliki  ( Seperti yang termaktub didalam Perlembagaan yang saya 'copy paste'  kan dibawah untuk rujukan ) demi menjaga keharmonian perasaan orang Melayu serta Agama Islam yang dilindungi  oleh Perlembagaan Persekutuan serta Kuasa Yang Di Pertuan Agung dan  melindungi Islam dari di'lacurkan' oleh orang politik dimana DYMM Yang Di Pertuan Agung adalah Ketua Agama bagi Persekutuan Malaysia.


Perkara 32(1) dan 32(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya.

(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenadakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.


Sekiranya ini tidak dapat dilakukan segera, maka, banyak kerosakan serta kecurigaan perasaan rasa hati  rakyat Malaysia akan memuncak dan kita tidak ingini perkara buruk berlaku di negara kita. Sentimen keagamaan amat sensitif sekiranya diperlekehkan.
Perlu diingat Nabi Muhammad s.a.w  berperang dengan orang kafir kerana menegakan agama Allah dan  dimusuhi.secara terangan. 
                             Adakah orang politik  mahukah kita melalui prasa yang sama???


 PETALING JAYA - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencapai pendirian penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.
                                Apa yang dimaksudkan dengan perkataan ; disalahgunakan"

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perundangan


Dalam aspek perundangan, kedudukan raja-raja Melayu agak terselamat – bukan sahaja 
atas kapasiti kedudukan umum, tetapi juga keselamatan diri. Di samping peruntukan 
Perlembagaan sepertimana yang telah disebut di atas, undang-undang jenayah negara juga 
menjaga kedudukan raja-raja Melayu. Undang-undang yang begitu relevan ialah Kanun 
Keseksaan. Tindakan menentang Raja, yang dikategorikan sebagai kesalahan terhadap 
negara, adalah kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur hidup ataupun hukum 
bunuh. Misalnya kesalahan berperang melawan Raja-Raja. Hukuman bunuh juga boleh 
dikenakan ke atas mana-mana orang yang didapati bersalah melakukan kesalahan terhadap 
tubuh badan Raja atau bakal pengganti raja. Sementara itu penjara seumur hidup atau 
denda boleh dikenakan ke atas mana-mana orang yang dibuktikan sebagai merancang untuk 
memecat atau melucutkan raja daripada takhta mereka.


PEMIMPIN INI MEMBELAKANGKAN KETUA AGAMA IAITU RAJA RAJA MELAYU ATAU YANG DIPERTUAN AGUNG SELAKU KETUA AGAMA DIDALAM MEMUTUSKAN PERKARA YANG BUKAN HAK MEREKA  DAN PERBUATAN  INI  ADALAH PENDURHAKAAN  DAN MEMERANGI SECARA HALUS AKAN TITAH PERINTAH  DYMM YANG DIPERTUAN AGUNG DAN BOLEH DISABITKAN KESALAHAN 'PENDURHAKAAN' ATAU MEMERANGI AGUNG.

DIHARAP SELEPAS INI AHLI AHLI POLITIK TIDAK LAGI BERANI MENYENTUH ISU AGAMA DAN MEMPOLITIKKAN AGAMA DEMI KUASA  DAN PENGARUH.

IKHLAS DARI : CAHAYA AL MAJID.











7 comments:

  1. saya faham maksud saudara itu, PAS mengatakan boleh guna nama Allah tapi ada syarat nya ia itu Alloh itu adalah Alloh yang maha esa. Cuba baca baca betul kenyataan presiden Pas itu.

    Kalu orang bukan islam tak boleh guna nama Alloh itu bagaimana mereka mahu menyanyikan lagu Negeri selangor dan Kedah yang ada nama Alloh itu? Apakah perlu digubah lagu negeri selangor versi kristian pulak.

    Satu lagi kitab agama sikh juga menyebut nama Alloh dalam kitab mereka. Bagaimana pula ugama sikh mau tukar nama itu. Isu ini sengaja dibesar besarkan, sepatutnya Kerajaan yang memerintAH SEKARANG MESTI MELAKSANAKAN HUKUM SYARIAT YANG SEBENARNYA BUKAN NYA HUKUM COMMON LAW CIPTAAN BARAT TU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalan Pertama :- Jawapan:-
      Adakah Kristian akan mengikut syarat yang diberidan atau adakah Kristian sanggup merendahkan martabat Tuhan mereka. ( Jesus anak Allah)
      (2) Menyanyikan atau menyebut nama Allah dalam lagu tidak akan sama dengan perkataan yang akan dituliskan didalam Kitab mereka.
      (3)Dimana didunia ini kerajaan Islam yang melaksanakan hukum Syariat yan sebenar. Ada ke negara Islam mengamalkanya?

      Delete
  2. Saya pun paham maksud saudara. Cuma yang saudara tak paham ialah puak2 Nasrani ni ada agenda untuk menyesat kan orang Melayu islam. Itu adalah hakikat yang sebenar nya yang perlu di takuti oleh umat Islam.
    Satu lagi, mensyariat kan hukum Islam adalah tanggung jawab semua orang Islam dan bukan hanya pemerintah sahaja.
    Jamgan lah kamu taksub sangat dengan Ulamak Demokrasi sambil menyangka yang mereka2 ini pewaris Nabi-Nabi. Pewaris Nabi adalah ulamak yang lengkap ilmu syariat dan Hakikat nya. Memang Susah nak jumpa. Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan saudara, puak Nasrani tidak akan berhenti dan akan sedaya upaya berikhtiar untuk menyesatkan umat Islam. Umat Islam tidak perlu takut cuma perlu berhati-hati.
      Sebaik baik ulama adalah ulama-ulama yang mengucapkan kata kata yang baik baik dan selalu berangappan baik terhadap orang lain dan menganggap diri mereka kekurangan dari segala ilmu, melainkan dengan pertolongan Allah swt.

      Delete
  3. Sy pernah tgk gambar gereja yg tulis ALLAH di indonesia.. takut perkara yg sama akan terjadi kat malaysia.. KLu yg kuat agama islam boleh tau ALLAH yg islam maksudkan dn ALLAH yg di tulis dlm bible tu lain..tp bagaimana dengar org yg buta agama islam?? klu dlm bible tulis Jesus adalah anak ALLAH..yg buta agama akan percayanya..x salah ker ni...ku bukan BN or PAS..tp sebagai org islam..tanggujawap kita tu menjaga NAMA ALLAH kita....sekian

    ReplyDelete
  4. kalau begitu marilah kita mendesak parti pemerintah melaksanakan hukum syariat sebenar di bumi suci melayu ini sebab kerajaan yang memerintahy punya tanggungjawab itu sekarang. kenapa masih tak mau lagi , adakah takut dengan umat kristian yang dikatakan mau menghancurkan islam di malaysia ini. tepuk dadatanya selera.

    ReplyDelete
  5. Perlu diingat, dibumi Malaysia ini kita dirangkumi oleh berbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan bangsa peribumi. Tetapi keseluruhan nya dinaungi oleh Islam. Oleh itu untuk melakukan hukum syariat bukan lah sesuatu yang mudah seperti yang kita sangkakan. Islam itu adil. Adil kepada semua bangsa dan agama yang dinaunginya dibawahnya.Kita tidak takut kepada umat Kristian sebab islam yang disebarkan adalah kasih dan sayang sesama insan. dan mana mungkin Kristian boleh menghancurkan Malaysia. Cuma hanya terdapat segelintir manusia yang condong untuk memporakperandakan pemikiran manusia. Itu biasa bagi semua bangsa didunia, waima didunia Arab juga berlaku.

    ReplyDelete