KENAPA SEMBILAN???? APA RAHSIA SEMBILAN ???APA ADA DENGAN 9 KENAPA NEGERI SEMBILAN? |
" CARI YANG TERSEMBUNYI"
Assalammualaikum.
Segala sesuatu yang terjadi dan berlaku adalah dengan ketentuan Tuhan. Manusia hanya boleh merancang tetapi Allah SWT yang menentukan. Sehebat mana sekalipun perancangan manusia, tetapi tidak akan setanding dengan ketentuan Tuhan , Allah Maha Besar. Begitu jugalah keadaanya tentang 'penamatan' tidak dirancang akan 'pembubaran secara automatik' kepada Dewan Negeri Sembilan. Berbagai-bagai spekulasi melanda Tanah Air berhubung ' pembubaran secara automatik' yang dikata 'pertama didalam sejarah' politik moden Malaysia .
Tahukah anda sebab dan musababnya? Terdahulu, saya pernah menerangkan dibolg ini akan 'kelebihan' Negeri Sembilan , negeri yang 'terpileh' . Negeri yang masih berpegang pada adat yang bersandarkan pada sunnah dan Al Quran. Negeri yang dinamakan diatas 'bilangan' atau angka iaitu ' Sembilan @ 9', dimana sehingga kini tiada satu pun manusia atau pun sejarah yang boleh menjelaskan siapakah yang memberikan nama ini. Olih itu 'Negeri Sembilan" ini dianggap 'misteri' atau 'terselindung'.
Berbalik kepada isu utama iaitu ' pembubaran parlimen' yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Setakat ini 'penghulu Malaysia' iaitu Negeri Sembilan telah bebas dari ' cengkaman politik" untuk sementara dan Kerajaan Negeri Sembilan kini 'tubuh badan perjalanan' nya dipantau sepenuhnya YTM Dato' Undang Yang Empat bersama DYMM Yang Di Pertuan Besar, N. Sembilan. Inshaallah, dengan Amanah yang dipegang atau dipikul oleh YTM Dato; Dato' Undang berserta DYMM Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan, inshaallah, keadilan serta kerukunan rakyatnya terjamin keseluruhanya.
Perlu diingat bahawa kedudukan YTM Dato'-Dato' Undang Yang Empat merupakan sebahagian dari Raja Raja Melayu yang dilindungi didalam Perlembagaan Malaysia ataupun Perlembagaan Tanah Melayu. Oleh itu kedudukannya adalah setara dengan Sultan atau Raja di Malaysia. Cuma membezakan, adalah Raja-Raja Malaysia dinaungi oleh Bendera berwarna Kuning sementara YTM Dato' Dato' Undang Yang Empat dari dahulu sehingga ini dinaungi oleh Bendera Hitam. Susur -galur keturunan mereka adalah 'campuran' diantara Orang Ulu Sungai dan orang di hilir Sungai dan kaum ini atau keturunan ini dipanggil ' Biduanda". ' Biduanda amat kuat berpegang kepada 'adat' dan masih lagi mempraktikkan sehingga kini. Diantara 'empat' suku atau ' Bani' ini hanya Sg Ujong yang paling kanan dan menonjol diantara keempat 'Bani' ini.
Disebabkan terlalu 'menghormati' kedudukan Raja atau Sultan' yang didatangkan dari Pagar Ruyung berserta 'rakyat'nya yang ramai ke Negeri Sembilan yang pada ketika itu, maka, YTM Dato Undang Yang Empat, telah menerima 'kedatangan' Raja ini .Ralyat bersuku dari Sumetera ini telah menjadi 'kaum majoriti' di Negeri Sembilan. Oleh itu untuk berlaku adil kepada yang ramai, maka, 'Yang Tuan Besar' dinobatkan sebagai ' Raja Kepada Keseluruhan' rakayt Sumetera di Negeri Sembilan dan sehingga kini Keturunan Baginda telah diterima keseluruhanya. Yang Di Pertuan Besar kini merupakan lambang Kedaulatan di Negeri Sembilan tanpa mengenepikan hak dan keistemewaan YTM Dato-Dato' Undang Yang Empat di Negeri Sembilan.
Seperti yang saya tuliskan terdahulu, Negeri Sembilan adalah 'teristemewa' dari setiap sudut. Bagi mereka yang 'mencari perjalanan' harus membuka mata dan melihat secara 'zahir dan bathin' akan Negeri Sembilan ini.
Walaupun banyak 'rahsia didalam rahsia' yang disimpan, inshaallah, suatu ketika nanti akan sampai jua penghujungnya. Sumpah dan dibuat janji dan dimeteri, kini, menunggu masa untuk 'mengazankan', Inshaallah.
"Cari di cari oleh yang mencari , diri sebenar diri telah berdiri, khatam mengkhatam telah di khatam, kandung mengandung telah dikandung , lahir dizahir telah lahir, hanya dipanggil oleh yang memanggil, ketentuan ditentu oleh Sang Tuan hanya saat sesaat menunggu saat, saat bermula dari sesaat hingga sembilan saat"
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Patut la ada pandang2 ke n9. Cuma x nampak apa2 pun hanya rasa2 je. Memang blurrr...
ReplyDeleteMraja
Kan saya dah tulis " terselindung". Pandang hanya memandang apa yang dipandang. Nampak hanya menampak apa yang ternampak. Rasa hanya merasa apa yang dirasa. Tak semestinya apa yang dipandang akan nampak dimata sama seperti yang dirasa.
ReplyDeletecarilah kita yang sama dan serupa, barulah jumpa tak terkata kerana dia itu kita .
Delete