UMPAN DAP SEDANG DIMAKAN. MELAYU TERSASAR HATI MENGENA |
TERLAJAK PERAHU BOLIH UNDUR, TERLAJAK "PANGKAH" MERANA
Terpanggil saya untuk membicarakan slogan parti DAP iaitu 'BERSIHKAN MALAYSIA'. Apa sebenarnya yang ingin DAP perjuangkan? Apa yang dimaksudkan sebenarnya? Adakah ianya sekadar 'indah kata dari perbuatan'? Atau DAP sendiri tidak tahu menggunakan tata Bahasa Melayu?Tetapi sememangnya kebanyakan pemimpin DAP tidak pandai berbahasa Melayu.
Apa yang dapat direnungkan sepanjang lebih 55 tahun negara ini mengekecapi kemerdekaan, DAP tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian yang diperolehi oleh negara kita. Walaupun negara kita telah melalui beberapa prasa pembangunan yang rancak dimana kebanyakan hasil yang dituai kebanyakanya dinikmati oleh bangsa mereka, namun semua itu tidak memadai bagi mereka. Segala apa yang dilakukan oleh pemimpin Melayu terutama Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO semuanya nampak 'tidak elok' atau 'cacat' dimata DAP. Setiap apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional semuanya 'berajenda' dakwa DAP. Itulah hakikatnya pendirian DAP terhadap kepimpinan Melayu terutama daripada UMNO.
DAP secara sedar mencucuk UMNO sekali gus 'mencucuk' Melayu, yang selama ini selalu bertolak ansur dengan kaum-kaum lain walaupun orang Melayu kadang kala amat irihati dengan apa yang dinikmati oleh kaumnya yang tidak pernah berterima kasih diatas pengorbanan orang Melayu ini. Sifat berkongsi serta rukun setia didalam gugusan yang dipanggil Barisan Nasional amat dicemburui oleg DAP. Tetapi ahli ahli DAP tetap jua akan menentang apa saja perancangan yang baik demi memajukan negara dimana limpahan ekonomi banyak diraih terutama kepada kaum mereka. Apa yang ditanam dan dipasak didalam fikiran dan hati kaum ini, hanya Tuhan saja yang mengetahui.
Ketidak puasan hati DAP berlanjutan sehingga keturunan mereka bersileh ganti , bergenerasi namun 'perasaan 'hasad dengki' serta ketidak puasan hati tetap membara dihati mereka.
Tetapi pernahkah DAP melihat atau mengira tentang sumbangan yang telah mereka sumbangkan terhadap pencapaian kemajuan diMalaysia?. Yang paling ketara adalah 'merasuk; atau 'memecahbelahkan' keharmonian kaum di Malaysia. Yang paling 'keji' adalah 'mencampuri' urusan Agama Islam dan 'kejahatan' terancang inilah yang tidak dapat diterima oleh orang Melayu umumnya.
Tanya pada diri kita pernahkah DAP berusaha untuk menghapuskan cetak rompak?GRO haram?Masaalah dadah? Penagihan dadah? Keciciran pelajaran? Pelacuran? Peminjam Along?Permedagangan manusia? atau apa saja yang melibatkan masaalah kaum-kaum lain di negara ini? Tidak pernah sekali kita lihat DAP memperjuangkan isu-isu ini, tetapi, apa yang didendang ialah 'menuduh' kerajaan zalim terhadap kaum mereka? Tetapi pernahkah mereka buktikan apakah yang dikategorikan sebagai 'zalim'? Tidak pernah pula kita melihat kaum mereka dianaktirikan oleh kerajaan tetapi perasaan iri hati, busuk hati tetap menebal dihati mereka.
Yang terkini DAP menuduh pemimpin UMNO sebagai perasuah, menyalah gunakan kuasa dan lain lain. Tetapi baru baru ini terdapat juga 'gejala' rasuah ini terjadi dikalangan DAP namun DAP tetap berdiam diri seolah-olah tiada apa berlaku. Itulah sikap DAP, kesalahan orang lain akan diingati seumur keturunan mereka, tetapi kesalahan sendiri...senyap seribu bahasa. Yang peliknya, sekiranya kesalahan itu dilakukan oleh kaum sebangsa dengan mereka tidak pula mereka 'berkokok' tetapi sekiranya dilakukan oleh Melayu yang tidak sebulu dengan mereka ' seanterio dunia' mereka akan menjajanya, itu lah sikap 'rasis' DAP terhadap Melayu.
Didalam kes pembuangan anak, rata-rata didemonasi oleh kaum majoriti Malaysia tetapi DAP tidak pernah berjuang untuk 'bersama-sama' membentras gejala ini tetapi sebaliknya kaum mereka menuduh pula 'orang Melayu' sebagai tiada pegangan agama dan jahil. Sepatutnya, didalam kes-kes seperti ini, parti politik yang aktif dan diiktiraf di Malaysia mengambil pendekatan berlainan seperti membela nasib anak anak terbuang serta memberi 'kesempatan' kedua' pemulihan kepada yang terlibat tetapi parti politik ini berlainan arah pula, seolah-olah gejala ini tidak pernah 'menghuni' keturunan mereka. Apa yang sangat penting bagi mereka ialah ' nafsu' serakah 'kuasa'. Dari dahulu sehingga kini, tiada perubahan sikap langsung terhadap sifat DAP ini. Menanam kebencian,mencari kesalahan orang lain, merendahkan kebolihan orang lain serta 'menyama rata' agama adalah keutamaan mereka. Olih itu orang Melayu harus beringat dengan 'sifat licik' parti DAP ini, yang bolih kita umpamakan sebagai 'gergaji dua mata'. Dia akan makan kita dari kiri dan kanan untuk kesejahteraan kaum mereka.
JANGAN SAMPAI MELAYU DI 'KAIT' , DI 'FRAME' KAN SEPERTI GAMBAR DIATAS YANG HANYA CANTIK UNTUK DIGANTUNG DIRUANG TAMU RUMAH |
Olih itu jangan biarkan DAP mencatur kita, sejarah sedang dicipta, Melayu PKR dan Melayu PAS sedang dicatur dan diulit dengan teliti, jangan sampai Melayu dikait dan di'framekan' serta digantung didinding sudahlah.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
hahaha...kesian..takpa la..aku komenla sikit isu ni..bg nampak la ada gak org yg baca apa yg admin page ni mencarut...so aku nak katakan
ReplyDelete(NO KOMEN)
syabas..hahahaha
hang buta ka?
Deleteka buta kayu? atau buta perut? atau buta huruf?
aku tak nampak pun tuan rumah mencarut? ka aku yang buta?? habagh mai sat hahaha