Sunday, 21 April 2013

KETURUNAN QATURAH :BIDUANDA BERADAT CARA LAMA :

QHATURAH : BANI BIDUANDA  JAJAHAN LUAK  SG UJONG
Salamun Alaykum.

Pada tanggal 12hb-14hb April berlangsung majlis adat beristiadat perkahwinan Bani Biduanda di Balai Undang Luak Sg Ujong, Ampangan Seremban. Jajahannya tertakluk diseluruh jajahan Port Dickson, Nilai, Lenggeng bersempadanan dengan Broga serta seluruh jajahan Daerah Seremban.

Apa yang dapat dinilai, Bani Biduanda yang dinaungi oleh YTM Dato Klana Petra, telah dengan sempurnanya melakukan 'adat beristiadat' mengikut tatacara sebenar Bani Biduanda.

Bermula dengan 'pengistiharan' yang dilakukan oleh  Dato' Dato Lembaga Luak Sg Ujong sehingga lah keacara 'memasang olek dan alat-alat kebesaran'. Acara dilakukan secara 'beradat' dan 'beristiadat' mengikut cara lama atau 'cara yang asli'.

Segala perjalanan 'acara beradat' diketuai oleh Dato' Andalika Mendalika sehingga Juak Juak Hulubalang. Perjalanan 'tatacara atau kata-kata adat' dilakukan dengan teliti serta nyata. Diiringi dengan tiupan 'Tetuang dan gendang' serta 'irama nobat'  mengiringi keseluruhan perjalanan 'beradat'  serta 'pemasangan alat-alat kebesaran' Luak Sg Ujong amat memberi satu impak yang amat jarang-jarang dapat dipertontonkan kepada masyarakat umum. Berlandaskan kepada tatacara  Bani Biduanda ini, perjalanan yang dibuat menampakkan tradisi keMelayuan yang dizahirkan kepada umum walaupun dizaman moden ini.

Mengekalkan tradisi dulu-dulu telah menimbulkan satu fenomena yang baik kepada  orang-orang Melayu dimana ketika ini banyak 'adat atau beradat' Melayu telah ditinggalkan atau cuba dilupuskan secara terhormat oleh umat Melayu khasnya.

Acara berlangir, berkhatam Quran, berzanji, mencuci kaki mempelai serta menabur beras kunyit telah mula dilupakan oleh masyarakat Melayu tetapi bagi Bani Biduanda yang menerajui Luak Sg Ujong ini, semua perjalanan adat istiadat perkahwinan Melayu lama ditimbulkan kembali pada hari tersebut. Kesempatan yang dilakukan ini amat bermakna sekali terutama kepada pencinta-pencinta sejarah atau pengkaji sejarah silam. Mendahului susur galur keturunan amat dititikberatkan didalam menyempurnakan 'adat beristiadat' ini. Tidak dilupakan juga bahawa 'tepak sireh' serta ' sireh junjung' merupakan 'penghulu' kepada perjalanan  adat beristiadat dan mufakat..

Sebagai tanda kemufakatan anak-anak buah serta ketua-ketua adat serta rakyat Sg Ujong, maka, segala persiapan yang diperlu, dilakukan sendiri oleh anak-anak buah serta rakyat Sg Ujong. Persiapan makanan serta penyediaan dilakukan secara bergotong royong secra bergilir-gilir dan 'perjalanan' beradat bagini sudah lama ditinggalkan oleh kebanyakan masyarakat. Alhamdullilah, semuanya berjalan mengikut perancangan.

Acara kemuncak ialah perarakan 'mempelai' menaiki 'kereta kuda' dan diiringi oleh 99 persilat Cekak Hanafi dan digandingkan dengan pukulan gendang dan gong oleh 6 pesilat yang diselangselikan dengan ' selawat nabi' serta ' laungan ' Allahuakbar'. Ketibaan mempelai diperkarangan Balai YTM disambut dengan tiupan ' Tetuang serta Gendang' berselang seli dengan bunyian Nobat. Hanya apabila mempelai tiba dimukapintu sekali lagi ' selawat nabi' berkemundang' yang dilaungkan oleh 99 pesilat serta tetamu.

Tetamu teristimewa yang menghadiri malam kemunchak itu termasuklah DYMM Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan berserta DYMM Tuanku Ampuan berserta putera-puteranya dan YTM Biduanda Yang Empat berserta Tengku Besar Tampin.


Apa yang dapat dilihat, istiadat yang berlangsung itu merupakan kesempurnaan 'adat beristiadat' Bani Biduanda serta orang Melayu di Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment