SEMOGA KUNCI YANG DIBERI AYAHANDA MAHATHIR MEMBUKA LEMBARAN BARU KEPADA BANGSA MEEM . |
AYAHANDA KAMI SUDAH SEDIA
Baru 8 hari (14hb Mei 2013) post saya bertajuk :-
SISI TEPI MAHATHIR YANG TIDAK ANDA KETAHUI :PENGEKSPOT ISLAM DAN AL QURAN ERA MILLINIUM YANG DIHINA
saya mengangkat atau membuka "rahsia" ayahanda Tun Mahathir sebagai seorang yang terhebat didunia Islam dan belum pun reda 'kehangatan' itu dari terpadam diminda dan hati 'ahli-ahli terpaut hati' ini dengan pencapaian beliau , sekali lagi pada 2 hari lalu, Allah SWT mengangkat sekali lagi manusia bernama Mahathir untuk membuka 'jalan' baru bagi memberi pedoman kepada bangsa Arab dibumi Anbia itu. Adakah ini satu kebetulan atau 'perancangan' Allah yang tersembunyi yang gagal dibaca olih manusia terutama ' yang menentang' perjalanan Mahathir.
PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas presiden Iran Mohammad Khatami hari ini meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membentuk sebuah pasukan petugas bagi mengkaji secara mendalam perpecahan yang berlaku antara puak Sunnah dan Syiah.
Dalam rayuan bersama yang bertujuan menamatkan keganasan dan pertumpahan darah antara kedua-dua puak itu, dua pemimpin terkemuka tersebut berkata pasukan petugas berkenaan mungkin dapat mengemukakan cadangan konkrit untuk diambil tindakan oleh para pemimpin ummah dan politik berhubung perkara itu.
Dr Mahathir berkata hasrat beliau adalah semata-mata untuk melihat keganasan dan pertumpahan yang berlaku antara puak itu, dihentikan.
"Saya tak ada agenda yang terlalu besar seperti untuk menyatukan umat Islam kerana saya berpendapat tugas itu boleh diserahkan kepada orang lain.
Tapi, biar apapun perkara yang menjadi perselisihan antara mereka, janganlah sampai membunuh satu sama lain," katanya kepada pemberita sebelum melancarkan Rayuan Bersama itu, yang dibuat untuk julung kalinya oleh dua negarawan terbabit di bangunan Yayasan Keamanan Global di sini.
Khatami diwakili penasihat khasnya Dr Ali Khosroo, manakala presiden International Movement for a Just World (JUST) Dr Chandra Muzaffar juga turut hadir pada sidang akhbar itu.
Rayuan Bersama itu, yang akan disiar secara dalam talian dalam lima bahasa - Melayu, Inggeris, Arab, Urdu dan Perancis, antara lain mengandungi rayuan kepada individu dan kumpulan masyarakat sivil yang prihatin dari seluruh dunia supaya bersama-sama menyertai usaha tersebut.
Dr Mahathir, yang komited untuk menamatkan sengketa antara dua puak itu, berkata umat Islam, tanpa mengira mazhab dan doktrin, perlu menunjukkan kepada dunia bahawa Islam adalah agama yang menganjurkan perdamaian.
"Bagaimanapun, ketika ini, kita tidak boleh mendakwa demikian apabila kita berperang sesama sendiri. Atas sebab inilah saya sependapat dengan Dr Khatami, seorang pengikut Syiah, membuat rayuan ini kepada saudara seagama kita, tidak kira daripada puak Sunnah atau Syiah, agar kita sekurang-kurangnya dapat hidup bersama secara aman dan bersama-sama menangani bahaya yang sedang kita hadapi," katanya.
Nota :- Saya tertarik 'signal' beliau yang berbunyi :-
"Saya tak ada agenda yang terlalu besar seperti untuk menyatukan umat Islam kerana saya berpendapat tugas itu boleh diserahkan kepada orang lain.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Salam,
ReplyDeleteMaaf tt, kurang jelas dari hamba yg jahil ni...apa yg hamba tau Syiah ni bukan islam cuma menempel & tidak wujud langsung pada zaman Rasulullah. Ia adalah alat yahudi yg sudah pastinya dari Parsi.
Inshaallah..dipost yang akan datang saya akan cuba kupas tentang 'syiah' kerana isu ini amat 'mengusarkan' umat Islam terutama Ahli Sunnah. Inshaallah..semoga Allah SWT akan memberikan 'petunjuk' untuk isu ini.
ReplyDeleteBoleh percaya ke Syiah ni? tengoklah wayang yang dimainkan oleh iran dan israel..secara depan mereka bermusuhanlah kononya tapi dibelakang mereka berkerjasama erat...betulkan jika saya silap...
ReplyDelete