Sunday 12 May 2013

TUNTUTAN ALLAH DALAM AL QURAN TERHADAP NABI MUHAMMAD SERTA YANG MENGIKUT BAGINDA

 ALLAH MEMERINTAHKAN MUHAMMAD S.A.W MENGIKUT AL QURAN  TETAPI  BAGAIMANA DENGAN UMATNYA? BERPEGANG TEGUHLAH KEPADA AL QURAN, SESUNGGUYNYA ENGKAU BERADA DIJALAN YANG LURUS.
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

SalamunAlaykum


Firman ALLAH swt maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi ALLAH maka ikutlah daku, nescaya ALLAH mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani .” [Ali Imran:31]

Firman Allah :-
"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36). 

" Dan ikutlah apa yang diturunkan oleh tuhan kamu (Allah) dan janganlah kamu mengikuti pemimpin  selain dari-Nya kerana sedikitlah manfaat yang kamu perolehi.." (Surah Al-A'raf : 3). 

" Dan ikutlah apa yang diturunkan oleh tuhan kamu (Allah)"(Surah Al-A'raf:3) 

" Sungguh sangkaan mereka langsung tidak membawa manfaat pada mereka (dalam membawa mereka) kepada kebenaran sedikitpun" (Surah Yunus : 36). 

"Dan ikutlah apa yang terbaik yang telah diturunkan oleh tuhan kamu." (Surah Az-Zumar :55). 

Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): "Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan - yang membuka hati - dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman".
(Al-A'raaf 7:203)

Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya.
(Al-Kahfi 18:27)

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; 
kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.
(Az-Zukhruf 43:43)

                                                Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. ANTARA MUQADDAM NABI SAW DGN ISI2 ALQURAN - MANA LEBEH UTAMA..??

    Ketahui oleh-mu wahai tholeb, ada pun dasarnya kandungan Kitab AlQuran AlKareem itu terhimpunlah ia dan terbahagi ia kepada 2 Kitab Utama..

    (1) KITAB PERTAMA : Kitab Pertama Kitab Paling Awal adalah Kitab khusus khas bagi Paduka Nabi Muhammad SAW, maka dinamakan dia KITAB MUQADDAM NABI. Bermula kesahnya Baginda Nabi SAW keGua Hiraq Jabar Nur, menjalani Alam Pertapaan selama 44 hari. Maka dihari pertapaan Nabi yg pertama, tatakala itulah turunnya WAHYU PERTAMA - Surah AlAlaq (Segumpal Darah) asal kejadian AlInsan. Seterusnya dgn hari2 yg laen, satu hari satu surah, maka lengkap 44 hari maka lengkaplah 44 Surah. Maka 44 Surah itu terhimpunlah ia didalam KITAB MUQADDAM NABI ato JUS AMMA...

    Sebanyak 44 Surah itulah 44 Matrix Codes bagi Mukjizatnya Nabi Muhammad SAW khusus bagi Ahlulbaitnya dan ummat Muhammad yg sejati, utk ubati pelbagei 44 penyakit dan terajui Akhirul Zaman ini. Kitab asal tertulis diatas KULIT UNTA, berada ditangan Imam Ali, akhirnya ghoib kemana ia dibawa pergi, siapa yg miliki, ngak diketahui.. Barang siapa miliki kitab ini, maka layaklah ia memikul jawatan IMAM ALMAHDI, satu2nya Penyelamat Sejati sekelian ummat2 para Nabi. Maka sebab itu KITAB PUSAKA MUQADDAM NABI kini menjadi rebutan diAlam Wali...

    (2) KITAB KEDUA : Kandungannya tidak laen adalah himpunan kesah2 riwayat2 sejarah2 dsbnya bagi para Aulia Anbia Nabi dan Rasul yg silam, buat Ummat Muhammad utk rujukan ditauladani. Maka terhimpunlah Kitab2 dan Suhuf2 mereka itu kedalam Kitab AlQuran AlHakeem, termasuk 44 Surah Muqaddam Nabi...

    PERHIMPUNAN ALQURAN.... Maka bermula pertama2 termaktub KITAB MUQADDAM NABI, kemudian dihimpunkan dgn KITAB2 dan SUHUF2 para Nabi Rasul yg silam, kedalam KITAB SUCI ALQURAN ALKAREEM. Makanya kepada Ummat Muhammad SAW dari SYIAH dan SUNNI, kepada Ummat Isa ciplakan agama ASALAMA.. cobak renungkan dgn akal yg waras, kitab manakah yg dulu lebeh utama pakaian Junjongan Agong kita Nabi Muhammad SAW, yg mahu diamali diikuti diimani..??

    ..... Wallahu'alem .....

    ReplyDelete